Review Buku: Jilbab Traveler Loves Sparks in Korea, Asma Nadia
"Setiap manusia bisa menjadi apa saja yang diinginkan. sebab mimpi-mimpi adalah milik pejuang kehidupan. Tidak ada yang mustahil jika kita berusaha keras dan berdoa."
Aku beli buku ni dah lama. Tak silap tahun 2016, masa aku travel ke jogja. Aku beli buku ni di Gramedia Jogja City Mall. Dalam masa yang sama, buku ni diadaptasikan. Aku tengok movie dia dulu sebelum baca bukunya. Aku suka dua-dua tapi aku prefer versi buku lagi lah sebab imaginasi komersial mana sama dengan imaginasi personal. (Catatan Matluthfi, 238).
Walaupun aku baca tahun 2020, tapi novel bergenre trip fiction ni tetap relevan untuk dibaca pada bila-bila masa pun. Sentuhan Asma Nadia tak kan lari daripada mendidik pembaca untuk mengejar cita-cita, dengan semangat dan motivasi serta doa yang terus-terusan. Asma Nadia menekankan untuk kita bukan sahaja percaya malah meyakini bahawa:
"Setiap manusia bisa menjadi apa saja yang diinginkan.Sebab mimpi-mimpi adalah milik pejuang kehidupan. Tidak ada yang mustahil jika kita berusaha keras dan berdoa."
Selain daripada, ia merupakan kisah benar, aku suka dengan penulisan Asma Nadia kerana sentiasa memberikan harapan. Cerita ini memperlihatkan kasih sayang dan moral support sebuah keluarga kepada Rania Timur Samudra terutama ayahnya. Kasih dan support yang menyeluruh buat Rania berani untuk terbang menjelajah hampir ke seluruh dunia. Menggunakan bukan hanya sekadar satu pintu dari-Nya, dengan menggunakan peluang dan ruang yang ada. Kisah ini menarik dan boleh menjadi inspirasi kepada semua bukan sahaja untuk mula melihat dunia dan kebesaran tuhan, merasakan sendiri tetapi untuk hati-hati yang berkira-kira untuk memilih putus asa berbanding meneruskan usaha.
Overal aku suka kerana bersifat trip fiction, di tambah dengan ia memberikan inspirasi kerana bersandarkan kisah benar, namun, memandangkan cerita ini berbahasa Indonesia, speed reading aku sedikit lambat. Kekangannya adalah disebabkan kelemahan aku untuk merasai disebabkan bahasanya yang sedikit lewah. Namun cukup buat aku bertahan untuk mendapatkan sesuatu lewat kisah Rania & Hyun Geun sepanjang travelling mereka di Nepal-Indonesia-Korea.
No comments:
Thank you!