Reviu: Uzbekistan Airways
Aku tak pernah naik Uzbekistan Airways sebelum ini, jadi lepas dah tahu nak ke Uzbek dan akan fly guna Uzbekistan Airways, aku cepat-cepat cari review dekat internet. haha punyalah gigih kan aku. AKu gigih ada sebabnya. Rata-rata aku dengar orang akan cakap UA agak teruk, tak friendly dan perkhidmatan tak berapa ok. Ringkasnya, UA tidak memberansangkan.
Aku dah cuak.
Untuk mendapatkan satu perjalanan yang cemerlang, kena la bermula dari flight tu sendiri. Kalau dalam flight pun dah rasa jahanam, sah sah dah ganggu mood travel kau kan? Ke tak? Ke aku sorang je macam itu? haha
Tapi takpe lah, walaupun aku baca review tidak memberansangkan, aku cuba positive la eh. Mana lah nak boleh compare semua benda atas muka bumi ni and ku just bersedia untuk segala kemungkinanan.
Welcome to Uzbekistan Airways!
( Gambar atas : Di ambil waktu flight hala balik)
Beberapa perkara yang aku reviu adalah seperti berikut:
1. Pramugara/Pramugari
Masuk je dalam badan aircraft UA, Aku di sapa oleh senyuman nipis oleh pramugari yang tinggi lampai. Dan bila aku tunjuk boarding pass, diorang tunjukkan selayaknya. Itu la yang sepatutnya kan. Walaupun sebenarnya, aku sendiri pun boleh cari mana seat aku. haha. Tapi kebanyakkan dari pramugari/gara sedikit berusia. Baik lelaki atau perempuan. jadinya, aku simpan je lah niat untuk cuci mata. hahahaha tapi overall pramugari/gara dia nice lahh. Satu bintang ting!
2. Seat
Aku rasa seat UA agak luas la untuk kelas ekonomi. Entah aku rasa kaki aku selesa je. Nak letak bag dekat bawah itu pun still ada ruang untuk aku lunjurkan kaki aku yang panjang macam zirafah ni. so tambah satu bintang!
3. Ruang dalam aircraft
Aku tak nak complain benda lain, tapi mata aku sakit bila ada ruang untuk diorang siapkan makanan passenger like dekat tengah -tengah aircraft tu yang dekat situ lah tempat diorang letak bag tambahan, tempat panaskan makanan dan juga tandas. Kalau macam time semua orang berkerumun nak ke toilet, Allah aku rasa semak dan serabut dekat tengah tengah. Aku cakap benda ni sebab aku duduk mcm betul-betul tepi ruang tersebut lah. haha hala pergi, seat aku nombor 26 A kot eh tak ingat la pulak haha Hala balik, seat aku nombor 18 A, so alhamdulillah terhindar mata aku dari rasa sesak, serabut dekat tengah -tengah.
4. Tandas
Part ni aku rasa kurang sikit. Tandas dia mula-mula okay la bersih. Tapi perjalanan ambik masa lebih kurang 6 ke 7 jam, dari KL ke Uzbekistan. Lepas dah beberapa jam tu imagine je la dah berpuluh orang masuk tandas kan. Aku tunggu jugak la kalau diorang nak bersihkan ke apa. Tapi seingat aku , aku tak nampak lah ada yang bersihkan. Tapi aku khusnus zhon, mungkin diorang cuci time aku tidur dan bila aku bangun dah kotor balik. lol
tapi sebenarnya aku heran pada sesetengah passenger la kan, kau dah guna toilet tak reti ke nak buang tisu dalam tempat yang disediakan, kalau kau guna air, dan basah dekat tempat tepercik, kau lap la, benda simple macam tu tak kan tak reti? Just make sure toilet dalam keadaan bersih dan kering.
Dari segala benda yang aku reviu tu, makanan dia memang first class aku rasa. haha! untuk food lover macam aku haruslah aku suka. Baru je gerak, like setengah jam, dah dapat kudapan. Cerita dia, kalau kau naik UA, kau akan kenyang sepanjang zaman eh sepanjang perjalanan. Haha Kau macam hidup like heaven. makan, tidur, bangun, makan, tidur repeat sampai lah tiba di Tashkent Airport, tak ke heaven kau rasa? Hahaha. Aku tak dek lah gigih nak ambik gambar setiap makanan tapi aku nak korang bayangkan yang Uzbekistan Airways menyediakan banyak makanan untuk passenger diorang lol. Jadi, aku bagi dua bintang, ting ting!
(gambar bawah: sorry makanan tu semua aku dah usik, makan sikit-sikit untuk merasa,
then baru teringat nak ambik gambar. heh.sebab aku tak plan nak buat reviu UA pun. haha)
In- flight Entertainment? Ada tu ada tapi Hmm tak sebanyak yang kau boleh tengok bila naik MAS, Emirates dan Etihad aku rasa. Sebab bila aku tengok pilihan movie, lagu yang dia ada, terus aku macam eh kita baca novel dan kita boleh syahid kecil selepas itu.
Tapi overall, aku kasi 3/5 💥 untuk Uzbekistan Airways. okay sekian reviu untuk hari ini. bai👋
No comments:
Thank you!