Prolog : Doset Daram

Friday, May 01, 2020





6 November 2016 
Hotel Al Marwaa Rayhaan, Mekah

"Tuk! Tuk!" 

Bunyi ketukan serentak dengan cubaan membuka pintu bilik dari luar membuatkan aku yang baru saja ingin menyuap nasi dan sambal ayam ke mulut, terbantut. Aku angkat kepala. Mak long, mak ngah dan nenek saling berpandangan antara satu sama lain. 

"Siapa?" Soal mak long, perlahan. 

Aku angkat bahu tapi tetap bangun dari silaan memandangkan aku yang paling muda dalam bilik ni. Tangan yang masih bersisa dengan sambal, aku biarkan. Aku melangkah mendekati pintu bilik hotel yang sememangnya diselak dari dalam. Peephole di pintu bilik, aku cuba tinjau.Tiada siapa.

"Siapa Jane?" Kali ni mak ngah bersuara, perlahan. Dia berdiri di hadapan muka pintu bilik air. Sudah selesai makan. 

Aku menggeleng. Mak ngah mengerutkan dahi sebelum masuk ke bilik air. Sekali lagi, bunyi ketukan di pintu kedengaran. Aku kembali meninjau peephole. Terus dahi aku berkerut. 

'Lelaki. Kepala botak. Pakai kain ihram.' Bisik aku, dalam hati. 

Aku masih lagi dapat melihat lelaki tersebut berdiri dengan penuh sabar, menanti untuk pintu dibuka. 

"Hmm... salah bilik  kot." 

Aku bersuara juga selepas memastikan yang aku memang tak kenal dengan lelaki ni. Seingat aku, tiada tentatif menunaikan umrah sunat pada hari ni untuk keluarga aku. Namun begitu mata tetap sempat merakam  tingkah lelaki tersebut. Aku menahan senyum apabila dapat melihat reaksi lelaki tersebut terkejut dan aku mendengar suaranya membalas

"Ha? Ye ke..."

Serentak itu, aku lihat lelekai itu memandang semula ke arah nombor yang terpampang di pintu bilik, seolah-olah ingin memastikan nombor bilik tersebut. Aku nampak lelaki itu menggaru-garu kepalanya yang botak sebelum menujuk ke bilik di arah sebelah kiri dari biliku. 

Sebaik saja lelaki tersebut beredar, aku tergelak. 

"Salah bilik la mak long..."

Mak long, mak ngah dan nenek aku ketawa.

"Boleh pulak salah bilik."

Mak ngah yang sedang membantu nenek aku untuk berehat di katil, bersuara.

"Penat la tu kot. Tengok gaya, macam baru selesai umrah. Tengah hari macam ni buat umrah. Hmm" 

Dalam hati aku mendoakan yang lelaki tersebut tidak lah berasa peristiwa tadi sesuatu yang memalukan. Aku faham je bila keadaan seseorang ada dalam ihram sebelum menunaikan umrah atau penat selepas melaksanakan umrah.

"Dah sambung makan ni, Jane. Kami dah sudah dah."

Ajakan mak long membuatkan ingatan aku kepada lelaki tersebut, padam serta merta. Teringat perut yang sedang lapar, aku kembali menyambung makan. 



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.