Review Buku: Secrets Of Divine Love, A. Helwa
When we read only the parts of the Quran that resonate with us and ignore the parts we don't agree with, we run the risk of shaping the scripture around our likes and dislikes, instead of allowing the book to shape us.
- Aku beli Secrets of Divine Love sebab ramai yang cerita kata buku ini best. Jadinya, aku pun beli lah bulan 11 tahun lepas. Tapi aku tak terus baca, sebab selalunya kalau buku yang genrenya berat sikit macm spiritual dan Berbahasa Inggeris ini, aku ambik masa sikit nak habiskan. Aku tak boleh habiskan dalam masa yang pendek, sebab kena baca satu-satu, cuba hadam & buat self-reflection
- Alhamdulillah, aku berjaya juga habiskan Secrets of Divine Love ni dalam bulan Ramadan. Takut juga kalau aku tak dapat habiskan, sebab tiba-tiba ja bulan Ramadan aku jadi penuh dengan aktiviti. Haha.
- Sejujurnya setiap kali aku habis baca bab demi bab, ayat yang terlintas di fikiran aku ialah perjalanan untuk memaknai Islam itu sebenarnya penuh dengan : Harapan dan Kasih Sayang Allah.
- Aku sangat suka dengan cara dan penyampaian penulis. Seolah-olahnya, ada pilihan. Kalau neraka dan syurga, penulis akan tekankan tentang syurga. Kalau 'harapan' dan 'balasan', penulis akan tekankan tentang Harapan. Kalau laknat dan rahmat, penulis tekankan tentang Rahmat.
The more you take time to express gratitude the more you will notice the abundant blessings God has given to you.
- Secrets of Divine Love ini, seperti reminder kepada apa yang kita dah sedia maklum dengan pendekatan yang lebih meluas, meraikan dan lebih terperinci, tentang syahadah, zakat, puasa di bulan Ramadan, solat, haji, kematian, syurga dan neraka dan lain-lain. Kalau sebelum ini, kita rasa berat nak buat sesuatu mengikut apa yang dianjurkan Islam, tetapi lepas dah baca, aku rasa ramai pembaca yang akan bersetuju, kita akan lebih bersemangat untuk melaksanakan. Kita akan lebih faham kenapa sesuatu itu diperintahkan dan impak-impak positifnya dalam kehidupan seharian kita. Selain gaya penyampaian penulis, pada aku yang membuatkan buku ini lagi seronok dibaca sebab ada bahagian reflection dan tips yang dikongsikan oleh penulis.
So return to your Lord, no matter how long you have been lost. No matter what you have done or said, Allah is waiting to embrace you with His forgiveness and love. return to Him. let him love you and heal you and remind you that you are worthy.
No comments:
Thank you!