Cara membuat review/ulasan buku #part 1

Monday, May 29, 2017




credit : pinterest

Di temani Alan Walker dengan lagu Alone, aku terasa nak share something. Itu  pun sebab dua hari lepas, ada seorang adik ini , dia DM aku dekat instagram. Soalan dia berbunyi macam ni eh :


" Macam mana nak buat buat review?
 Ada tips tak untuk buat ulasan buku atau novel?"


Aku just nak bagitahu awal-awal, aku bukan orang yang 'ahlinya' nak berikan tips atau apa-apa yang formal kata kalau kau tulis begini dan begitu itu  baru review atau ulasan yang betul tepat dan tak dapat disangkal lagi.


Bagi aku, menulis review atau membuat ulasan buku buku yang sudah kita baca ni merupakan satu seni juga. Sebab kita membuat ulasan selepas kita dah baca buku tersebut. Pandangan atau pendapat kita tak kan sama dengan orang lain mengenai sesuatu buku itu. Boleh jadi, kita suka buku penulis A tu, tapi orang lain pulak tak suka, & vice versa.

Asalkan, kita adil memberikan ulasan itu dah kira okay lah. Jangan pulak kita tak baca buku itu, tapi kita kritik kaw-kaw ( macam pelik pula, tak baca tapi kritik lelebih, apehal kan? Heh.


***

Aku mula membuat review sewaktu form 6, masa itu kan masa paling teruk sekali. So salah satu cara aku hilangkan stress, baca buku/novel,buat review, baca buku buat review, tapi aku berani jamin review aku waktu itu macam harem, kelakar ada, lame, entah nak baca sekarang pun rasa macam malu seh. kahkahkah

Tapi orang kata  'practise make perfect' 

sudahnya, dari buat review yang entah apa-apa, aku  belajar untuk buat review yang lebih berfokus dan tersusun tapi still mengikut mood aku juga la. haha. dulu, mostly aku buat review novel untuk penulis yang rapat dengan aku bilamana, penulisnya memang selalu chat dekat facebook (kitaorang selalu tukar pandangan /ramah/tegur dekat status ke)  kiranya yang mana aku dah kenal rapat tu aku akan buat review khas untuk penulis itu la, sebab penulis itu yang nak baca pun kan.. apa apa hal pun, nanti lepas penulis itu dah baca diorang akan inbox aku dan tanya lebih dan terus kitaorang ada diskusi dekat inbox jugak. tapi aku suka macam itu, seronok!

tapi lately,

aku dah membaca lebih dari satu genre so, review yang aku buat, aku open untuk semua yang nak membaca lah. niat aku buat review, nak bantu orang lain yang nak tahu berbaloi tak buku itu dibaca, plus aku juga nak promote penulis dan penerbitan. 

macam aku cakap awal-awal tadi, aku bukan terror mana pun nak bagi tips untuk buat review, tapi aku ada beberapa cara untuk buat review dan tetap ( mengikut mood aku. heh) yang aku boleh kongsi pada korang yang mungkin baru nak mula buat review. 

1. Review secara keseluruhan 

Review secara keseluruhan ini, selalunya aku tulis bila aku nak post dekat instagram. Aku rasa instagram ada limit penulisan juga kan? Jadi kalau secara menyeluruh, aku selalu highlightkan apa yang menarik dalam buku itu, apa yang best, apa yang buatkan kita tak nak stop dari membacanya. 

plus


aku letak quotes yang ada dalam buku tersebut. Selain review kita, orang juga akan tertarik dengan quotes. dan letak juga hashtag nama penulis, penerbitan dan juga tajuk buku yang kita baca. 

2. Review secara mengikut elemen 

Kalau aku, elemen ini terbahagi kepada plot cerita, perkembangan karakter, gaya bahasa, latar tempat, konflik ... kalau korang nak tambah lagi, terpulang lah. bagi aku cukuplah kot lima itu. Ending aku tak sentuh sebab kadang-kadang, aku boleh jadi *spoiler. lol. 

Selalunya, aku tulis review (elemen) ni dekat blog sebab, aku lebih bebas nak tulis apa yang aku suka, apa yang aku tak suka. Kalau instagram atau goodreads, dia limited sikit. 

...

Apa apa pun review yang kita buat mesti ada yang best ada yang tak best, susah nak dapat baca satu cerita yang betul betul perfect. Jadi, kalau kita perlu highlight kan yang tak best, just make sure cara penyampaian kita tu tak terlalu kasar. Tulis dengan baik apa yang perlu diperbaiki oleh penulis. Buatlah kritikan secara membina dan jangan sesekali men'sampah'kan karya atau penulisan yang tak best tak kena dengan jiwa kita. 

sebab sekali lagi aku cakap, 

buat review ini satu seni juga, tak de salah takde betul,  bukannya macam jawab exam pun tapi seboleh-bolehnya menulis dengan penuh tanggungjawab ok?

...

*spoiler       : kita menulis important event,  menulis sebiji sebiji apa yang ada dalam cerita tersebut
non-spoiler :  Kita lebih kritis, menulis berkaitan plot, karakter, setting, feeling masa baca, ending & pendapat ekstra.  Kebiasaannya, mengikut citarasa reviewer, janji kekal elemen suspens dalam buku yang dibaca. 

...



2 comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.