Review Buku: Kala Runtuh Seluruhnya, Fiy Suri

 

"No matter how far we've let ourselves astray, remember that Allah still opens His door for you to come back to Him. Because His blessing and forgiveness are beyond our imagination."



Sebenarnya, aku tak tahu nak menjangkakan apa-apa dari Kala Runtuh Seluruhnya. Walaupun pernah baca coretan pendek dari penulis tapi dia tak meninggalkan tanda tanya, jadi aku memang beli sebab penulis itu Fiy Suri dan juga sebab novel sebelum ni adalah tentang self-development.

tapi,

Membaca kisah Hud dan Inara ini, memberikan aku kepuasan membaca yang sangat berbeza kerana secara peribadi, sebagai pembaca yang pernah membaca karya Fiy Suri yang terdahulu (Fiy Square), aku dapat merasakan gaya penulisan penulis melalui banyak perubahan terutama dari segi pembinaan plot dan juga sentuhan emosi. Sentuhan emosi kali ini lebih mendalam. Eksposisi cerita saja sudah membuatkan aku wow meremang seh. Seolah-olah aku lah Hud yang merasai detik itu.

Mengetengahkan tema utama dan persoalan-yang berkait rapat seperti berdamai dengan diri: Grief and invisible illness dan pencarian spiritual diri : adalah sesuatu yang rata-rata antara kita boleh relate. Melengkapi hal-hal yang aku fikirkan sejak kebelakangan ni, whatever happened to us, accept ist, susah masam mana pun & always back to Allah. Sebab dari situ, kita akan sedar & rasa rahmat Allah ni Maha luas.

Teknik plot seperti flash back yang digunakan, dialog yang masih kekal dengan sisi empati dan selingan monolog dalaman juga seolah-olah berlaku,naturally. Sedap di baca. Kesimbangan watak dan perwatakan utama dan sampingan sentiasa menghiburkan dan menimbulkan keceriaan di hati. Hargai kehadiran your support system. Our Time. Bahagian dua antara yang aku tak jangkakan langsung.

Kesimpulannya, Kala Runtuh Seluruhnya ini novel terbaik Fiy Suri dan walaupun awalnya aku cakap aku tak ada expectation, tetapi aku tetap bersetuju dengan buddy reading aku, yang menyatakan novel ni meet our expectation. Tajuk Kala Runtuh Seluruhnya simbolik kepada keseluruhan cerita. Kita akan rasa susah untuk move on di saat kegemilangan kita, dan selalu lah ingat, selain kita, setiap disekeliling kita juga ada struggglenya. Kalau korang suka SKY, korang akan lebih suka Kala Runtuh Seluruhnya. Highly recommended gais!

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.