Officially graduated. Blessed!

Sunday, October 30, 2016






Junior : Kak tirah, apa perasaan nak grad dah? 

me : hmm, tak rasa pape sebab macam dah basi. 

junior: booooo! HAHAHA 

Kurang asam betul!Haha tapi jawapan itu saja ja nak nak bajet cool. bajet macho. sebenarnya masa majlis konvokesyen tempoh hari. macam-macam perasaan ada. eh jap. Oh ya gais. lupa nak bagi salammmmm ahaks!

---

 hai gais. Assalamualaikum! :) 

aku selesai exam dan fyp pada januari. dan aku grad pada oktober. (itu sebab aku ckp mcm tak rasa pape macam dah basi) haha. hampir 9 bulan aku tunggu hari ini. entahlah. aku tunggu sebab akhirnya salah satu cita-cita aku tercapai. 

---

untuk Idlan Razak, ex stpm juga, yang sekarang sudah di USM Penang, yang selalu baca blog akak sampai boleh jadi kawan dekat twitter, yang selalu mengikuti kisah-kisah akak masa stpm, entry kali ini khas untuk awak. Jadikan motivasi! :') Jadi lebih baik dari akak!

---




Aku cuba untuk menulis seringkas mungkin tapi aku yakin yang aku tak kan mampu. Aku akan tulis segala-galanya yang sedang bermain di fikiran aku tika ini, apa sahaja yang terakam di minda lekas-leka aku taip. aku tak kan sekat apa yang aku fikirkan untuk puaskan hati orang lain. aku  hanya nak menulis. mungkin caca merba apa saja janji aku tulis

alhamdulillah ala kulli hal. Allah mudahkan urusan aku. Terima kasih ibu, terima kasih ayah. Untuk semuaanya. Pengorbanan ibu ayah mungkin along tak dapat balas. Tapi sekurang-kurangnya tanggungjawab untuk tengok ibu dengan ayah senyum gembira masa hari konvokesyen along. dah tercapai. along lega. sikit. sekurang-kurangnya ada juga perkara yang terbaik yang buatkan ibu ayah bangga dengan along. walaupun macam lambat sikit. haha

masa lps spm, along rasa along gagal. nak masuk u pun along gagal. along tahu ibu ayah kecewa. tapi ibu ayah tak cakap apa pun. ibu ayah cuma bagi kepercayaan sekali lagi untuk berada di level stpm dan  lepas 2 tahun stpm, tiga tahun setengah di UM, ini mungkin bahagian along untuk happykan ibu dengan ayah.

terima kasih. untuk 1001 pengorbanan.
yang selalu ada disaat along perlukan bimbingan, sentiasa doakan along, sentiasa ambil berat, bagi kata-kata semangat, support along dari segi kewangan dan material, dan semuanyalah! untuk itu,

Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil. 

-----


berbulan-bulan sebelum majlis konvokesyen pada 18 Oktober, memang lah aku tak rasa apa-apa. tapi malam sebelum majlis. Allahu. Aku tak boleh tidur. Aku macam tidur kejap tapi terjaga. Berulang-ulang benda ni berlaku.

Macam-macam perasaan.
Perasaan tak percaya,perasaan takut, gementar, perasaan takut kalau mortar board jatuh masa tunduk, takut lapel tercabut dari robe, semua benda buat aku jadi serba tak kena. sehinggalah esok nya selepas subuh, bersiap-siap.

6.30 pagi, gerak ke UM. dalam masa yang sama, sempat juga aku kena marah dengan ayah, sebab kononnya aku tertinggal purse! Erghhh. Purse ni pun masa tegang macam nilah nak main aucak dengan aku!. Dah tak pasal-pasal aku bertekak dengan ayah aku. Hahahaha. Nasib tak ambik masa yang lama untuk jumpa purse aku yang terselit tepi tempat duduk. hihs. pandai kan dah aku kena marah baru nak muncul!

dalam kereta, aku sempat layan perasaan kena marah tadi >.< masih terngiang-ngiang juga dengan pesanan ibu masa mula-mula daftar masuk ke Um.

"Engkau long dah masuk ni, jangan lupa keluar balik" aku hadam kata-kata ibu yang ada maksud lain disitu sebaik mungkin. aku faham. aku mengerti. hanya aku yang faham.

Alhamdulillah. Tiga tahun setengah dengan macam-macal hal, Allah tetap permudahkan urusan aku untuk selesaikan kuliah dan grad on time.

Tahun pertama : first time ada quiz. sudahlah dalam lectures ustaz tu sepatah haram aku tak paham. tiba-tiba nak quiz, ingat aku boleh jawab ke.

"fit, kau free esok?"
"Free. tapi ptg aku ada hal"
"Boleh lah kejap. aku belajar  faham teks utk quiz." 
Fit yang masa tu aku baru kenal, ajar aku macam benda tu kacang!. 
Perghh. bapak style! benda ni aku takkan lupa fit! Thanks weh. 

hasilnya aku dpt 13/15. Gila cuba aku tak tanya, konfem merapu la weh!


 dua jam sebelum exam, aku call ibu nangis-nangis., for sure la ibu terkejut. aku nangis sebab aku rasa subject teras tu susah nak mati. dengan lecturer yang ramai, dengan nak hadam notes setiap lecturer tu ajar sampai aku rasa aku tak boleh nak hadam lagi.

ibu " takpe. buat yang terbaik. Insya-Allah along boleh buat. 

Tahun kedua : Syarat nak grad, kena hafal beberapa surah.  Aku bab hafal ni memang selalu gagal. 

ibu " Sokay. Along boleh."

Tahun ketiga: Aku gagal dekat kelas bahasa arab. aku cakap aku gagal sebab aku tak boleh i'rab benda yang orang lain rasa alah benda kecik je. aku jadi tak tenteram sebab aku tak reti i'rab. Masa ni kira aku konfem repeat paper je lah. Tapi ada member aku sorang, ex stpm juga rasa benda yang sama. 

"Aku tak tenteram masuk kelas ustaz tu weh." 
"Sama ahh! esok ponteng?"
"Cun!" Makanya aku dan dia ponteng,pergi library buat revision semula. 
Thanks shu, itu kenangan manis utk aku.

fyp? Alhamdulillah, aku di selia oleh seorang lecturer yang sangat memahami dan membantu. tiada banyak masalah yang timbul kecuali aku lewat sebulan start buat fyp dari kawan-kawan lain. mula lah rasa nak hentak kepala bila semua dah bab 2 3, aku baru bab 1. tapi alhamdulillah semuanya okay. kalau rasa nak give up tu biasalah. tapi cepat-cepatlah cakap dekat sendiri. yang benda nak selesai pun. kena chill sikit buat fyp. supaya tak stress tapi fun! 


dan 

beberapa subject lagi yang aku rasa, aku nak give up ialah takhrij hadis dengan pemikiran islam. kalau takdek 5komrad, aku memang rasa aku dah kena bungkus! 

Sepanjang tiga tahun setengah itu, aku banyak belajar. salah satunya:

"Hidup kita tak kan pernah sama dengan orang lain. Cubalah tiru untuk menjadi seseorang yang lain, tak akan menghasilkan apa-apa selain perkara yang sia-sia. Analoginya mungkin seperti ini.

Permulaan -> Pertengahan -> Pengakhiran 

(Semasa awal-awal pendaftaran)  -> (sepanjang tempoh pembelajaran) -> (tujuan selepas grad)  

Permulaan dan pengakhiran kita tak sama, apatah lagi saat di tengah-tengah. Permulaannya, siapa kita, dari mana kita, semuanya berbeza. pengakhirannya, juga tetap tak sama apabila selesai grad, masing-masing ada cita-cita sendiri, nak kahwin, nak sambung belajar, nak kerja.


fasa terpenting ialah, di pertengahan. 

Di tengah-tengah itu lah, kita belajar sesuatu. Berdiri, jatuh, bangun, dan jatuh kembali. Semuanya akan kita lalui. Sekiranya nasib kita baik, kita ada support system untuk bantu kita, nasib tak baik, kita di tinggalkan terus atau lagi tough semuanya kita buat sendiri. Masa-masa kritikal perkara paling penting yang kita kena buat adalah kenal pasti kelemahan dan kekuatan kita. Tak selamanya kita boleh bergantung dengan orang lain. Kelemahan kita, kena tutup dengan kekuatan kita. semua hal mengajar kita untuk menjadi orang lebih baik. Kita mungkin dibezakan dengan bagaimana kita atasi semua masalah kita. sesiapa pun kita selepas ini, pastikan kita buat perkara yang kita suka dan gembira kerana hidup ini kita yang tentukan :) 




And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth


tears stream down your face
when you lose something you cannot replace
tears stream down your face and I
tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
tears stream down your face


lights will guide you home
and ignite your bones
and i will try to fix you 
Coldplay           

---

untuk adik-adik yang masih di peringkat stpm khasnya, teruskan berusaha dan kejar cita-cita anda semua. berbanggalah sekiranya anda merupakan pelajar STPM! Kejayaan tak kan datang bergolek, kalau bergolek pun, kita yang kena kejar dia!

kerana aku juga merupakan bekas pelajar stpm yang dulunya di pandang lekeh. yang sering menjadi bualan cikgu "kenapa awak tak sambung? kenapa awak ambik stpm?" sehingga saat ini pun, aku masih terbayang-bayang wajah cikgu yang memandang sinis pada aku sebab aku hanya mampu sambung STPM.

dan sekiranya cikgu form six yang aku sayangi dan kasihi terbaca entry ini, aku tiada ucapan yang lebih baik dari " Terima kasih cikgu, kerana percaya kan saya dan kawan-kawan. Terima kasih sebab menerima dan sentiasa menggalakkan kami untuk terus mengejar cita-cita.Terima kasih kerana tidak pernah memadang rendah terhadap saya dan kawan-kawan. Terima kasih, saya sangat terhutang budi dengan cikgu-cikgu form six sekolah menengah kebangsaan agama perempuan, Kangar.

Cikgu Norizan yang tak pernah kekok dengan ilmu bahasa malaysia " Ingat, sebelah kaki kamu dah ada di universiti, tinggal sebelah saja lagi." Kendengaran sedikit kelakar tapi itulah kata kata yang membuatkan aku tak putus asa.

Cikgu Ismajunaiza yang juga pernah menjadi pelajar STPM, yang sentiasa membuka cerita tentang sejarah stpmnya supaya anak didiknya tidak pernah rasa dipinggirkan. selalu mengatakan sesiapa yang lepas STPM dengan baik, dia adalah yang terbaik. STPM ni examnya agak susah.

Teacher Rahmah, yang selalu saja bagi kebebasan untuk skor MUET. Seorang teacher yang sempoi "teacher, time speaking nanti kitaorang belasah je eh teacher?"

"Belasah saja. speaking sajalah, kalau kamu diam kamu langsung tak dapat markah, kalau kamu cuba ke bedal ke, kamu akan di beri markah. Yang penting cuba!"

Ustazah Syarqiah, Ustazah Mazenah, Ustazah Maznah, Cikgu Fakharuddin, terima kasih sebab tidak pernah lelah mengajar dan mendidik kami. Terima kasih :') semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan cikgu semua atas kebaikan dan jasa yang ditaburkan pada anak didik. Alhamdulillah.

untuk ustazah Zainah dan ustazah Azizah, saya sayang ustazah. terima kasih sehingga kini pun masih sudi berbual bual, bertukar khabar dan bergurau senda. terima kasih untuk nasihat dan teguran :')

cikgu, ustazah saya dah grad :') #blessed! 

----

Nadiah ni member aku dari zaman sek men. sama-sama masuk form six. lepas itu sama-sama dapat masuk UM, masuk pulak akademi yang sama. Cuma jabatan je yang berbeza. haha. 

Nadiahhhh! Finally we made it! Alhamdulillah. :) 








No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.