Adaptasi Hero Seorang Cinderella
"Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99% pilih untuk percaya"
- Nura Medina
"In the situation of 99% of distrust, I am your 0.1 % that will trust you. Always."
- Tengku Ian Uzzam
Tbh, aku jarang sangat 'melayan' drama adaptasi ini, disebabkan first experience aku layan drama adaptasi dari novel favourite aku agak mengecewakan kan, so bermula dari situ, aku rasa macam, aku tak boleh layan. even orang ajak bagai nak rak pun, aku cam boo layan. heh
Sebab, aku ada expectation sendiri.
bila aku dah baca sesebuah novel itu, aku dah imagine siapa yang pegang watak-watak dalam novel itu, dan personally, aku tak berapa suka kalau plot cerita sebenar dalam novel di ubah terlalu banyak bila dah jadi drama. so yah. aku tak layan kebanyakkan adaptasi. sebab aku setuju dengan kata-kata mak matluthfi
" imaginasi komersial mana sama dengan imaginasi personal" - (238, Catatan Matluhtfi)
tapi Hero Seorang Cinderella ini aku rasa lain sikit, so far setakat 4 episod yang aku layan ini buatkan aku rasa macam tak boleh tinggal, plus watak Nura Medina yang dilakonkan oleh Miss Fazura ni bagi aku sangat 'kuat', unik, emosi turun naik, dan mampu memberi kesan kepada penonton.
tapi kalau nak buat kesimpulan untuk keseluruhan adaptasi ini , memang kena tunggu episod -espiod seterusnya lah.
Buat masa sekarang, HSC dah mendapat tempat di hati, gituhh. hahha. so kita tenggu je lah sampai ending.
pandangan part 1 ,
Athirah Amri
30 Mei 2017
Novel "Hero Seorang Athirah" bila nak keluar?
ReplyDeleteHujung tahun insyaAllah.
Delete