Review Buku: CINTA, Bahau'ddin Hamizan & Saifuddin Hamizan

 

"Ramai orang tersilap dalam mengejar bahagia yang disangkakannya berada di hujung perjalanan. 

Sedangkan bahagia itu ada bersama kita di sepanjang perjalanan."



Betul & Aku sangat bersetuju dengan quotes di atas.

Quotes yang telah membuatkan sedikit sebanyak perspektif aku terhadap CINTA berubah. Dan aku boleh katakan buku CINTA yang ditulis oleh Bahau'ddin Hamizan & Saifuddin Hamizan telah berjaya menarik aku untuk hadam satu persatu apa yang telah dibincangkan

Personally, aku boleh katakan buku CINTA ini mengupad beberapa topik yang ada di dalam Pematah Hati Yang Tak Dirindukan dengan lebih lanjut seperti topik berkenaan persoalan sekufu, mengapa perlu sama. Kalau sesiapa yang mengikuti discussion santai aku di ig stories, boleh relate. Penulisan kali ini lebih terperinci dengan adanya rujukan dan statistik.

Antara topik lain yang aku paling nanti-nantikan ialah bagaimana kedua-dua penulis membincangkan isu bersendirian atau Lebih Baik Single (#singleberkualiti) dengan perspektif yang berbeza dan lebih positif. Aku sangat-sangat memuji usaha penulis untuk membincangkan isu yang pada aku jarang disentuh tetapi telah dibincangkan dengan lebih terbuka dan menitik beratkan dan mengutamakan self-development/self-betterment.
.
Secara keseluruhannya, kalau korang nak membaca sesuatu tentang Cinta dengan berbalik kepada mencari fundamental kenapa kita bercinta, aku cadangkan korang dapatkan buku ini. Bukan sahaja berbalik kepada asas tetapi menghubungkan kupasan CINTA dengan psikologi & pandangan Islam sebagai teras.

Macam mana korang nak dapatkan buku ni? Mudah ja. Korang boleh terus beli di @putehpress atau terus DM bahakdean untuk beli buku ini ok?

#bookreview #athirahreview #putehpress #bahauddinhamizan #saifuddinhamizan #CINTA #bookphotography #bookstagram #malaysiabookstagrammer #Bookblogger #booklover #novelholic #malaysiamembaca2020 #stayhomereadbooks #klwbc2020 #bookflatlay #proudreader #Malaysia

2 comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.