Review Buku: Ursula, Syu Ariani
"Leave the past there, I wanna be your present, your future"
Meninggalkan kepompong gelap, demi mencari sebuah kebahagiaan itu ialah sebuah pilihan dan milik semua.
Dilema juga aku, perlu atau tidak untuk mendapatkan Ursula selepas berpuas hati dengan kisah Arhan dan Aina menerusi Anastasia. Disebabkan hati aku sudah tertarik dengan second lead dalam Anastasia, akhirnya Ursula selamat diterokai
Aku boleh katakan yang aku lebih suka dengan Ursula kerana olahan dan garapan Syu Ariani dalam mengetengahkan sebuah pilihan, pengorbanan dan kebahagiaan sebagai tema utama, nampak lebih kemas. Perkembangan watak utama di dalam Ursula juga lebih ketara. Ciptaan adegannya juga cukup rencah, konfliknya diterjemahkan dengan event yang mencemaskan, dan aksi yang setara. Dan ia sudah pasti lebih manis.
Bab kegemaran aku ialah bab 'farewell'. Setiap kali aku baca, betul lah, demi memastikan kebahagiaan yang kita sayang, kata kuncinya adalah sebuah pengorbanan. Perasaan aku terbata-bata saat mengetahui si antagonis yang diluar jangkaan, langsung tiada di dalam mainan fikiran.
Sejujurnya, aku lebih suka dengan Ursula berbanding Anastasia, tetapi kalau korang baru nak baca, aku cadangkan korang baca Anastasia terlebih dahulu okay? :)
No comments:
Thank you!