Review Buku: Code Name Cobra, Sara Aisha

Thursday, March 11, 2021

 

"Roulan. Like an orchid... You wanted to keep Roulan in you. Sama macam orked yang menjadi simbol kasih sayang, kekuatan dan kecantikan."




"Walau setia macam mana pun dia, dia tetap sayangkan nyawa dia sendiri."

Code Name Cobra aku pilih sebagai bacaan pertama aku untuk bulan Mac. Ternyata pilihan aku sangat tepat dan berbaloi-baloi bukan sahaja kerana dapat memenuhi #cabaranbukutebal tetapi aku sendiri berasa sangat puas apabila dapat menyelesuri RED OPERATION. Kalau ikutkan sampai sekarang aku tak boleh move on. Dan jangan tak tahu, ini novel pertama yang aku baca dari Sara Aisha. Maka, bergembiralah kalian yang pernah mencadangkan novel-novel Sara Aisha sebelum ni dan haruslah aku berterima kasih kepada Qil entah yang keberapa kalinya kerana menghadiahkan novel ini.

Permulaan bab yang mampu membuatkan aku terhibur sekaligus menarik perhatian dan minat aku untuk terus membaca tanpa sedikit ada rasa jemu pun. Olahan yang pada aku sangat kemas dan bernyawa dari penulis kerana berjaya membawa aku untuk mengikuti kisah Cobra yang cuba menjatuhkan ketua paling tingi dalam The Sun Society, dengan menyasarkan Athena Li.

"Roulan. Like an orchid... You wanted to keep Roulan in you. Sama macam orked yang menjadi simbol kasih sayang, kekuatan dan kecantikan."

Antara dialog yang memberi kesan pada aku dan menterjemahkan siapa Athena Li. Deep & powerful. Bab 40 adalah bab kegemaran aku. Perkembangan karakter Athena Li memang antara yang aku sangat kagumi. Berulang kali aku memainkan instrumental Final Frontier untuk stay dengan mood karakter Athena Li.

Secara peribadi, pada aku Code Name Cobra ni memang sebuah naskhah yang powerful. Plot dikembangkan dengan tersusun dan kemas. Babak-babak yang mentengahkan aksi dijelaskan dengan gambaran yang baik. Elemen flashback yang digunakan sebaiknya. Jadi, pembaca yang tak familiar dengan genre ini boleh cuba baca sebab aku faham kebanyakan pembaca risau kalau terpaksa perah kepada untuk membayangkan aksi dan membantutkan konsentrasi bacaan. Sekaligus mengubah persepsi aku terhadap genre action-thriller.Highly Recommended!

Aku tengah pertimbangkan The Shadow Series ini. Cuba komen tiga perkataan yang 'kuat' supaya aku tak perlu fikir dah, memang aku grab je lepas ni. Haha.

Tahniah Sara Aisha atas naskhah ini! Semoga terus menghasilkan karya yang lebih mencabar dan berkualiti. Btw, Salam kenal dari pembaca baru aka alumni UM dan KK8 Hahaha.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.