Review Buku : Salam Kembara Pakistan, Siti Noridah Ab. Rahaman




Salam Kembara Pakistan, merupakan travelog ketiga dari kak et. Salah seorang backpacker paling aku kagumi. Bukan hanya kerana penulis seorang wanita tetapi kerana keberaniannya. Aku suka dengan penyampaian penulis dalam menterjemahkan pengetahuan dan pengalaman peribadinya sepanjang berada di Pakistan. Lebih santai dan menyerlahkan penulisannya benar-benar dari hati.

Kali ini, aku tak mengambil masa yang lama untuk menghabiskan travelog yang menceritakan perjalanan merentasi Karakoram Highway. Dari China ke Pakistan. Ia merupakan travelog yang bukan sahaja berkongsi tentang pedalaman utara Pakistan yang sudah tentu bukan tourist attraction sebaliknya lebih kepada memberi satu perspektif baru tentang realiti 'dunia' Pakistan itu sendiri.
.
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula" (Al-Mulk : 15)

Aku hanyut dengan keindahan alam dan kebesaran tuhan melalui jauhlah aku dari China ke Pakistan, Karimabad, Lembah Hunza, Syurga Dunia di Fairy Meadow, Pesona Lembah Ghizer sehingga ke Shangri-La di Skardu. Pelbagai input yang dikongsi oleh penulis termasuklah gambaran tentang tempat- tempat yang di terokai, keramahan penduduk lokal, budaya masyarakat Pakistan, halangan apabila lowari pass ditutup tanpa notis, iringan dari polis bagi menjaga keselamatan dan kebajikan pelawat luar.

Teruskan mengembara!
Teruskan berkongsi lewat travelog!

2 comments:

  1. Ika jarang baca buku travelog. Selalunya laaa buku travelog paling lama nak habis baca huuu sedih T.T
    Maybe patut cuba baca ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi It's okay Ika. Jangan push kalau tak sesuai. Kita dulu pun macam itu juga tapi sebab suka nak tahu perjalanan dan pengalaman orang yang travel merata, dia jadi seronok. Haha. Carilah travelog yang sesuai... Maybe boleh start dengan kembara afghanistan...

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.