Review Buku: Mon Amour, Hezzy Azra

Thursday, March 11, 2021

 

"Boy make mistakes. But it takes a man to admit it."




Aku suka semua elemen yang ada dalam novel ini. Kalau sebelum ini, kekuatan novel-novel Hezzy Azra ada pada, pembinaan & deskripsi watak & perwatakn, tetapi novel kali ini, kekuatannya ada pada binaan plot dan tema utama iaitu hubungan dalam perkahwinan.

Mon Amour ini mengisahkan antara hubungan Athia & Areeq yang melalui fasa sebagai suami isteri dan juga proses rumah tangga, selepas bertahun-tahun tidak bertemu. Ini antara scene yang aku suka, sebab aku boleh relate perasaan jumpa lepas bertahun-tahun tak jumpa tu. Sepanjang pembacaan kisah Athea dan Areeq ni juga, aku tak boleh lari dari mengaitkan kisah dan event-event yang mereka lalui dengan, 5 tahap perkembangan dalam perkahwinan (Dawn J. Lipthrott), romantic love, disappointment and distress, knowledge & awareness, transformation & real love, dan ia menjadikan kisah mereka berdua ini agak realistik pada aku.

dan mungkin disebabkan itu juga, timeline cerita agak panjang & ada beberapa bab yang 'fast forward'. Ia agak menarik bila ada novel yang berkonsepkan stages of marriages ni sebab secara tak langsung, apa yang penulis ketengahkan melalui konflik atau event-event yang kebiasaannya dilalui oleh pasangan, macam Areeq & Athea, mula hidup dengan seadanya, pergi honeymoon naik bas, cara Areeq & Athea sesuaikan rutin peribadi, Athea mengurus konflik dengan kakak ipar dan juga bila ada something major happened, menyebabkan mereka kurang merasa 'nikmat perkahwinan'

Sejujurnya, aku enjoy dengan novel ini sebab ia menepati apa yang aku harapkan, cukup semuanya, bonding antara Areeq & Athea. Kisah Athea & Areeq ini antara pasangan yang paling matang berbanding novel-novel Hezzy Azra. Aku kategorikan novel ini sebagai realistic fiction.

Kalau korang nak cuba baca novel yang bertemakan percintaan dan perkahwinan tetapi digarap dengan matang dan reaslitik, korang boleh dapatkan novel ni dari @Hezzy Azra. Highly Recommended! Tahniah @hezzy_azra Semoga terus menghasilkan karya yang berkualiti, dan bermakna.

P/s: Kak @hezzy_azra pernah terfikir nak develop cerita Rasyiq & Krisya tak? 😆

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.