Review Re : Kau Ilhamku, Amany
Tajuk:
Re: Kau Ilhamku
Penulis: Amany
Penerbit: Jemari Seni
Cerita tentang seorang peguam, seorang pencipta perisian ini bagi
aku sangat menarik untuk dihadam. Watak perwatakan mereka memberi pendedahan
baru buat pembaca yang lebih gemar mengenali tentang pekerjaan dari penceritaan
santai.
Jalan ceritanya tak berat, jadi sangat sesuai untuk pembaca yang
nak kurangkan tekanan yang sedia ada. Haha
Sejujurnya, dari awal pembaca sehingga akhir, aku terhibur dengan
jalan cerita yang ringkas ini. aku suka setiap satu yang ada didalam cerita
ini. Tak nampak atau tak rasa penulis ini try hard sangat. Semuanya
namapak smooth. Tak dek satu ketika pun, aku rasa bosan saat meneliti cerita
tentang Bany dan Isyraf ini.
Boleh jadi, dialog yang diwujudkan dalam cerita ini relaks, buat
aku rasa cocok dengan bahasa harian aku sendiri. Kelainan dalam novel ini
adalah dari pendedahan pekerjaan seperti peguam dan prosedur/ apa yang berlaku
di dalam makhamah. Kerjaya yang jarang di ketengahkan oleh penulis lain. Kebiasannya,
penulis akan cenderung untuk memilih pekerjaan seperti ahli perniagaan, doctor,
engineer. Jadi, sedikit sebanyak, aku celik akal sikit la pasal life seorang
peguam ni macam mana walaupun menerusi pembacaan santai begini.
Yang pastinya, cerita berkaitan Bany, Isyraf dan kawan- kawan diorang
ini buatkan aku terhibur, tersenyum-senyum. Aku selalu merasakan, yang sebuah
novel yang bagus adalah novel yang memberikan satu impak (kepuasan) kepada
perasaan pembaca. Selain dari rasa seronok gembira, pembaca juga boleh
mengetahui sesuatu yang baru walaupun dengan penyampaian yang santai.
Untuk penulis, tahniah kerana berjaya menghasilkan satu cerita yang
santai tetapi tetap punya mesej tertentu. Semoga terus menulis karya yang lebih
berkualiti.
P/s: Setelah membaca Re: Kau Ilhamku, aku cuba
dapatkan Si Mata Bundar pula. Dah macam jatuh cinta dengan gaya penulisan
Amany. <3
No comments:
Thank you!