Perbincangan : Novel Melayu (Cinta)

Monday, July 30, 2018

Hampir 13 tahun menjadi pembaca novel cinta, aku selalu terfikir tak ada ke antara 'kita' nak adakan open discussion yang santai-santai lah, tak pun sesi bedah novel ke , tak tahu la kan janji sesi yang boleh create positivity dan kita boleh having fun gitu. lama juga lah aku terfikir, tapi macam itu je lah takat fikir je la haha. 

sampai lah beberapa minggu yang lepas, apa yang aku fikirkan telah menjadi nyata. hahaha thank you ummi! sebab tag sis dekat twitter. ðŸ’• ada panel yang mahu kan volunteer untuk discuss pasal novel melayu dan impak pada kehidupan realiti. Discussion diadakan di jabatan sejarah, FSSS, UM. Oh lagi la semangat aku nak join sebab boleh lah usha universiti terchenta masa degree dulu. hahas. 

alhamdulillah. aku sempat juga jumpa soleh (kawan-buku-di instagram) haha dan bertemu dengan beberapa orang peminat novel melayu. Ya tuhan, aku tetiba rasa 'hidup' bila berada dalam discussion,  conducted by afi dan Dr. Alicia. 
.
discussion start dengan benda- benda basic. Bila start baca novel? Seingat aku umur paling awal adalah 12 tahun. Rata- rata dari kami bermula baca novel melayu sejak awal 13 tahun sampai lah sekarang masing-maisng umur 18, 26, 30. Macam mana boleh terjebak untuk baca novel? Ada yang dari kawan, ada yang dari sepupu dan ada juga memang membaca itu datang dari family sendiri. 
.
Sepanjang dalam sesi, sikit pun aku tak rasa kekok, apatah lagi dengan environment yang santai, kawan-kawan yang very excited nak berkongsi pengalaman antaranya farhah, solehah, izzati, hidayah, arini dan soleh. Glad to meet you girlss! Dapat berkongsi pandangan, idea dan perspektif tentang novel cinta dan berkongsi persamaan event dan meraikan perbezaan dengan semua. sebut pasal perbezaan ini, memang unexpected. walaupun kami semua suka baca novel tapi mungkin ada perbezaan idea dari segi jalan cerita, penulis, penerbitan, dan sebagainya
.




Bagi aku perbincangan ni sangat menarik sebab masing masing seronok berkongsi pengalaman dan perjalanan minat membaca sejak dari awal remaja sehingga kini dan ia memberi perspektif baru pada aku tentang dunia novel cinta

Topik/ isu yang dibincangkan merangkumi:
intro (latarbelakang pembaca), perbezaan konsep novel cinta dulu dan sekarang, adaptasi novel, perbezaan tajuk novel dahulu dan sekarang, stigma terhadap novel cinta, perspektif cinta dan impak novel kepada diri sendiri.  aku setuju yang dalam kita membaca novel kita ada pegangan masing-masing. paling penting kita tahu tujuan kita membaca dan kena realistik. 

dan aku try juga untuk share video dekat sini tapi tak boleh juga, so incase korang nak tengok video tersebut just pergi dekat instagram aku okay? - athirah_bookstagram 
.

lastly, Terima kasih kepada afi dan Dr. Alicia kerana memberi peluang dan sudi mendengar pandangan dari kami semua haha semoga perbincangan yang diadakan dapat membantu kajian yang sedang dijalankan ❤️🌻
.
P/s: serius lah dalam discussion ni aku rasa happy memanjang dan rasa tidak keseorangan sebab baca novel cinta 😂
.



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.