Terima Kasih Cinta, Aisya Sofea

Wednesday, April 07, 2021

 


Terima Kasih Cinta akan menjadi novel yang sering diulang baca sama seperti Sehangat Asmara, Uda & Dara & Selagi Ada Dia. Kiranya Terima Kasih Cinta telah pun menjadi antara novel yang terbaik dari koleksi Aisya Sofea. Siapa yang pernah baca novel-novel Aisya Sofea yang aku sebutkan tu, mungkin dapat menjangkakan kenapa aku sangat suka dengan naskhah terbaru ini.

Serius, aku suka semua yang ada dalam novel ni. Keterujaan aku setiap kali membaca novel Aisya Sofea jarang-jarang sekali dapat dipadam apatah lagi bila aku dapat membaca naskhah terbaru yang berkisahkan tentang Wan Raihannatun dan Harris Ibrahim yang masing-masing mempunyai karakter tersendiri.

An seorang yang straightforward, tegas dengan prinsip hidup dan berjaya dengan kerjayanya tetapi kurang bernasib baik dengan episod percintaan. Harris dengan watak tipikal lelaki yang tidak pandai mengekpresikan rasa, berpendirian dan tahu apa yang diperlukan, ada dua orang anak tetap mahu mengecapi bahagia. Kedua-dua ini saling melengkapi dan apa yang buatkan aku lagi tak boleh move on ialah dialog demi dialog, huraian terperinci tu yang buat aku lebih menghayati dan merasai. Aku juga suka bila penulis mengetengahkan konflik rumahtangga dengan membawa perspektif baru. 

Marriage life is complex. You can have an argument and a joke at the same time as long as you are being transparent to each other.

Selain dari mengetengahkan unsur kekeluargaan dan kasih sayang, mesej utama daripada naskhah ini, yang sedikit sebanyak mengingatkan kita untuk membuang rasa takut akan kehilangan dan setiap perbuatan kita tanpa PQRS (Pause, Question, Reflect, Solution) akan membawa lebih banyak penyesalan dalam kehidupan.

-

Ada banyak lagi yang aku nak kongsikan sebenarnya tapi iaku rasa tak adil kalau semuanya aku kongsikan, jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut korang boleh dapatkan melalui Aisya Sofea okay? Just DM Aisya Sofea dan cakap nak beli novel Terima Kasih Cinta!Siapa yang dapatkan novel ni, mestilah sayang awak banyak macam awan! 

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.