Review : Pelangi Untuk Ara, Azura Rasiddin


 (sorry gambar tak power. haha)

Sinopsis:   
Penulis: Azura Rasiddin
Penerbitan: Karyaseni 
Harga: RM 28.00 
M/s: 718

Review: 

Pelangi untuk Ara ini novel kedua yang aku baca dari penulis Azura Rasiddin. Sebelum ini aku pernah membaca Teman Lelaki Upahan dan turut mengikuti lakonan Ungku Ismail dan Siti Elizad dalam adaptasi TLU. Dari novel sampai ke cerita adaptasi, aku berpuas hati sebab apa yang aku imagine, sebiji sebiji keluar dalam cerita. 

dan sebenarnya bila aku buat keputusan untuk beli Pelangi untuk Ara, aku rasa berbelah bagi. Aku takut cerita dia tak sampai jangkaan yang aku dah buat. Tapi dalam masa lapang, buat rugi je aku fikir panjang, baik aku beli dan terokai sendiri. lepas itu baru lah tahu best ke tidak kan? 
-
-
-
Awal awal aku baca PUA, aku dah rasa excited sebab  cerita start terus dengan konflik dalaman  Ara yang bencikan abang dia, Eiyad. At the first place, aku rasa Ara too harsh dengan Eiyad. Tapi perjalanan masih jauh sampai lah aku betul-betul faham bahawa cerita ini sebenarnya bertemakan love hate relationship dan ada sebab kenapa Ara jadi macam itu.

A love-hate relationship is an interpersonal relationship involving simultaneous or alternating emotions of love and hate - something particularly common when emotions are intense. - Eric Bern, A Layman's Guide to Psychiatry  and Psychoanalysis (1976) p. 86

Hampir separuh novel, aku stop dari teruskan pembacaan bukan sebab cerita Eiyad dan Ara ni tak mengujakan tapi sepanjang aku baca Pelangi untuk Ara, ada satu perasaan yang terbit dalam hati aku. Satu perasaan ngilu. 

Just imagine, ada duit syiling, kau gosok laju laju, itu lah perasaan aku waktu membaca Pelangi Untuk Ara. Ngilu, terluka, kecewa, pedih, sebak sebab event-event tertetu. Emosi aku rasa tak stabil. Emosi aku terdera weh. Kejap naik, kejap turun. Perasaan aku bertimpa-timpa. 

Lagi -lagi bila baca bab 24 - 33, 41-44 dan 47. Kadang-kadang, kau terpaksa buat sesuatu yang kau tak nak buat. Terlalu sukar tapi kau kena juga. Mungkin sebab nak reveal tentang perasaan dan sesuatu yang tak disangka itu payah,  tapi kau kena buat untuk menjernih kan keadaan. Then, aku salute pada Ara waktu ini. Dia ada satu keupayaan yang level di luar petala untuk berterus terang. Melalui voicenotes kepada Eiyad. 

You are someone that I want to protect, you are someone that I feel responsible for, You are someone that I care about and you are someone that I love. 

dan aku rasa Eiyad, Ara dan Nawal deserve something better. 

Banyak unexpected event tapi dengan gaya penulis yang unexpected juga, aku rasa Pelangi Untuk Ara ini special. Pernah terfikir tak seseorang akan bagi mesej melalui novel. Highlight word by word, dan lepas itu kita dapat satu mesej lengkap yang sangat bermakna untuk kita hadam. 

Perkembangan watak Ara, i can feel macam mana strugglenya Ara untuk jadi someone better. Dari level, aku tak peduli dengan semua orang sampai lah level aku boleh deal dengan orang yang problematic.

Overall, cerita ini memang padat gila. Padat dengan rentetan konflik dan mesej. Tapi penulis berjaya untuk smoothkan perjalanan dengan penyampaian yang mengujakan. Pemilihan dan penggunaan ayat yang boleh describe everything sampai kaku rasa cerita ni bermakna dan memberikan kesan.  Penuh dengan unexpected event. Pembaca boleh relate dengan keadaan semasa dan bila sesuatu yang kita lihat dengan mata kasar itu belum tentu itulah yang sebenar atau terjadi. Selalu ada perkara yang terjadi sebelum perkara itu benar-benar terjadi. 

" There's always a little truth behind every "just kidding", a little knowledge behind every "I don't know", a little emotion behind every " I don't care", a little pain behind every "It's okay." 


note: Tahniah kepada kepada penulis sebab cerita Pelangi Untuk Ara antara karya yang special yang boleh dijadikan koleksi. Rating? Mungkin sama dengan Teman Lelaki Upahan. ✌💕

note: Menyesal sebab lambat dapatkan Pelangi Untuk Ara. Haha  okay happy reading gais! :)


2 comments:

  1. Siqah baru beli buku ni. Ada dalam senarai top list buku yang dijual di Popular. Tapi tak baca lagi. Hihi.

    Good review anyway :) Terperinci. Hii.

    Nway, jemput join segmen dan giveaway di blog saya :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.