NIat dan Syarat-syarat seorang penuntut ilmu

Tuesday, September 11, 2012
Salam alaik !

Sufi Jalanan

Terasa teragak-agak untuk menulis semula setelah hampir dua minggu blog ini ditinggalkan tanpa belaian manja.haha. Untuk makluman korang yang still sudi baca blog aku, aku baru sahaja mulakan 'dunia baru' di Universiti Malaya.

Alhamdulillah,segala-galanya dipermudahkan oleh-Nya.Aku ada roomate yang sangat happy go lucky yang mesra dengan nama malia dan Abbie.Dalam bilik memang tak sunyi.Kiranya,ada topik untuk berbual-bual,ada  benda nak tanya,ada benda nak dihujahkan.Hopefully perkara ini akan berterusan sampai bila-bila.Insya-Allah.

Disebabkan hari ini kuliyah pertama aku,so dengan sesuka hati aku,aku nak berkongsi sedikit sebanyak apa yang aku petik dari Dr azmil dalam kelas Al- Aqaid Al -Islamiah pagi tadi.

Niat 

Dr Azmil sempat bertanya soalan ini dalam kelas tadi,so ape kata kalau korang jawab soalan ini. *Jawab sendiri-sendiri la*

"Apa yang kamu niatkan apabila masuk uni?" Lebih kurang target korang laa ~

For sure,ramai yang akan jawab sebab nak dapat degree dalam kos masing-masing,nak dapat kerja, bla bla bla and so on.

Okay,niat yang itu tak de salahnya.Ia digalakkan cuma jangan sampai kita tertinggat niat asas kita untuk dapatkan barakah ilmu itu sendiri.

Niat yang paling penting iaitu at-taqarub ila allah.Kos apa pun yang kita ceburi,jangan lupa setiap dapatan ilmu yang bermanfaat itu datang-nya dari Allah.Niat lillahitaala untuk keberkatan dalam menuntut ilmu.

Jum kita ramai-ramai ,tajdid niat ( perbaharui niat ) setiap hari sebelum kita buat apa-apa sahaja dalam kehidupan seharian kita,supaya apa yang kita lakukan dalam seharian  ada saham di akhirat kelak.


Syarat-syarat penuntut ilmu.

Bak kata Dr Azmil,kita yang memasuki 'dunia baru' di UM ini adalah insan yang terpilih.Tapi aku olah sikit,bukan UM sahaja,tapi siapa-siapa sahaja yang bergelar penuntut ilmu walau dimana anda berada, jum kita check diri kita semula. Ada tak ciri-ciri penuntut ilmu dalam diri kita.Kalau ada,alhamdulillah Allah permudahkan.Tapi kalau tak dek, kita adakan dengan cara-cara yang baik :)

Haiya haiya ! 

  1. Kecerdikan.
  2. Kesungguhan.Maksudnya,kita ambil peluang untuk belajar dan terus belajar.Orang cakap,kalau ada kesulitan yang sedikit ,dia buat tak kisahjanji ilmu yang dia nak itu,dia dapat.Tapi konfem-konfemlah dengan cara yang baik.
  3. Kalau dulu kita ada 'sesudu' kesabaran,right now kita kena ada 'selautan' kesabaran.KOrang mesti boleh bezakan sesudu dengan selautan kannn?
  4. Cukup kewangan.Dari segi kewangan ini, mesti ada yang dapt pinjaman kan,tak pun biasiswa FaMa ke,so gunakanlah kenikmatan itu kearah kebaikan.
  5. Perlu kepada bimbingan guru/pensyarah.
  6. Ilmu ini tak kan pernah habis.Kalau hidup tiga puluh tahun,tiga puluh tahun juga proses belajar itu perlu diteruskan.Ilmu itu dicari sehingga ke liang lahad.Sepanjang zaman.



Hey geng blog,sebelum melangkah dengan lebih jauh lagi,jum sama-sama muhasabah diri.Yang baik itu datang nya dari Allah s.w.t.Dan yang buruk itu sudah pasti datang dari diri aku yang hina ini

Thanks for reading.
Take care
Salam :)

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.