Review Novel Awek Buku & Cornflakes Madu By Annis Rizani


Assalamualaikum.Hye all ;)

Lama gila tak update blog.Atas sebab kekangan masa bila masuk um.ciss.haha *Sebenarnya duk uni mana pon mesti sibuk kann?

So disebabkan hari ni tak berapa nak busy sangat,dengan suka citanya aku nak update review novel kat atas nih dengan tidak semena-menanya.Ahakss ;p

*****

Kali ini ,aku pilih untuk mereview novel yang  tajuk dia comel je :

 " Awek Buku & cornflakes Madu" yang ditulis oleh Annis Rizani keluaran Buku Prima.


Justifikasi AB&CM


AB&CM ni cerita mengenai si Zaireen yang hidup sebagai siswi di uitm yang berjumpa dengan si zaffrul juga siswa di uitm,cuma bidang mereka sahaja yang berbeza.Berjumpa atas sebab kelalaian zaireen tertinggal bukunya di cafe.Dari situ ,melekatlah  gelaran awek buku itu pada Zaireen.


Mengenali Zaffrul yang baik budi pekerti,yang santai-santai,soft spoken,tidak merokok 
(itu paling penting)dia dapat merasakan sesuatu yang berlainan dari lelaki-lelaki lain yang pernah ditemuinya.Mengenali Zaffrul, zaireen belajar erti cinta dalam ruang lingkup yang sangat luas. . . . 

Tak kenal maka tak cinta 

Saya tak mahu dah culik awak.Hmmm.. kempunanlah saya nak bawak awak naik skuter saya.Manalah tahu.kut-kut saya dah tak berkesempatan lagi lepasni?Ataupun ini kali terakhir saya belanja awak?"


Saat mereka ingin mengecap bahagia sementara,kisah mereka terhenti seketika tatkala Zaffrul terpaksa menghadap Ilahi.Sesuatu yang berlaku diluar jangkaan dan jangkaun mereka.Siapa mereka ingin menidakkan sesuatu yang telah ditakdirkan buat mereka?

Zaireen terlantar kesepian dan kesunyian.Hidup dalam kenangan bersama Zaffrul.Merindui Zaffrul terus tanpa noktah.Tiada apa-apa yang mampu mengeluarkannya dari kotak kenangan yang dicipta oleh dirinya sendiri.

Kasih Ruzaizi datang bertamu dihati Zaireen.

"Saya melihat penderitaan umi atas kehilangan Zaff.Saya juga nampak kesedihan awak,Reen.Saya ingin menjadi yang terbaik dalam hidup dua orang perempuan yang saya sayang .Yang mampu menghilangkan kedukaan dan memberikan kebahagiaan"

Ruzaizi adakalanya seperti Zaffrul.Reaksi dan kata-kata Ruzaizi ibarat jelmaan Zaffrul.Siapa Ruzaizi ? Lelaki itu penuh dengan rahsia.

*****

Congrates : Annis Rizani. Cerita yang tak berat sangat dan tak terlalu ringan.Dan paling penting,setiap bab memainkan peranan tersendiri.

Siap yang belum beli,sila dapatkan segera.Don't worry.Happy ending ! kikiki  ;)


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.