Review Buku: Ubah Patah Hati Jadi Prestasi, Addien Abdul Kadir & Dwi Suwiknyo

Sunday, May 30, 2021

 

Masa depan akan dikuasai oleh orang yang aktif dan produktif. Mereka akan mudah berjaya walaupun ketika ini mereka terpaksa bersusah payah.



 

Ubah patah hati jadi prestasi, satu tajuk yang pada aku telah menceritakan konsep utama keseluruhan topik-topik didalamnya. Ia tentang bagaimana kita perlu berusaha untuk berdamai dengan kesakitan, kesukaran, cabaran, masalah, mehnah yang kita semua akan atau pernah lalui tak kira lah dari sekecil-kecil  sehinggalah ke besar-besar perkara. Buku ini mengajak kita berdamai, bukan  untuk kekal di fasa yang sama sebaliknya, manfaatkan apa yang  telah berlaku sebagai sumber dan ransangan untuk menjadi lebih baik, tidak kira dalam aspek apa pun. 

Secara peribadi, buku ini lebih menarik untuk dihadam kerana topik-topiknya merangkumi kesemua aspek yang diperlukan oleh seseorang. Tidak dapat tidak, fitrah manusia, jika ingin bergerak ke hadapan dengan lebih baik, hal-hal seperti hati dan cinta, kawan dan keluarga, diri dan potensi, cita-cita dan impian, potensi diri & hidup berkualiti dan prestasi yang diberkati- adalah aspek yang terkait antara satu sama. 

Dan buku ini juga mengingatkan aku dengan apa yang di nyatakan oleh Carl Rogers: 

Manusia boleh dipercayai, mempunyai kebolehan untuk memahami diri dan menyesuaikan diri. Manusia ini sebenarnya baik, berkeupayaan untuk sentiasa bergerak ke hadapan dan berkembang. 


Kita mampu untuk menjadi lebih baik tidak kira dalam keadaan apa sekalipun, dengan syarat, kita sedar dan menerima dulu apa yang berlaku dalam kehidupan kita tetapi tidak bermaksud kita menolah perasaan kecewa, sedih dan sebagainya. Secara tak langsung, penulis mengingat dan mengajak pembaca untuk sentiasa memberi ruang kepada diri untuk berusaha berkembang dengan lebih baik walaupun apa pun yang berlaku.

4 topik yang membuatkan aku rasa buku ini sangat berharga apabila penulis menyentuh tentang Kembangkan Potensi Diri | Jalani Hidup Bekualiti | Raih Prestasi Yang Diberkati |Menghargai Nilai Waktu dan hampir di setiap bab, disisipkan self-check. Self-check ni pada aku, sangat bagus untuk untuk kita track semula apa yang kita dah buat dan apa yang kita boleh buat dengan lebih baik lagi.

Selain dari tajuk, dan topik-topik dan pengisian, aku juga suka dengan covernya yang segar dan juga penyampaian penulis. Ia tidak terlalu ekstrem untuk menyampaikan dalam nada memberi tazkirah, bersederhana dan sedikit memujuk. Tahniah untuk kedua-dua penulis kerana menghasilkan buku self-help, spiritual ini dengan baik. 

P/s: Korang boleh dapatkan buku Ubah Patah Hati Jadi Prestasi DI SINI 😍

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.