Review Buku: S-K-Y, Fiy Suri
"It's either she's trapped in her own world or she's pretending not knowing."
Awal-awal lagi, aku memang dah jatuh hati dengan cover S-K-Y ni, nampak fresh dan menenangkan. And yes, aku beli S-K-Y sebab cover dia!Aku tak ada apa-apa expectation tapi aku tetap ada good feeling tentang S-K-Y.
dan
bila aku dah selesai baca S-K-Y, aku rasa betul la naskhah ini menarik dan baik untuk diterokai. Cover pun secara tak langsung, sudah menterjemahkan sisi-sisi watak utama.
There's a lot of good things to say about this book.
Apa yang aku boleh kongsikan, sepanjang menelusuri kisah Sky, Jet, Qid & Umar, aku semacam membaca cerita dalam cerita. Menarik kan? Aku jadi 'tenggelam' dengan plot penceritaan yang dibawa oleh Fiy Suri. Tema yang diketengahkan agak jarang disentuh oleh kebanyakan penulis. Ia berkait rapat dengan, dunia orang kelainan upaya, self-critiscm, penyesalan, life changes, dan peluang kedua. Kisah Sky ini juga membawa aku untuk lebih menghayati tentang dunia orang kelainan upaya (masalah pendengaran) dan mengetahui sedikit sebanyak tentang BIM
S-K-Y menjadi lebih 'hidup' kerana penulis berjaya menghubungkan peristiwa-peristiwa penting dengan kemas dan tersusun. Dalam masa yang sama, penulis telah memberi sedikit kejutan yang, aku tak expect langsung dan elemen kejutan ini membuatkan cerita ini lebih 'terasa' dan menyentuh hati.
Kehadiran watak Jet dan Qid membuatkan S-K-Y menjadi lebih positif. Aku sangat suka dengan sense of empathy yang ditonjolkan melalui watak Qid, Sky dan Jet dan dialog-dialog mereka sangat meaningful. Qid, salah satu watak yang patut dirai, dan antara watak yang aku harapkan, kewujudannya lebih ramai. Level empati dia, jarang-jarang la nak ada dalam kebanyakan orang.
dan apabila aku melihat perkembangan watak Sky dibahagian dua, aku rasa lega. Oh ya S-K-Y ada dua bahgian. Bahagian 2 yang melengkapkan.
dan apabila aku melihat perkembangan watak Sky dibahagian dua, aku rasa lega. Oh ya S-K-Y ada dua bahgian. Bahagian 2 yang melengkapkan.
...
Kisah Sky bukan sahaja merupakan kisah yang meyentuh jiwa, penuh dengan mesej kehidupan, tetapi tetap memberi 'rasa' kepada yang membacanya. Penulis juga ketengahkan tema-tema yang berkait, bukan untuk kita stay di 'tempat' yang sama, tapi mengajak kita untuk keluar dari dark past because everyone deserves a better life!
...
To have a better life, you must let go of what's holding you. Don't keep holding on to your past. You only have one life. Appreciate it. Embrace it. Fill your life with your beautiful dreams. Every soul is beautiful. So are you.
...
Tbh, aku happy dan love dengan S-K-Y. Tahniah Fiy Suri untuk naskhah yang bermakna ni. Semoga terus menulis yang baik-baik! Highly recommended gais! Sangat sesuai untuk semua lapisan umur. Naskhah yang mampu membuatkan kita reflect banyak perkara tentang kehidupan. Korang boleh dapatkan di Imanshoppe.com
No comments:
Thank you!