📖 Book Wish List | PBAKL 2018





📖 Book Wish List (PBAKL 2018)

Currently, aku tengah senaraikan tajuk-tajuk buku yang aku nak beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018) nanti. Eh korang tahu tak PBAKL 2018 tak lama je lagi ni? Okay.okay, kalau dah tahu korang memang cool. Bagi sesiapa yang belum tahu, meh nak bagitahu yang  PBAKL 2018 akan diadakan pada: 

27 April sehingga 6 Mei 2018
bertempat di : Putra World Trade Centre ( PWTC )
Korang juga boleh dapatkan maklumat lanjut  di www.klibf.my



Pengalaman -pengalaman yang lepas, selalunya aku akan ke PBAKL, dua kali. Pertama, aku akan survey dulu booth-booth yang ada, survey buku-buku yang ditawarkan dengan diskaun menarik. Kali kedua datang, baru aku memborong. Tapi memandangkan sekarang aku di Perlis, aku kena buat sesuatu untuk memudahkan urusan aku. haha. Aku sangat berharap yang aku berkesempatan untuk ke sana. Jadi, untuk memudahkan aku kali ini,  aku akan survey mana-mana buku dari penerbitan yang aku suka. Aku akan survey dulu buku atau novel yang akan di keluarkan ketika PBAKL2018 atau pun yang sememangnya dah diterbitkan tapi aku masih belum dapatkan. Time PBAKL lah kita nak borong buku kan? 

Untuk mengetahui buku-buku terbaru, selalunya aku akan cari maklumat buku-buku tersebut di media social syarikat penerbitan itu sendiri. Contohnya macam Jemari Seni, Iman Publication, Karya Seni, Katarpillar dan sebagainya.

Bagi buku-buku yang sudah dijual sebelum PBAKL 2018 pula dan masih belum menjadi koleksi aku, aku akan baca review buku-buku berkenaan sama ada di goodreads, melalui review di blog, twitter dan instagram. Jadi, aku kongsi kan tajuk-tajuk buku yang aku akan beli di PBAKL 2018 nanti.


1.Emma X  Hud

Aku memang dah lama menantikan buku terbaru dari Nirrosette. Jadi, bila dapat tahu  Emma X Hud ini akan di keluarkan masa PBAKL 2018 nanti, lagi la aku excited! Kisah Emma X Hud ini memang dinanti-nantikan sejak aku mula baca dekat blog Nir lagi. Emma X Hud ini akan diterbitkan oleh penerbitan Jemari Seni. So yeah, hopefully aku sempat la beli dan sekarang pun aku dah rasa tak sabar nak tahu the whole story.




2. GHospital

Aku tak tahu kewujudan buku ini sehinggalah aku nampak Dr. Kamarul Ariffin promote GHospital dekat twitter beliau. Beliau banyak juga tweet teaser berkaitan GHospital ini. Dari situ, aku macam tertarik untuk dapatkan GHospital yang katanya berkisarkan cerita-cerita di hospital yang menyeramkan. So nak tahu seram ke tidak, kenalah beli kan? Oh ya, GHospital ini terbitan Whitecoat.










3. Detour

Detour ini pula terbitan Iman Publication. Sebuah karya yang ditulis oleh Raudhatul Hifza. Orang kata kalau dah baca Hiatus (Mato), kena baca Detour pula. Baru boleh nampak pengajaran atau mesej disebalik kedua-dua cerita itu. Disebabkan aku tak berkesempatan untuk dapatkan Detour diawal-awal keluaran, jadi aku rasa aku boleh dapatkan Detour  waktu PBAKL 2018 nanti. 








4. Love Lila

Sebenarnya, Love Lila dah pun diterbitkan, cuma disebabkan kekangan masa, aku masih belum sempat untuk dapatkannya. Jadi, masa PBAKL 2018 nanti lah aku beli eh. Aku tertarik dengan Love Lila, disebabkan oleh penulisnya sendiri, iaitu Rin Ahmad. Rin Ahmad terkenal dengan penulisannya yang sangat terperinci, penuh rencah, dan punya lenggok bahasa yang menarik. Aku rasa Rin Ahmad punya gambaran terhadap sesebuah cerita itu lebih luas dari penulis lain. Plus, banyak juga review kata cerita ni memang best dan berbaloi-baloi la kalau dapat jadikan koleksi. Jadi, untuk memastikan cerita ini menepati piawaian aku ke tidak, aku kena lah beli. haha






5. Aleppokalips

Sebuah novel yang ditulis oleh Inche Gabbana. Sepanjang aku membaca review dari pembaca-pembaca di blog, rata-rata menyentuh tentang ISIS. ISIS, yang sebenar-benarnya ISIS yang diolah dengan lebih bersahaja. Bagi aku, kalau betul ia menceritakan tentang ISIS dengan cara penceritaan yang lebih ringkas dan santai, itu sesuatu yang mengujakan! Harap-harap aku boleh dapatkan Aleppokalips di booth Penerbitan Wahai. 






Walaupun buku-buku diatas itu ada yang memang sudah diterbitkan, bukan akan diterbitkan khas untuk PBAKl 2018, tapi still aku rasa berbaloi untuk dapatkan buku-buku tersebut. Kebiasaannya, membeli buku-buku yang dijual di PBAKL ini lebih berbaloi-baloi kerana buku-buku tersebut di jual dengan harga yang lebih murah. Aku ada beberapa buah buku lagi yang aku nak beli tapi tunggu next time pulak, aku kongsi dengan korang eh?

Note: Aktiviti yang aku nanti-nantikan ketika PBAKL2018 ini ialah Meet and Greet dengan penulis favourite. Kalau lah aku berkesempatan untuk ke PBAKL 2018, aku akan pastikan aku berjumpa dengan penulis-penulis yang ada di sana!


oh ya, sekali lagi aku kongsikan tentang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018.

Korang boleh dapatkan maklumat yang lebih terperinci di link berikut:

Korang boleh klik di link berikut: 👇

Facebook Page: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 
Laman Web PBAKL : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 



P/s: Korang boleh kongsikan juga buku-buku yang korang nak beli waktu PBAKL 2018 nanti, takpun kalau nak suggest buku dekat aku pun boleh. Sharing is caring meh <3

Hopefully, entri ini membantu korang untuk memborong di PBAKL 2018 nanti! 

Terima kasih sudi baca, jumpa lagi!


2 comments:

  1. Buku-buku daripada Teme Abdullah. InsyaAllah menarik.

    Dan kalau ingin dapatkan buku Detour boleh kunjungi instagram ' The Readers JB '.

    😊

    ReplyDelete
  2. Jumpa blog ni masa mencari mengenai wish list PBAKL 2018 :) Novel pertama menarik perhatian lah pulak. Adakah perlu menambah lagi list? Sebab sekarang dah 11 buku nak dibeli 😅😅

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.