Review Buku: Menebus Rindu (M Hany Hisham)

Tuesday, March 23, 2021


"Kerana menunda untuk melepaskan hanya akan membuatkan ia semakin sukar dan terus memerangkap memusnahkan. Menimbunkan amarah dan kekecewaan hanya terus mengumpan diri sendiri dengan derita terbelenggu dalam sebuah seksa patah hati.




Menebus Rindu ini antara novel yang aku nanti-nantikan kelahirannya. Walaupun pada awalnya, jangkaan aku,ia sebuah novel yang bergenrekan trip-fiction sepenuhnya, tetapi selepas membacanya, aku rasa realistic fiction lebih tepat untuk menggambarkan keseluruhan cerita.

Novel yang ditulis oleh M Hany Hisham ini mengangkat beberapa tema utama antaranya ialah hubungan rumahtangga, kehilangan dan kesihatan mental. Bab yang mentengahkan kisah Azim dan Khadija ni antara bab yang aku benar-benar fokus, kerana ditulis dengan terperinci, kemas dan ia realistik.Ia merupakan isu yang selalu berlaku dalam rumahtangga dan memberikan mesej yang sangat baik buat pembaca untuk muhasabah.

"Kejahilan dan ceteknya ilmu berumahtangga, dia telah berani mempertaruhkan rumahtangganya demi wang ringgit yang tidak bernyawa. Hidup berkiblatkan wang ringgit. Fikirnya wang ringgit itunatu asas untuk membina bahagia. Tapi dia silap. Yang kejar tak dapat yang dikendong akhirnya berciciran."

Bab yang membuatkan aku ketawa ialah bab Khadija dan misi diet. Rasa kena tampar je muka aku dengan monolog Khadija. "Pengahalang sebenar perjuangan ini fupanya adalah dirinya sendiri."

Keseluruhannya, aku senang dapat membaca Menebus Rindu. Aku boleh katakan ia sebuah novel Ia di hasilkan dengan terperinci yang penuh dengan falsafah hidup. Tema, konflik dan mesej yang digarap oleh penulis antara elemen yang aku rasa perlu dirai. Tambahan lagi dengan pemilihan perkataan dan ayat yang puitis. Ia membuatkan novel ini kaya dengan unsur keindahan bahasa. Cuma yang membuatkan aku sedikit terganggu sepanjang membaca Menebus Rindu ialah ia agak mendatar, sedikit lewah dan rentetan peristiwa kurang lancar.

Aku cadangkan, kalau korang nak baca sesuatu yang buat korang muhasabah tentang kehidupan teurtama, dengan mesej tersirat, bagaimana cara mengurus matlamat kehidupan, korang patut dapatkan Menebus Rindu dari penulisnya. Apa- apa pun, tahniah M. Hani Hisyam!. Semoga terus berkarya dengan penuh berjiwa. 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.