Review : The Tudung Anthology ( Edited by Azalia Zaharuddin)
"Say to the believing men that: they should cast down their glances and guard their private parts (by being chaste). This is better for them. Say to the believing women that: they should cast down their glances and guard their private parts (by being chaste) and not display their beauty except what is apparent, and they should place their head covering over their bosoms..." (Qur'an 24:31-32)
*****
Sebenarnya, aku pernah ternampak seseorang promote The Tudung Anthology ini dekat instagram. Tapi disebabkan kekangan masa aku terlupa nak dapatkan sehinggalah bulan lepas sebelum balik ke Perlis, aku singgah MPH Nu Sentral, dan aku ternampak The Tudung Anthology dekat rak berhampiran dengan cashier.
Keseronokan aku menghayati The Tudung Anthology ini dari rentetan cerita aku sebelum ini. Sebelum aku beli The Tudung Anthology, aku pernah tengok instagram stories dari sumijones. Masa itu dia share pandangan dan pendapat dia mengenai hijab. Dari situlah aku mula terfikir-fikir tentang pandangan kak sumi dan aku juga relatekan dengan apa yang aku alami.
*****
Pertama sekali aku suka introduction The Tudung Anthology. Bagi aku, pengenalan itu cukup rencah dalam menggariskan apa yang ada dalam The Tudung Anthology. Apa value yang kita sepatutnya dapat setelah selesai membaca The Tudung Anthology.
"Because let's face it, every Muslim woman has been there countless times:
"Put it on"
"Take it off."
"Are you oppressed?"
"Don't you know it's compulsory?"
"Are you terrorist?"
"Is this the latest fashion trend now?"
"Did your husband tell you to wear it?"
"Is it hot?"
"Why do you wear it?"
Situasi 1:
Berkaitan dengan diri aku sendiri. Aku mula pakai tudung pertengahan bulan Mei 2004.Waktu aku darjah enam dan aku baru saja pindah dari KL ke Perlis. Pendekkan cerita, cikgu BM aku masa itu cikgu Norehan, minta aku pakai tudung sebab dekat sekolah aku ada student Siam. Dan aku pelajar tunggal yang tak pakai tudung masa tu. Okay aku just okay je lah. Pakai je lah tudung sebab tak nak orang salah sangka yang aku siam. haha. (Untuk membezakan Muslim dan Non Muslim)
Pendekkan lagi cerita, aku masuk sek agama perempuan. Masa itu nak pakai tudung sekolah kena ada piawaian dari sekolah sendiri. Tudung mesti labuh, paras perut,paras siku, pakai peniti bagai semua benda la. Kira masa itu aku ikut je lah tanpa ada kesedaran nak ambik tahu atau gali ilmu kenapa muslimah kena pakai tudung dengan cara macam itu, cara yang terbaik macam mana nak pakai, adakah tudung sekolah aku ni saja tudung yang terbaik atas dunia? kira berdosa ke kalau aku tak ikut garis panduan tudung sekolah? Akan ada satu perasaan di mana, apa yang kita pakai itu lah yang paling betul. Kalau kita tak pakai cara itu kira macam boleh jatuh dosa la. (Personal experience)
dan bila kita melihat orang lain, tidak memakai tudung serupa kita, kita tend to judge them.
Aku duduk dalam situasi itu sampai lah aku first year degree dan masa itu view aku sedikit berubah. Tapi still aku masih terkongkong dengan budaya tudung sekolah agama tanpa kesedaran mahu mecari ilmu tetang hijab/tudung/menutup aurat- kelemahan aku sendiri.
Adakah kita sekadar mementingkan hijab/tudung di kepala. Atau sebenarnya dia lebih dari menutup kepala, adakah ada timbul perasaan yang memakai tudung lebih labuh dari biasa, itu lebih baik dari yang biasa-biasa?
First year degree, 2012 dan kebanyakan waktu aku ke luar negara, aku selalu menggalakan kepala otak aku untuk meluaskan pandangan tentang muslimah di oversea. Bagaimana mereka menterjemahkan imej muslimah? Adakah mereka cuma pentingkan pemakaian hijab di kepala atau sebenarnya ia proses spiritual journey yang dialami setiap muslimah?
A spiritual journey is a very individual and intimate quest to consciously deepen your insight about life. Some people decide to go on a spiritual journey in order to pose themselves profound questions about their life. The journey can, for instance, help them to better understand their purpose in life.
A spiritual journey is a very individual and intimate quest to consciously deepen your insight about life. Some people decide to go on a spiritual journey in order to pose themselves profound questions about their life. The journey can, for instance, help them to better understand their purpose in life.
sampai sekarang
bagi aku berhijab, ini adalah proses yang panjang dan tiada kesudahan. Proses yang kita akan selalu nak upgrade diri dari baik ke lebih baik, dan paling penting kita bukan saja mementingkan dari segi luaran tapi, dalaman juga lebih penting. Aku selalu juga encourage diri sendiri untuk melihat mereka yang masih belum terbuka untuk berhijab, itu bukan hanya kerana mereka bongkak tidak mahu berhijab, tapi lebih kepada ada sesuatu yang kita panggil unfinished business. Ada hal yang belum selesai sehingga mereka terhalang dari mengenakan hijab. Sekurang-kurangnya, persepsi ini buat aku tidak merasakan diri sendiri lebih baik.
Situasi 2:
2017, aku terjumpa instagram kak sumi dan masa itu bila aku mendengar dia berkongsi pendapat tentang hijab yang maknanya lebih meluas, (tapi aku lupa nak tulis semula perkongsian kak sumi) aku rasa oh ini yang sepatutnya berlaku waktu aku mula bertudung, menutup aurat. Waktu di sekolah adalah waktu untuk kita explore, apa yang perlu, apa yang kita patut buat dengan panduan, cikgu ustazah. Tapi itu lah, masa itu kita tend to mengikut saja tanpa ada kesedaran untuk explore sendiri ataupun kalau kita ada explore tapi exploration kita terhalang disebabkan faktor-faktor lain.
Rentetan dari situasi situasi yang aku alami, aku selalu terfikir sebenarnya apa yang membuatkan aku berhijab/bertudung? Cara menutup aurat yang bagaimana yang terbaik? Adakah bila kita be different dengan orang lain dari segi pegangan, prinsip,cara berhijab, adakah salah sebab minoriti? Okay ke kalau hijab aku begini dan buka begitu? dan ...
*****
Review:
Pertama sekali aku suka introduction The Tudung Anthology. Bagi aku, pengenalan itu cukup rencah dalam menggariskan apa yang ada dalam The Tudung Anthology. Apa value yang kita sepatutnya dapat setelah selesai membaca The Tudung Anthology.
"Because let's face it, every Muslim woman has been there countless times:
"Put it on"
"Take it off."
"Are you oppressed?"
"Don't you know it's compulsory?"
"Are you terrorist?"
"Is this the latest fashion trend now?"
"Did your husband tell you to wear it?"
"Is it hot?"
"Why do you wear it?"
Azalia Zaharuddin " ... this is not a religious book."
Aku setuju The Tudung Anthology bukan buku agama tapi sekurang-kurangya sebagai pembaca, aku sangat menghargai kehadiran Tudung Anthology. Perkongsian yang ditulis oleh semua penulis seolah-olah satu peringatan mesra untuk pembaca membuka mata dan minda dengan lebih meluas tentang persepsi berhijab, meraikan perbezaan.
Boleh dikatakan, aku suka hampir kesemua perkongsian pengetahuan dan pengalaman, cerita, komik tentang persepsi berhijab dalam The Tudung Anthology. Ia seolah-olah mengetuk pemikiran kita untuk lebih berfikir tentang beberapa perkara dan mendidik kita agar mempunyai pegangan dan prinsip sendiri.
Seseorang yang berada didalam ruang lingkup atau environment semua bertudung akan mempunyai pandangan dan persepsi berbeza dengan seseorang yang bergaul dengan indvidu tidak berhijab, separa berhijab, baru bermula untuk berhijab dan sebagainya.
Tajuk: The Tudung Anthology
Edited: Azalia Zaharuddin
Harga: Rm 20.00
Penerbit: Matahari
note: cuba untuk tidak menghakimi seseorang yang masih belum terbuka untuk berhijab, kerana percaya bahawa perjalanan spiritual seseorang itu berbeza-beza 💕
No comments:
Thank you!