E-cerita : Tak Selamanya Gelap pt2
“Zuhri…” Bahu Zuhri di tepuk dengan
belakang tangan, perlahan.
Zuhri membuka matanya. Namun tidak berkalih kearah
Nik Faqeh. Matanya masih pandang ke depan, seolah-olah tembus ke dalam skrin kosong di hadapan. Matanya terasa pedih. Dia buka dan tutup matanya agar rasa pedih segera hilang. Beberapa kali, perkara tersebut di ulang.
"Mengantuk betul aku." Ujar Zuhri sambil menoleh kearah Nik Faqeh yang masih bersandar di tempatnya.
Helaaan
nafas di lepaskan perlahan. Minda menerawang jauh sehingga dia langsung tidak
sedar bila kapal terbang yang dinaiki ini mendarat dengan selamat di lapangan
terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Nik Faqeh mengeluh apabila terpandangkan
mata Zuhri sedikit merah. Itu bukan sebab mengantuk tapi sebab tak boleh terima kenyataan! Dia tahu Zuhri masih kecewa dan tidak boleh menerima
hal tersebut lagi.
Melihat keadaan Zuhri begitu, dia
mengambil keputusan untuk menanti kesemua penumpang keluar dari kapal
terbang terlebih dahulu. Dia dan Zuhri tidak perlu terkejar-kejar, bukan ada
perkara yang memerlukan mereka buat sedemikian pun. Cuma dia lah, tidak sabar
mahu bertemu Suri yang sudah berjanji mahu mengambilnya di lapangan terbang.
“Thank you sir. Jumpa lagi.” Ucap
pramugari yang tinggi lampai sambil tersenyum manis dengan uniform kebaya hijau
petronas itu.
Hanya Nik Faqeh yang mengangguk tanda terima kasih kerana telah
melayan mereka sebagai penumpang manakala Zuhri terus keluar begitu saja. Di
tarik beg rodanya yang kurang dari 7 kilogram sebelum meletakkan blazer yang
dipakainya tadi diatas beg roda tersebut.
Tiba di pintu ketibaan, dari jauh, kelihatan kelibat Suri
sedang melambai-lambai kearah Nik Faqeh. Wajah lembut
itu jelas tersenyum mesra kepada si suami. Nik Faqeh juga yang beruntung. Dia?
“Amacam, pramugari dalam flight tadi cun ke girlfiend sampai Jannah aku
ni yang cun?” Bisik Nik Faqeh mengusik kearah Zuhri.
"Yan..." Zuhri diam tiba-tiba. Nik Faqeh panggung kepala dan menoleh kearah ZUhri. Bibir Zuhri terlepas menyebut nama itu dan dia segera menambah bicara.
"Bibik aku dekat rumah lagi cun" Zuhri cuba mengawal perasaannya tika itu.
“Aku hantar kau.” Celah Nik Faqeh.
“Jangan susah-susah. Aku balik
sendiri.” Pantas Nik Faqeh melirik matanya ke jam yang tersarung di tangan
kanannya. Sudah jam 11 malam. Suri
dihampiri.
“Hai sayang.”
Suri membulatkan matanya. Dia malu
namun salam diunjuk kepada suaminya. “Jom, driver papa tunggu dekat luar.”
Berkerut dahi Nik faqeh. Sejak bila
pula, dia ada driver. Pekerja macam dia mana mampu nak menggajikan pemandu
peribadi. “Suri dari rumah papa, alang-alang nak ambik awak, papa suruh driver
hantar kan. Harap awak tak marah.” Nik Faqeh geleng kan kepala. Dia senyum
nipis. Walaupun, dia tak suka tapi tak perlu dia menunjukkan rasa tak suka itu.
Dia bukan tak suka atau marah Cuma dia tak mahu keluarga mentuanya kata dia
mengambil kesempatan.
“Driver boleh hantar Zuhri sekali.” Tambah Suri lagi.
Suri pandang Zuhri. Kawan baik
suaminya itu nampak lain. Tak sihat kah? Dia pandang suaminya, Nik Faqeh hanya
diam. “Kau serius nak balik sendiri.?”
Zuhri anggukan kepala.
“Terima kasih Suri. Aku balik
sendiri. Kau tak payah nak pandang aku ni macam budak tak cukup umur ok?”
Nik
Faqeh geleng kepala. bibirnya tersenyum. Dia bukannya berfikir seperti apa yang
di fikirkan oleh Zuhri. Dia cuma bimbang kalau Zuhri melakukan sesuatu yang
bukan-bukan. Bukan boleh kira sangat mamat tu!
“Aku rasa lebih baik kau balik
sekarang. Mesti banyak benda yang kau rindu nak buat dengan Suri kan?” Usik Zuhri
sambil ketawa.
Kedengaran ketawa besar di telinga Suri dan Nik
Faqeh namun kedengaran pincang di telinga sendiri. Suri sudah malu- malu
sendiri. Nik Faqeh melayangkan tumbukan ke bahu Zuhri. “Okay. Esok jumpa di
pejabat.”
“Insya-Allah.
Jumpa esok.”
Zuhri melangkah laju meninggalkan
pasangan tersebut. “Kenapa dengan Zuhri itu? Macam ada benda tak kena je.”
Rungut Suri yang sudah memeluk pinggang Nik Faqeh denagn langkah yang sudah
menghampiri Volvo S60 milik bapa mertuanya.
“Nanti-nanti, saya cerita dekat
awak.” Dia lihat isterinya mengangkat bahu. Apabila isteirnya, sudah mengambil
tempat di tempat duduk belakang. Dia menutup pintu. Dia menoleh mencari kawan
baiknya. Sudah hilang. Harap sangat, Zuhri tak akan buat perkara yang
bukan-bukan.
Nik Faqeh ke tempat penumpang di
sebelah hadapan setelah menempatkan beg bajunya di dalam bonet kereta. Dia
tidak terfikir mahu duduk di belakang bersama isterinya. Bukan kerana dia tak
sayang atau cintakan isterinya. Namun, driver itu bukan drivernya.
“Assalamualakum pak hadi.”
Lelaki yang berkopiah itu menjawab salam
dengan perlahan seraya tersneyum senang dengan menantu majikannya ini. “Kita
terus balik ke ni Suri?”
Nik Faqeh memandang kearah Suri di
beakang. “Balik rumah papa?”
Suri gelengkan kepala. “Balik rumah
kita.”
Pak Hadi angguk perlahan sebelum
bergerak perlahan keluar dari petak parking.
No comments:
Thank you!