Review Novel : Love Lila, Rin Ahmad

Wednesday, August 01, 2018






Aku mengenali Rin Ahmad melalui naskhah Gadis Edisi Terhad, Lelaki Edisi Terhad dan The Ex
.
Bagi aku setiap naskhah yang dihasilkan oleh Rin Ahmad setakat ini, tak pernah mengecewakan aku sebagai pembaca dan setiap satunya mempunyai kekuatan dari segi jalan cerita dan perkembangan watak
.
Love Lila juga sama. Satu kisah cinta yang diangkat dari level kisah cinta cliche'. Plot cerita da bomb! Superb. Penuh dengan konflik baik dari hubungan antara Jude dan Lila, Jude dan family Johari, Jude dan team yang memanipulasi teknologi, Jude dan vCJD tapi tetap di garapkan dengan sangat tersusun oleh penulis. Kesinambungan antara bab juga konsisten. dan boleh dikatakan hampir setiap bab dihujungnya pasti ada peribahasa baru yang jarang didengari!
.
Kisah Jude dan Lila pada aku , memang kisah yang matang, unik tapi penuh misteri dan rahsia. Kedua-dua watak utama ditonjolkan dengan kekuatan masing - masing. Tak perlu dialog yang banyak untuk mengajak pembaca sama-sama merasai pengalaman mereka, cukup dengan pemilihan kata dan ayat yang tepat untuk menghayati.Penggunaan teknik flashback yang ada bagi aku tak kan menyebabkan kekeliruan sekiranya pembaca baca dengan teliti
.
Paling penting
.
Rin Ahmad selalu bawa pembaca membuka mata dan minda untuk meneroka 'dunia' yang baru tak kira dari segi plot cerita, perkembangan watak in terms of personality and career yang jarang diketengahkan. Ilmu- Ilmu baru sentiasa ada untuk pembaca. Aku sangat yakin Love Lila di hasilkan setelah membuat banyak rujukan. Menggabungkan dunia ilmu perubatan, flight nurse, department A&E, (vCJD) dengan ilmu robotik, teknologi memang lah sangat mengujakan!
.
Serius, Mengujakan!
.
Tahniah buat penulis 🌻 rin ahmad!
.
note: Love Lila ni baru betul kalau nak guna peribahasa don’t judge a book by its cover 😂 contra habis
.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.