Trip Summer di Uzbekistan : Dooset Daram ❤

Wednesday, September 12, 2018

"You'll never know until you go" ❤

Walaupun muka tengah menahan terik matahari, tapi layan je lah. Bergambar di Shah-i-Zinda, salah satu tempat menarik yang wajib dikunjungi di Samarqand. Bukan sahaja unik dengan sejarahnya tapi juga dengan kehalusan seni binanya yang menggunakan earth colour.

Kredit : @farahamirahamri

Ini adalah summary aku pergi Uzbekistan hari itu. Banyak benda yang aku nak share tapi untuk meringkaskan seringkas mungkin perjalanan yang mengambil masa selama 8 hari 6 malam, aku senaraikan tempat-tempat lawatan beserta gambar. 

Transport di Tashkent. Comel bukan? Haha

Untuk kali ini parents aku ambil pakej Uzbekistan tour dari Shahmie Travel & Tour. Korang boleh klik je link sebelah SHAHMIE TRAVEL AND TOURS untuk tengok-tengok pakej diorang. Recommended. Aku cakap siap-siap, nanti ada yang minta dekat aku full itinerary siap bajet memang aku takdek jawapan la.haha

Trip ni cuma cover tiga wilayah tapi itupun aku rasa dah cukup untuk merasai dan menghayati kepelbagaian budaya, bahasa, makanan masyarakat Uzbekistan. Tiga wilayah tersebut ialah Tashkent, Bukhara dan Samarqand. Bagi aku ketiga-tiga wilayah ini mempunyai daya tarikan dan keunikan tersendiri baik dari sejarah dan tinggalan seni bina yang penuh dengan simbolik Islam.
 👍💕 = Highly Recommendation

Hari Pertama 
  • Flight Uzbekistan Airways : Kuala Lumpur - Tashkent (6jam)
Hari Kedua (Tashkent Province) 
  • Chimgan Mountain (Chair lifting, Horse riding, ATV)👍💕
  • Lake Charvake 👍💕
  • Bullet Train Afrosiyob  (Tashkent - Bukhara) 4 jam setengah 
Hari ketiga (Bukhara)
  • Samanid Mausoleum 
  • Chashma - Ayub Mausoleum 
  • Fortress Ark of Bukhara 
  • Memorial complex of Imam Al-Bukhari 
  • Mir-i-Arab Madrasah👍💕
  • Po-i- Kalyan 
  • Bolo Haouz Mosque👍💕
  • Ulughbeg Madrasah 
  • Lyabi Khauz (Kukeldash Madrasah, Khanaka & Nodir Divan Begi)👍💕
  • Shopping (Kumpol market)
  • Bakhaudin Nakshbandi 
Hari keempat (Bukhara - Samarqand)
  • Ceramic factory (optional)
  • Imam al- Bukhari Complex 👍💕
Hari kelima (Samarqand) 
  • Gur-e-Amir 👍💕
  • Bibi Khanym
  • Rukhobod Mausoleum 👍💕
  • Shah-i-Zinda👍💕
  • Masjid nabi Khidir👍💕
  • Siyob Bazaar 
  • Registan Square (malam) 👍💕
Hari ke enam (Samarqand)
  • Maqam nabi daniyal 👍💕
  • Carpet factory (optonal)
  • Registan Square (siang) 👍💕
  • Bullet Train Samarqand - Tashkent (2 jam setengah)
Hari ke tujuh (Tashkent) 
  • Khast Imam Complex ( Barakhan Madrasah & Muzium Al-Quran)👍💕
  • Shopping in Chorsu Bazaar 👍💕
  • Flight Tashkent - Kuala Lumpur
Hari kelapan 
Kuala Lumpur. 
T A S H K E N T

MasyaAllah lawa  kan? Tasik Charvak ini tasik yang supply air ke seluruh bandar Tashkent.


Dalam bahasa Rusia, Gunung ini disebut sebagai Chimgan , dalam bahasa Uzbekistan pula, disebut sebagai Chimyon. Rata-rata signboard di Uzbekistan masih mengekalkan bahasa Rusia. Untuk dapatkan view sebegini korang perlu, ambik masa lebih kurang 1 jam setengah dari Tashkent city sebelum melakukan chair lifting. Dan sebaik turun dari gunung Chimgan, korang boleh melakukan aktiviti: Horse riding, ATV dengan harga yang pada aku murah iaitu 20 000 Uzbek Soum. Kalau di convert ke RM, cuma Rm10.00!! Mana mau cari? Tiket untuk Chair lifting pula ialah 12 000 Uzbek Soum. Kalau korang nak tengok video pengalaman aku berchair-lifting, dan juga buat aktiviti menarik, boleh visit ig aku athirahhye_jung okeh.

Next, dekat Tashkent wajib datang ke Khast Imam Complex yang merupakan pusat Islam Uzbekistan. Dekat sini ada beberapa tempat yang boleh dilawati antara nya muzium Al-Quran dan muzium Abu Bakr yang rata-ratanya boleh jalan kaki saja. So tak perlu risau. Cuma dekat perkarangan Pusat Islam, kena hati -hati dengan kanak-kanak gypsy. Pesan aku hati-hati sebab diorang minta sedeqah dengan cara agresif. Aku punya pengalaman, salah seorang budak ni dia pegang kuat hujung shawl aku dan sebelah tangan lagi pegang apa apa saja barang yg ada dekat badan kau, contoh bag. dia akan minta sampai kau bagi. tapi sbb aku mmg tak lut nak bagi walaupun kesian. Jadi, aku biar je dia pegang shawl aku dan last last dia blah. Dia ingat dia sorang je degil nak duit. Dia tak tahu ke aku pun degil nak bagi duit dekat dia.  Bukan masalah pahala atau tak, dia masalah once kau bagi, akan ada lagi tiga empat orang kelilingi kau sebab nak duit. Kalau nak bagi juga, silakan. 

Gambar bawah ini, adalah gambar beberapa jam sebelum kena pau budak gypsy tu. heh - Khast Imam Complex


Bawah ini pulak gambar instant Mr. Right yang aku jumpa . boleh panggil dia Mr. Back. ewah. 😌



Bangunan di belakang kumpulan local tu ialah Muzium Al-Quran. Cuma boleh masuk dalam itu tapi nak ambik gambar tak boleh. Muzium Al-Quran ini, menempatkan sebuah Al-Quran pertama di dunia,. Full artikel, boleh baca pada link di sebelah Al-Quran Lama Di Dunia
Di depan Kukeldash Madrasah yang masih aktif dengan pengajian.


Next, korang boleh layan gambar gambar di bawah okeh?


B U K H A R A

Meet girlfriend kepada Mr. Back, Ms. Back - Chashma - Ayub Mausoleum - Telaga Nabi Ayub A.S.



 Mir-i Arab Madrasah. Madrasah yang masih aktif sebagai pusat pendidikan.


Gambar pertama: di belakang Samanid Mausoleum, salah sebuah binaan yang selamat di sembunyikan dari  Genghis Khan. Di katakan, orang zaman ketika itu dapat ilham supaya menimbus binaan Samanid Mausoleum dengan pasir. Cuba bayangkan? 

Gambar kedua: Po-i - Kalyan 

S A M A R K A N D

Aku, Afrosiyob dan couple Uzbekistan. Nice ahhh :3


S A M A R Q A N D

expression bila kau tahu yang tour guide kau dekat Uzbekistan ialah alumni UUM. Dari COB. Haha what a small world nyah oi! Lagi kelakar -  bila dia boleh cakap utagha, dan mula complain "Fatin tau, nasi kandaq yasmeen tu dia buh nasi sikit. dia lagi tau pasar malam Changlun hari apa dan nasi arab paling best dekat Marry brown? 

Ms. Back also known as Ms. Front. Nak bunyi arab sikit, letak ta marbutah, boleh panggil Ms. Frontahhh! - Di pintu luar Kompleks Imam Bukhari.

Menyambut Aidil Adha di Rukhabad Mausoleum, Samarqand. Ingat pagi itu, boleh solat sunat Aidil Adha dan tengok cara orang Uzbek meraikan Aidil Adha di masjid. Tapi dekat sini, cuma orang lelaki je yang solat dekat Masjid, kaum wanita siapkan hidangan dekat rumah. To be honest, aku tak rasa depa celebrate Aidil Adha di Uzbekistan. Mungkin ada tapi tak semua lah kot. Macam hari-hari biasa ja aku tengok, cuma  ada lah sesetngah tempat akan cuti. - With 💖
Gambar atas : Di luar Gur-e-Amir 
Gambar bawah: Bahagian dalam Gur-e-Amir- Menakjubkan bukan? Kalau sharp lagi memang nampak la betapa halusnya seni yang terukir. 

Hashtag random 
"Kerana mengulang-ngulang doa itu seperti mengayuh speda.... suatu saat, ia akan membawa mu kearah yang kamu tuju." - Nur Azizah
Aku okay je dekat belakang ni ? >.<🤦‍♀️
 Siapa ada hobi macam aku? Mana-mana pergi, mesti cari bookstore. Tak beli pun tak apa, janji masuk dalam, dan tiba-tiba rasa heaven


(Ini basic courtesy nama dia, kalau nak ambik gambar, dalam kedai orang.) Atleast minta izin, untuk ambik gambar diorang dulu, ambik hati. hahas lepas tu baru boleh amik gambar dalam kedai ok? - Udah ler tak nak membeli, ambik gambar suka hati pulekk. 

"Can i take your picture?
"She reads books, as one would breathe air, to fill up and live"  - Annie Dillard 

Selain Shah-i-Zinda, Registan Square juga dikira sebagai Highlight Samarqand la. Dulu dikenali sebagai tempat pengajian yang paling ulung sekali- menempatkan tiga madrasah Ulugh beg, Sher- Dor & Tilla Kori yang melahirkan para ilmuan. Tapi sekarang cuma sebagai tarikan pelancong untuk menghayati kecantikan binaannya. 

R E G I S T A N  


R E G I S T A N

Kalau bernasib baik, akan ada konsert didalam Registan Square.





1. Apa tempat menarik di Uzbekistan?
Tengok saja itinerary dekat atas. Itu antara attractions yang paling menarik dan wajib untuk dilawati. Kalau ada masa lebih, cuba masukkan Khiva. Dari segi scenery dan landskapnya aku rasa lebih menyerlah!

3. Musim yang sesuai?
Tak sure. Aku pergi waktu summer hampir berakhir, dan nak masuk autumn, tapi selama 8 hari aku di sana, aku dapat merasai tiga cuaca yang cukup ketara.

Tashkent: Rasa panasnya seperti di Malaysia. 32 degree
Bukhara: Antara wilayah paling panas. Panas sampai rasa nak tercabut kulit muka.
Tips: 
1. Bawak topi
2. face mask
3. Air mineral yang mencukupi
4. Pakailah something yg dari material sejuk-sejuk sikit
Samarqand: Wilayah favourite aku! Sebab cuaca dia sejuk. Walaupun matahari ada, tapi tetap sejuk berangin.
Tips: Sediakan Sweater. 

4. Local?
"We travel , some of us forever, to seek other places, other lives, other souls" - Anais Nin 

Masyarakat Uzbekistan mempunyai hampir 120 bangsa. Kadang-kadang kau nampak local macam turki, mongolia, chinese, indian, melayu pun ada! tapi semuanya warganegara Uzbekistan cuma kalau check salasilah, sebenarnya, nenek moyang mereka datang dari pelbagai negara. Peramah atau tak?

Aku pernah baca satu artikel yang mengatakan yang kita sebagai foreigner tak boleh start senyum dekat diorang dulu, sebab bagi diorang itu macam mempermainkan diorang lah. Masa first time baca artikel aku macam, logik nya di mana.

Tapi hari first sampai Uzbek, berhenti makan, aku notice satu perkara. Local tengok kitorang macam pelik. Macam tak pernah jumpa pun orang macam ini. haha. Bukan sekali itu je, tapi banyak kali. Sebab cara mereka tengok kitornag tu lain macam. So konklusi yang aku boleh buat, Malaysian jarang datang sini. Haha So kalau aku boleh katakan, kalau kau senyum dan tegur local, diorang balas friendly, maksudnya dia dah mmg terdedah dengan foreigner. Kalau aku dpt balasan pandangan maut, tu aku assume, diorang masih belum terbuka. Sebenarnya, aku rasa dia berkait rapat dengan fasa kemerdekaan mereka. haha malas nak cerita.

5. Transport
  Intercity train - Afrosiyob 


  Tram line - Samarqand 


5. Currency (bertukar mengikut keadaan.)
1000 Uzbekistan Soum =  RM 0.50
Setakat pengetahuan aku. RM tak boleh tukar terus kedalam Uzbek Soum. Cara tukar RM ke Uzbek Soum ialah RM - USD - Uzbek Soum  (Boleh  tukar di Uzbekistan, tak kisah mana mana money changer, bank - Rate dia sama)

Tips: 
1. Jangan tukar banyak sangat. Takut nanti tak habis. Walaupun duit Uzbek semain meningkat tapi masih tak aktif keluar masuk. Boleh di guna pakai dalam Uzbek dan airport sebelum Check-in. Once dah check-in, guna USD- Euro. 
2. Resit tukar duit USD- Uzbek, jangan buang. Resit simpan. Sebab, kalau kita nak tukar semula ke USD, diorang akan minta resit semula. 
3. Sediakan beg yang sesuai. Convert USD- Uzbek Soum, korang akan dapat sebeban duit. 

Tips penginapan (hotel): Setiap kali check out dari hotel, korang dapat satu pass atau coupon. Jangan hilangkan! Sebab masa pemeriksaan imigresen, diorang akan check. Betul atau tak korang stay situ. 


6. Nak shopping dekat mana?


Chorsu Bazaar is the best place untuk shopping souviner, boleh tawar menawar. Banyak benda boleh shopping dekat sini, dari sekecil kecil barang sampai lah ke barangan yang besar. Fridge magnet, handbag, Tshirt, Poskad, Topi bersulam, Ceramic teapot, tapestry dan banyak lagi. Aku takde gambar banyak dekat Chorsu sebab last day dah malas nak fikir nak beli apa dan juga waktu dekat Chorsu tu panas dia memang boleh buat baran. Haha


Siyob bazaar sesuai kalau nak borong rempah.

Shopping mall dekat Uzbekistan sangat terhad. Local banyak shopping dekat open bazaar macam Chorsu.

7. Makanan yang wajib dicuba? 

Nasi Samarqand! Paling favourite sebab rasa dia unik. Nampak nasi daging kan? Tapi once dah makan, tak rasa daging oi. Rasa TUNAAA! Amacam magic ke tidak? 

Roti (Wajib) , Salad (Wajib), Sup daging , Warna putih (Tepung) + Daging kuda

Nasi Bukhara paling famous dekat Tashkent. @ Hilol. Tapi aku tak boleh pergi sangat sebab terlalu berminyak.
Kalau aku boleh suggest nasi Bukahara yang sedap dekat Bukhara

8. Simkad - boleh beli dekat airport. sebelum keluar dari airport belah kiri. Wifi  3GB = 5 dollar. Bayar dan staff akan register dan buat semua urusan.

My honest thoughts

1. Local nampak pelik bila tengok kitorang. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa orang Malaysia jarang datang sana kot. Sebab selalu dapat respon "Indonesia, Singapore?" hmm. 

2. Uzbekistan negara pertama aku travel yang tak dek restoran fast food. Boleh bayangkan? Dua hari lepas, baru launch KFC pertama.

3. Sekularisme masih menebal -  Walaupun Uzbekistan negara Islam, tapi mereka tak mengamalkannya. Hanya boleh solat di masjid atau tempat-tempat yang dibenarkan. Kalau datang Uzbekistan, kita akan rasa mirip pergi ke Turki.  Hanya diuniveristi Islam saja dibenarkan untuk belajar agama - isu menutup aurat masih dalam perbincangan. Senang cerita, Islamphobia di negara Islam itu wujud.

4. Kesan perang saudara Rusia - Dua benda yang aku selalu concern bila aku pergi travel negara Muslim ialah cara mereka solat, cara mereka menutup aurat terutamanya muslimah. Tengok Muslimah solat tanpa menutup aurat dengan sempurna bukan perkara luar biasa untuk aku. Mana-mana pergi mesti ada peratusan kecil yang solat tanpa memastikan aurat sempurna ditutup. Tak terlalu jelas di pandangan mata. Tapi dekat Uzbekistan lain, setiap kali aku singgah solat dekat masjid atau tempat tempat yang dibenarkan, aku tengok ramai muslimah solat, yang majoritinya tak tutup aurat dengan sempurna. Ada solat nampak kaki, ada solat nampak lengan, ada solat pakai ala-ala turban nampak leher. Serius, aku musykil gila. Dan peratusan untuk tengok muslimah menutup aurat sempurna adalah kecil. Aku rasa antara Tashkent, Bukhara dan Samarqand, Tashkent antara wilayah yang peratusan besar menutup aurat dengan sempurna. Mungkin juga sebab Tashkent merupakan pusat pendidikan. 

6 hari aku dekat sana, memang benda tu yang jadi tanda tanya. Tak habis fikir aku. Uzbekistan negara Islam, dah merdeka dari jajahan soviet hampir 27 tahun tapi... aku takde jawapan sampailah hari terakhir aku dekat sana, aku visit satu tempat yang serius weh bagi aku terkesan sampai lah aku boleh rumuskan apa yang terjadi walaupun bukan lah sebab yang utama tapi sekurang-kurangnya, itu lah yang aku boleh kaitkan. 

Last day, aku visit muzium dan dataran syahid. Nama  betul dia aku tak sure, tapi senang cerita Ilyas panggil Dataran Syahid. Ringkasnya, dataran syahid ni tempat di mana 1 juta ulama' dibunuh oleh tentera Rusia. Tujuan untuk sekat sebaran dakwah. Ada sebuah kereta dalam muzium tu. Warna hitam, tayar warna merah simbolik kepada darah. Siapa saja yang kena angkut bawak masuk dalam kereta itu, diorang tahu yang diorang tak kan lepas. Waktu tu, kitab kitab semua kena bakar, ada yang cepat sikit, tanam dalam dinding. Ada anak yang berfahaman komunisme sanggup panggil tentera untuk bunuh bapa dia yang solat. Fuh, benda ni buat aku meremang weh.  

Sekarang aku dah faham. Ulama dibunuh, kitab di bakar. Sebaran dakwah terhenti.Makanya, apa yang ada sekarang, itu  lah yang ditinggalkan. Kesannya, yang aku tengok hari ini. Solat tak tutup aurat dengan sempurna, solat main aci redah. Ini memang buat aku fikir panjang. Tapi aku rasa diorang slowly membina semula 

Gambar bawah: Dataran Syahid

Hari itu aku ada sembang-sembang dengan Ilyas. So basically dia cakap, nak travel dekat Uzbekistan ni mudah dan selamat, insya-Allah. Kalau nak travel solo pun, insya-Allah. Ada public transport, kalau taxi - kalau rajin sembang insya-Allah kau boleh dapat free je. haha ada hotel yang berdekatan dengan attractions. Makanan, halal kecuali kalau kau tidur hotel, kalau sosej itu yang kena hati hati sikit. Kalau tengok artikel 2015 & 2016, couchsurfing ke, duduk rumah sedara ke, tak dibenarkan dan merupakan satu kesalahan Tapi sekarang aku tak sure . Yang lain aku rasa takdek apa kot. Oh ya bahasa diorang guna bahasa Rusia dan Uzbekistan. Bahasa inggeris diorang  boleh lah sikit. Yang pasti, nak travel dekat Uzbekistan mudah!

okay aku rasa dah sampai penghujungnya haha semoga korang yang ragu-ragu nak ke Uzbekistan, dah tak ragu lagi. Koklusinya, aku ingat aku akan mati kebosanan bila travel ke Uzbekistan tapi sebenarnya Uzbekistan meninggalkan kesan yang mendalam dalam spiritual journey aku. Jumpa lagi next entry! Bai.


fnamaya. Powered by Blogger.