Refleksi Ramadan 2020
Note: Mungkin ada yg berpendapat tak perlu berkongsi apa yang dah kita buat sepanjang Ramadan, tapi aku tetap nak menulis untuk catatan sendiri, supaya jika diizinkan tuhan, untuk bertemu Ramadan tahun hadapan, aku akan ingat untuk menjadi lebih baik dari Ramadan tahun ni.
Alhamdulillah ala kulli hal. Ramadan kali ni, aku berjaya khatam Al-Quran 😭😍Terima kasih @imranshahz untuk template khatam Al-Quran dan terima kasih @camyypotter & @trulybynia kerana menitipkan doa supaya dapat khatam juga. Semoga Allah merahmati kalian semua
.
Ramadan, Covid-19 & Perintah kawalan pergerakan, mengingatkan aku tentang:
.
(i) "Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan dan waktu lapang"
- (HR Bukhari)
Nikmat sihat yang sering dilupakan, sekarang kita semua lebih aware, untuk elak covid-19, pakai masak, jaga jarak, hand sanitize. Menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kita lebih menghargai nikmat sihat. Sebelum-sebelum ni mungkin kita selalu beralasan;banyak kerja, tak ada masa, bermalas- malasan, kali ni kita manfaatkan masa sebaik mungkin- PKP&WFH. Dapat khatam Al-quran, berjemaah solat fardhu dan terawih, menyediakan iftar bersama keluarga- family time is priceless. Di sebalik ujian yang tuhan turunkan, terselit hikmah 💕
.
(ii) "Ramadan does not come to change our schedule. It comes to change our hearts" -
Tapi untuk mengubah hati, ia bermula dengan susunan rutin harian. Ada yg selesa untuk mula menjaga solat, menjaga bacaan Al-Quran, menjaga aurat, menuntut ilmu, berbakti pada pasangan dan keluarga. Mana- manapun tak apa, pokoknya setiap orang struggle untuk jadi lebih baik
.
(iii) Madrasah Ramadan -
Ada pun perkara yang baru dia jadikan rutin, belajar dan beradaptasi, menghadapi kesulitan- deal dengan nafsu sekejap rajin, sekejap malas. Thats fine & anggap itu proses untuk menjadi lebih baik. Yang penting, jangan putus atas, teruskan istiqamah. Kalau tak boleh bawa semua rutin Ramadan, jangan tingal semua
.
Sehari dua lagi Ramadan berbaki, sedih, tapi ia nya tetap akan pergi.
Teruskan berdoa ‘Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu anna’ 😊 #ramadanreflection #ramadan2020
-
Note: Sepatutnya aku update sehari sebelum Raya tapi apakan daya, aku terstuck dengan refleksi aku sendiri. hehe so aku update hari ini okay. Semoga kita berpeluang untuk bertemu Ramadan pada tahun depan. Ameen.
No comments:
Thank you!