Review Novel : Teman Lelaki Upahan | Azura Rasiddin




Tajuk: Teman Lelaki Upahan ( TLU)
Penulis : Azura Rasiddin 
Pernebitan : Karya Seni 
Harga: Rm30/33.00
Rating: 4.5/5





Satu perkataan lepas baca TLU, Rasional. Bila kita nak buat sesuatu keputusan, kita kena ada alasan munasabah untuk buat keputusan tersebut. Begitulah cerita El yang telah menerima idea gila Lydia yang mahukan El menjadi TLU pada Lydia.

Walaupun pada awalnya, El dengan tegas menolak cadanagn tersebut akhirnya  dia akur apabila mengenangkan dia punya misi disebalik penermiaan idea gila Lydia. Lydia nak El jadi TLU supaya dia dapat mewarisi satu-satunya syarikat hasil titik peluh daddy dan mummynya kerana takut syarikat tersebut jatuh pada tangan mak tirinya. Manakala El menerima idea Lydia kerana mahu mengajar Lydia tentang erti budi bahasa!  Perempuan kaya yang kurang ajar, sering memandang rendah pada kelemahan orang lain perlu diajar,walaupun pada El (low profile) yang sememangnya anak jutawan Sarawak dan mempunyai restauran sendiri, turut dicemuh juga. Bahkan, disebalik agenda dia tersebut, dia terpaksa akur bahawa dia mahu memulihkan hubungan anak beranak tersebut, atas sebab apa? Dia tidak punya sebab yang kukuh melainkan sebab atas sifat kemanusiaan.

Lydia dengan misinya. El dengan visinya. Masing-masing punya agenda tersendiri. Jalan cerita terus menarik hati apabila Lydia terpaksa patuh dengan segala syarat El. Kalau dulu, Lydia lead the game. Kali ini El pula yang mengetuai permainan mereka apabila dia melihat Lydia terus-terusan berkurang ajar dengan  Dato' Azham.( semuanya kerana  misunderstanding  hal-hal  dahulu) 

Sepanjang El  menjadi TLU kepada Lydia, mereka terpaksa berpura-pura menjadi  sepasang couple yang sayang menyayangi dihadapan keluarga Lydia. Pelbagai cara EL lakukan untuk pulihkan hubungan antara Lydia dan Dato' Azham. Mereka berjaya berlakon sehingga tanpa sedar, ada perasaan yang tumbuh didalam hati mereka. Mereka 'ter'jatuh cinta. Ya. El dan Lydia! 

Namun disaat, El mahu mengakui rasa hatinya pada lydia, dia di timpa ujian. Abang long dan babahnya meninggal dunia. Sofea lumpuh. Semuanya berubah dalam sekelip mata. Lydia pula telah mengetahui kebenaran tentang apa yang berlaku antara dato'azham dan mummynya. 

Mereka bertemu semula dengan menjunjung ego masing-masing. Lydia pura-pura tidak mengenali El.El dengan bangganya memperkenalkan diri sebagai anak jutawan, sekadar mahu membuka mata wanita yang pernah menghinanya suatu ketika dahulu.( tanpa menegetahui Lydia sudahpun mengetahui.) Akhirnya mereka bersama setelah terbongkar segala rahsia yang tersembunyi diantara mereka. 

*****


Tahniah untuk penulis yang menghasilkan karya TLU. Walaupun bertemakan 'cinta' tapi masih menyelitkan kisah-kisah kekeluargaan yang sangat harmoni (keluarga El) Hidup kita tak kan lengkap tanpa sebuah keluarga."Family. A beautiful blessing Allah knew you needed" Semoga terus menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti :)

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.