Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Sunday, August 20, 2017
Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, langsung hazaf kan Bromo dari ingatan. Cewah. Drama sangat. Tapi betul lah, lately, Bromo memang salah satu tempat femes yang orang semua nak pergi. sampai harga tiket pun untuk bajet style mcm aku, aku rasa tak berbaloi. Sebab dalam kepala, aku dah sampai Bromo tak kan tak visit Suroboyo, nak juga tahu mitos pertempuran antara ikan dengan buaya yang agak femes tu. 





tapi lek lek je lah. Ada rezeki sampai juga nanti,  ni bajet takat Penang je
, layan je la Penang. haha. 

okay untuk trip penang ini, main point dia adalah escape.my. since aku dah lama gila tak buat benda benda mencabar sampai dah lemau, so aku ajak farah untuk buat benda ni sekali. kata geng, siapa lagi nak menyusahkan geng kalau bukan geng sendiri. haha. 

1. Escape.my

korang boleh google attractions yang ada dekat escape. aku boleh katakan hampir kesemuanya mencabar! dekat sini, aku sempat buat jumping jack, okay la. untuk warm up. haha. dekat sini, kau lelaki ke perempuan ke, sama sama usap dada, sama sama lap peluh, sama sama hebat, sama sama kecundang. dia lebih kepada battle dengan diri sendiri. last year aku abseiling dengan caving dekat goa Jomblang, aku rasa lek je walaupun 60 meter ke bawah. tapi kali ini, aku try flying lemur, even 15 meter, nauzubillah gais, menggigil tangan aku sampai ke tulang rusuk. eh eh tulang rusuk pulak. flying lemur ada tiga phase kalau tak silap, phase kedua aku dah rasa nak barai. cuak oi. dah la instructor dia jaga time dekat 1st checkpoint je. lain lain kau survive sendiri lah. 

nasib ada farah, pikah dengan dalilah. lega la sikit. haha. 

tubby racer pun best gak. walaupun aku macam nak tercabut nyawa, nampak sangat tak fit. heh tarik heret tubby tube tu dari bawah sampai atas. tapi puas hati. 

Atan's leap, ni ada 12 m dengan 20 m, aku bajet macam, pergi takat 12 m je lah, sekali naik naik, dia tutup hat 12 m, mangai betei. Dah tu terpaksa la aku naik sampai 20m, dekat garisan, instructor tu bagi arahan, 

sambil tolak kaki kaki aku,

"move move."

dalam hati, sabaq sat, jantung aku serupa nak tercabut, hang suh move move. padiaa.  sekali dia tolak sikit, menjerit aku. tapi landed dengan selamat la. 

gambar bawah ni base untuk monkey business / surau 
monkey business ni ada 3 level. aku skip level 1, dengan 3 aku buat level 2 je . haha. 



okay sebenarnya aku mmg puas hati sangat dapat lenjan aktiviti dekat sini, dengan harga tiket yg aku rasa berbaloi, sebab boleh repeat semua aktiviti itu, tempat bersih, kemudahan tip top, tapi cuma itu lah aku takdek gambar kenangan. aku tak dek la beriya nak sorong gopro aku, dah dia bgtau free visitor picture ada dekat facebook page dia. haram sekeping pun takdek, tapi okay lah, aku kira tu hikmah la tak dak gambar bukan bukan tersebar dekat fb, peh ayat sedap hati. har har

tips:

1. untuk jimat sikit, beli tiket secara online
2. untuk kepuasan diri, bawak lah gopro berserta aksesori yang bersesuaian.
3. bawak bawak la semangat dan keberanian tuuuu. haha

2. Taman Negara Dan Monkey beach 

Sekirannya korang tak tahu nak buat apa lagi dekat Penang, korang boleh plan untuk trekking di Taman Negara Penang yang dikenali sebagai Taman Negara paling kecil di Malaysia. Ok, perancangan asal ialah, kitaorang nak trekking dr Taman Negara hingga ke Monkey Beach, dah siap tgk route bagai, tak susah dan tak makan masa yang lama...

tapi

memandangkan hari sebelumnya kitaorang dah kerahkan tenaga dekat escape.my so rancangan trekking ke Monkey beach hanya tinggal rancangan. Haha, kes sakit badan. haha ni pesanan ikhlas dari aku, kalau tahu jenis yang tak fit, pergilah trekking dulu, next day baru escape.my. sebabnya adalah, trekking ni kau just trekking, kau nak slow kau nak laju depends on diri kau sendiri. letih letih pun kaki je lah. Tapi kalau escape, semua anggota badan, fizikal dan mental kita all out. ni pesanan je terpulang lah. haha

kalau trekking ke monkey beach, tak payah keluar duit, cuma perlu daftarkan nama dekat taman negara.

last last sekali, tukar plan. dr taman negara ambik boat terus ke  monkey beach, tapi ofcourse lah berbayar haha. kongsi satu boat= RM80, pergi balik.

Ada apa je dekat Monkey beach?

Banyak attraction juga dekat sini, semuanya aktiviti air la. tapi aku tak plan nak beraktiviti air, jadi aku layan view je lah, sambil sambil usha betapa chillnya foreigner menghabiskan duit mereka dengan aktiviti dekat sini. haha




3. Pasar Chowrasta & Gerak Budaya 

Apa lagi aktiviti yang best kita boleh buat bila datang Penang? Okay, untuk penggemar buku, korang boleh jadi bookstore hunting. masuk tak kena bayaq, keluar kena kalau beli buku. heh hambar teruk. ok aku sempat la singgah dua tempat yang menjual buku. Pasar Chowrasta memang dah ada dalam kepala nak singgah. Tapi gerak budaya ini jumpa secara tak langsung. haha. Jalan jalan nak cari 'art street' ternampak lalu tersinggah.

heh

Gerak Budaya Bookshop terletak dekat street harmony. Banyak juga koleksi buku yang ada tapi banyaknya tentang culture lah. Buku dekat sini aku perhatikan, semuanya buku baru berbanding di Pasar Chowrasta, level 2, buku-buku yang dijual ialah buku terpakai. Buku akademik, english novel, novel melayu, komik, dan macam -macam lagi. Semuanya di jual dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi. haruslah kan. nama pun 2nd hand. Aku cuma beli dua novel melayu yang  dah lama tak diterbitkan. dua pun okay, haha Pasar Chowrasta beroperasi dari jam 12 tgh hari sampai 8 malam.
 

4. Food Hunting 

Tak dinafikan Penang memang negari yang kaya dengan variasi makanan yang pelbagai dan semuanya mengancam dari segi tempat, rupa makanan, nak nak lagi Harga makanan. haha.  tak penang la kalau tak singgah mana mana tempat makan yang best cuma kena beringat la, poket tu tebal ke tak? kalau tebal okay la  kalau tak tebal macam sis ni beringat ok? hew hew

Gambar 1: Roti Canai Transfer Road
Gambar 2 : Nasi Kandaq Deen Maju
Tiada dalam gambar: Roti Bakar Hutton Lane

* gurney drive : sis pi malam 1st sampai tu, tapi tak menyengat sangat la atau time sis pi tu, baru lepas hujan, so banyak kidai tutup dan makanan dia pun hmm agak mengecewakan. pasemboq pun so so tapi alhamdulillah asal perut kenyang. 


5. Bukit Bendera

sis rasa view dekat Bukit Bendera ni memang subhanallah. Macam tak nak kelip mata. Kalau boleh tak nak kelip mata sebab view dia mcm ni lah. dengan cuaca dingin (6p.m), Ya Alllah tenangnya. Bayaq tiket Rm5.00 (Studen card /Normal Lane) Nah settle view letups depan mata. Walaupun Love Lock dekat Bukit Bendera boleh di katakan menarik juga, tapi sis lagi suka abadikan diri dekat sini.


cerita dia banyak benda boleh buat dekat Penang ni.

dan

benda benda yang random yang bole buat ialah: singgah chinahouse untuk hi-tea. jalan jalan sekitar street harmony, bergambar dengan dinding . hahaha.


okay setakat ni ja la dulu. nanti sis update lain ok?

p/s: sat aku sat sis. emosi tak stabil betul. so hentam je lah eh. happy reading!

1 comment:

  1. Bestnya ke penang. Saya suka makanan2 kat sana. Sedap-sedap..

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.