Review Buku: Aku Nabi Isa! : Refleksi Wad Sakit Jiwa



"Kita perlu akui adalah fitrah kemanusiaan menjadikan kita tidak maksum." 


Sejujurnya, aku suka 'semua' tentang Aku Nabi Isa!- Refleksi Wad Sakit Jiwa. Ia merupakan kisah-kisah benar yang betul-betul menjadi sebuah refleksi kepada pembaca. Aku suka dengan format dan gaya penulisan Dr. Rozanizam Zakaria. Di setiap bab, ditekankan tajuk yang membuatkan kita tertanya-tanya. 

Di permulaan setiap bab, penulis akan menjelaskan  simptom penyakit mental atau apa yang sedang berlaku kepada pesakit dalam bentuk penceritaan. Dari situ, penulis mengulas dengan lebih lanjut dengan memberikan fakta /statistik yang tepat dengan menggunakan bahasa yang mudah, di ceritakan pula tentang rawatan yang digunakan secara ringkas dan menjelaskan apa yang berlaku selepas pesakit menerima rawatan. Turut melengkapkan setiap kes klien dengan pandangan Islam. Sekilas lalu, aku seperti membaca sebua laporan kaunseling yang sudah diringkas kan. Penyakit mental yang diketengahkan adalah Dimensia, OCD, Depression, Skizorfrenia dan sebagainya. 

Aku suggestkan kepada semua yang ingin menambah maklumat tentang penyakit mental dan mempunyai kesedaran bahawa perkara yang nampak mustahil belum tentu mustahil untuk terjadi. Aku kira melalui buku ini, di bahagian awal dan akhir, terselit harapan agar kita lebih cakna dan cuba memahami dimensi kehidupan pesakit mental dengan lebih luas. Dan cuba lah untuk tidak meremehkan penyakit mental, hanya di sebabkan kita tidak berada dalam kasut si pesakit. Sedikit aku kongsikan kata-kata yang boleh membuatkan kita melihat dunia mereka dengan empati.  

"Pesakit kami kadangkala tidak terasa masalah yang dialami mengganggu kehidupan dan tidak merasakan kami dapat membantu dalam apa jua bentuk. Maka tugas kami bermula dari kosong, Kemudian, membina sedikit demi sedikit batu-bata kepercayaan pesakit terhadap kami, sehingga terbina binaan yang mereka dapat rasakan mampu melindungi mereka"

"Sesi terapi psikologi dan kaunseling, biasanya adalah jalan paling baik dan berkesan untuk jangka masa panjang. Mereka harus dibimbing sehingga mampu mengenal dan mengawal keserabutan mereka." 

"Agama Islam mendidik kita menyusun kehidupan dengan hujan dan syarat, bukannya dengan andaian dan prasangka" 

"Kebiasaannya, pesakit terbiasa dengan perilakunya sehingga menjadi tabiat yang sukar diubah. Sehingga kadangkala kita lebih selesa meneruskan tabiat buruk daripada berusaha untuk berubah semata-mata atas alasan- ini adalah aku. 

-

Aku pinjam buku ni melalui pnm_rasmi, tapi aku rasa aku perlu juga beli buku fizikal sebab content dia memang menarik untuk dibaca! 


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.