Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta


Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta.
Penulis: Kamalia
Penerbitan: Jemari Seni
M/s: 532
Genre: Malay Fiction
Harga: RM 27.00 Sem Malaysia
Rm 30.00 Sabah/Sarawak



Sekali sekala kita kena hidup dalam fantasikah untuk dapat apa yang kita mahu?

Bagaimana aku boleh tertarik untuk membeli dan membaca Juita, sekaligus berkongsi review dengan pembaca? Ada beberapa kriteria yang menyebabkan aku pilih Juita. Pertama sekali, cover buku Juita itu sendiri. Dengan warnanya yang terang Pink! Walaupun sebahagian yang mengenali aku, tahu yang aku tak gemarkan pink. Haha Tapi sekadar kulit buku apa salahnya!
Tajuk Juita, Satu dalam Sejuta itu pula di bold kan dengan warna putih. Memang jelas terang dan nyata dapat menarik mata pembaca. Dan Juita itu sendiri punya maksud yang pelbagai! 

 Ok. Seterusnya.

Sepanjang tiga hari aku membaca Juita, aku rasa penulis ada magic untuk ketengahkan cerita yang berkait rapat dengan dua dunia. Realiti dan fantasi seiring. Haha. Aku pun susah nak explain lebih lebih. Tapi beberapa bab pertama aku baca. Itu lah yang aku rasakan.
Aku boleh katakan plot cerita ini ada perbezaan dengan cerita cerita semasa yang ditonjolkan oleh kebanyakkan penulis lain. Perjalanan cerita ini aku beratkan kearah realiti kehidupan semasa yang dihadapi oleh seorang perempuan berusia 30 an yang ingin mencari pasangan hidup tapi dalam masa yang sama dia terjebak dengan kenangan zaman sekolah apabila bertemu dengan seorang penulis buku yang dia tak pernah minat pun sebelum ini. Tapi disebabkan rasa ingin tahu Juita untuk kembali ke kenangan zaman sekolah yang dianggap tidak ada apa-apa sebenarnya penuh dengan tanda tanya dan misteri.


Dalam Juita, tema percintaan itu tak terasa sangat. Ia lebih kepada tema kehidupan dan persahabatan. 
Gabungan watak Aliff, Nabil Fadhlan, Anggerik dan beberapa watak kecil yang lain buat Juita lebih berperisa. Lebih dirasai. Aku suka untuk fokuskan watak Juita since dia watak utama. haha
aku dan watak Juita ada sedikit persamaan haha. Part gila dan suka kumpul novel itu memang sama dengan!  Cuma part beratur panjang semata-mata untuk dapatkan tandatangan penulis dan novel limited edition tu mak tak sanggup la noks! Haha Aku suka prinsip Juita dalam mengangkat tinggi hobi dia yang sat utu. Membaca novel cinta! Walaupun selalu juga bertengang urat dengan Aliff yang lebih suka kan bacaan alternatif yang penuh thriller dan misteri, tapi Juita tetap memilih novel cinta! Go Juita Go! Haha

Mereka semua tidak tahu betapa novel-novel cinta itulah yang membawanya jauh mengembara ke beratus-ratus cerita kehidupan manusia…
Saat dia selalu rasa tidak diingini dan keseorangan, Juita akan memilih mana mana novel yang sepadan dengan emosinya ketika itu dan dia akan ulang baca…
Sekurang-kuranya ia menjadi satu eskapisme buat Juita”

Secara keseluruhannya, Juita ini menepati citarasa aku sebagai pembaca. perasaan ingin tahu itu terlalu tinggi apabila tiba di bahagian Nabil Fadhlan dan juga Anggerik! Rasa nak bagi side kick pada Aliff dan Juita yang kurang menyedari perasaan masing-masing pun ya jugak. Pfft.Banyak benda yang diketengahkan oleh penulis buat aku fikir luasnya sebuah kehidupan. Cuma bagi aku, ada beberapa scene yang agak mendatar dan perjalanan cerita dia agak slow. 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.