Review Buku: Bukan Generasi Remote Control, Hazhari Ismail
"Jangan disebabkan 'kemalasan' kita, kita rencatkan perkembangan anak-anak dengan tidak membenarkan kepelbagaian aktiviti yang berkesan..."
Aku tertarik dengan buku Bukan Generasi Remote Control ni bila terbaca ...'Don't talk to strangers' adalah nasihat yang tidak efektif dalam posting penjualan buku ni tapi aku tak ingat posting yang mana. Aku macam eh? Kenapa pula? Aku jadi curious nak tahu sebabnya sebelum ni kita ditanam dengan slogan sebegitu untuk kanak-kanak lebih berhati-hati.
Bila aku dah baca, sekarang aku faham kenapa 'don't talk to strangers' itu nasihat yang tidak efektif. sebab-sebabnya ialah: (1) arahan yang kurang jelas (2) ibu bapa juga buat perkara yang sama (3) pemangsa adalah orang yang dikenali
Buku yang ditulis oleh Hazhari Ismail ini berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Ada 3 bahagian utama (1) Anak-anak dan perkembangan (2) Ibu bapa dan keibubapaan (3) Guru institusi dan komuniti.
Apa yang menarik tentang buku ini dan membuatkan aku tak boleh lepas dan konsisten dengan bacaan ialah, cara penyusunan topik utama dan subtopik. Subtopiknya agak banyak, tapi huraian dan penjelasannya ringkas dan padat. Kiranya kita tak lelah dan tak bosan untuk menghadam apa yang disampaikan oleh penulis. Di tambah pula dengan ilustrasi yang menghiburkan menjadikan buku ini antara yang terbaik yang pernah aku baca dari penerbitan katarpilar.
Aku tak boleh nak mention topik mana best sebab kesemua topik pun, pada aku menarik & menjadi sesuatu yang baru untuk aku. Buku ini sangat bagus untuk kita faham tentang perkembangan kanak-kanak dan kalau aku boleh cadang, buku ini sesuai kepada sesiapa yang bekerja dalam lapangan pendidikan awal kanak-kanak, kepada yang baru menjadi ibu bapa, ibu bapa yang nak perbaiki cara didikan & juga sesiapa yang nak faham tentang perkembangan kanak-kanak.
Tahniah kepada Hazhari Ismail dan semoga terus menulis. Terima kasih katapilar hadiahkan buku ini, sempena #ulasankatapilar2020.
ps: Kalau korang nak beli buku ni, terus ke @katapilarbooks atau ke kedai shopee katapilarbooks
No comments:
Thank you!