Review: Fir & Anne, Rodier

Tuesday, June 06, 2017




Tajuk: Fir & Anne Penulis: RodierPenerbitan: Jemari Seni Muka surat: 570 ISBN: 9789670851846*Spoiler* 


'Hati itu misteri yang tak terungkap, menyukai tanpa sebab, membenci tanpa alasan'





Sinopsis:


Ahmad Firdaus Abdullah itu sangat pendiam orangnya. Diam bersebab. Sesuailah dengan panggilan The Serious Pine Tree itu. Dia yang suka bertindak di luar jangkaan itu boleh dikatakan pelik tapi sekali dia tersenyum, 'seseorang itu' akan terkesima.

Sampai teringat-ingat...



"Teringat kat aku sangat ke semalam sampai Google nama aku?"


Aina Insyirah Ihsan itu pula ceria orangnya. Bersikap positif dan berani bersuara. Sesuailah dengan nama Annoying Anne with an 'e' itu.



"Kau ni degil. Ego. Tu je sebenarnya. Sedar tak?"



Rahsia Firdaus dan sifat ingin tahu Aina merapatkan mereka dalam sedar tak sedar. Namun hanya kerana sepatah kata 'tidak' itu, hala tuju mereka tidak selari. Dengan masa, manusia berubah. Apatah lagi apabila melibatkan rasa yang tak keruan di hati. Yang ceria mula memendam rasa, yang beku mula menabur rindu pada bintang di langit.



Namun, mampukah rindu itu berkembang mekar dengan cinta? Apabila rasa yang dipendam itu terlalu dalam untuk diberikan penawarnya?





Review:

Aku beli Fir & Anne sebab nama Rodier itu sendiri. Aku dah baca ketiga-tiga novel dari Rodier sebelum ini dan aku rasa pilihan kali ini tak akan mengecewakan juga. heh tapi sebelum ini aku tak pernah buat review novel Rodier secara 'proper' pun sebab masa aku kenal 'rodier' aku tengah study dan jarang sangat aku boleh buat review sedikit panjang melainkan dari perkataan 'buku- ni-best' haha

Ok. 

Permulaan bab dengan memperkenalkan watak utama secara ringkas. Aku prefer begini tak banyak kona kiri kanan untuk tahu mana satu watak utama. Tajuk novel pun dah jelas kot. Haha. Atau kalau korang pernah baca Ash sebelum ini, kita boleh tahu cerita ini tentang siapa. dia cuma letak satu lagi watak utama untuk pair kan bagi seimbang. 

setting: waktu mereka di Asasi, aku tak bayangkan mereka dkt asasi johor, tapi aku bayangkan diorang asasi UM Haha. Aku bayangkan cara budak budak Asasi jalan kaki dari pasum ke KK11 , KK5, jalan ramai-ramai, naik basikal, cute sangat. haha sekaligus mengingatkan aku time degree, tapi aku takdek lah gaya macam Anne dgn Fir, classmate aku time tu semua perempuan. Haha

Perbezaan yang paling ketara dalam novel kali ini ialah karakter watak utama (perempuan) dia lebih banyak bermain dengan emosi berbanding watak utama (perempuan) dalam novel-novel sebelum ini, lebih ceria, lebih agresif, ekspresis, dan semuanya lebih berbanding dengan watak utama (lelaki) yang pendiam, tak kisah pasal orang, terlalu fokus pada masalah sendiri. (private person)

Plot cerita kali ini walaupun berat tapi masih mengekalkan tema kekeluargaan dan cinta dan pendedahan dileksia dengan lebih terperinci buat cerita Rodier kali ini lebih  memberi makna, informatif dan ada banyak benda kena fikir. 


mendedahkan sindrom dislexia dalam bentuk cerita/dialog ini lebih mudah pembaca nak tangkap, plus aku siap layan semula cerita Taree Zameen Par.  ambik feel gitu , untuk lebih menghayati. sebab ada kala, benda yang kita tak pernah lalui, kita susah nak faham.

disleksia: 

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.


kekurangan: aku perasan bab-bab terakhir itu, ada scene di hospital. aku kira dalam beberapa buah novel rodier yang lain, scene di hospital ini macam menjadi satu kewajiban pula. haha.

****


Keseluruhannya, walaupun cerita kali ini agak berat berbanding yang lain (novel novel lain), tapi aku jatuh suka dengan Fir& Anne sebab pengisian dalam cerita ini banyak, menjadikan sesuatu yang orang lain anggap sebagai 'kekurangan' sebagai motivasi diri sendiri dan orang lain, baik melalui watak Fir dan juga Anne. Masing-masing ada karakter tersendiri walaupun dua-dua itu ada karakter yang kontra. 

Tema kekeluargaan, cinta masih lagi menjadi fokus Rodier cuma kali ini ada sedikit perubahan dari cerita cinta kebiasaannya, lelaki akan mulakan langkah terlebih dahulu, kali ini perempuan lebih menyerlah dan lebih ekspresif (bermain dengan emosi apabila Anne terpaksa  berhadapan beberapa kali kekecewaan) di tambah dengan perkongsian tentang disleksia menerusi watak Fir, Aku kira perkongsian tesrebut berjaya membuat cerita bertambah menarik, sebab disleksia disentuh dari pelbagai aspek, tanda tanda seseorang itu ada disleksia, penerimaan terhadap sindrom tersebut,cara mengatasi walaupun dijelaskan secara umum tapi pembaca tetap boleh menghayati. 

sebenarnya banyak lagi yang rodier cuba ketengahkan dan aku rasa cerita ini sekali lagi menepati citarasa aku dan berasa dekat apabila Rodier menyentuh tentang volunteerism melalui our touch community.

cerita Rodier kali ini walaupun lebih berat dari biasa, tetapi ia tetap meninggalkan kesan dan memberi makna kepada pembaca, cerita kali ini lebih informatif dan buatkan kita lebih banyak berfikir tentang sesuatu yang terjadi. Tapi, Fir& Anne masih tidak boleh menurunkan takhta Cooper-K yang masih menjadi nombor satu di hati :P




***

aku buat dua review, isi dia lebih kurang sama saja cuma review di atas aku jelaskan mengikut elemen masing masing. kalau review di bawah, aku buat secara keseluruhan. ikut suka la nak baca yang mana. 









No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.