Pengalaman Temuduga dan bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika
Warning: Post ni agak panjang tapi menarik untuk dibaca. Haha. Selamat membaca gais.
Ok.
Mungkin ada yang tertanya-tanya,apa yang aku buat sebelum ni kan? Kalau ada lah, kalau tak dek pun tak pa. Fyi, aku-budak-baru-lepas- grad-October 2016. Jadi sebelum grad dan selepas grad, pengalaman bekerja aku memang tak banyak melainkan sewaktu intern dan juga menjadi volunteer untuk beberapa event. Hanya itu.
Jadi tahun 2017 adalah tahun untuk bekerja!Haha. Sebenarnya, telinga aku dah penat dengar parents aku suruh aku cari kerja. Aku tak nak lah sampai diorang warning aku "Kau dah kalau liat sangat tak nak kerja, biar ibu cari calon, kau terus kahwen. Senang!" Jangan sampai gais, jangan sampai ok.
Jadi, Januari sehingga pertengahan Febuari, merupakan fasa mencari kerja. Mencari kerja yang kalau boleh part time, freelance, sementara (aku plan untuk sambung belajar) dan biarlah dekat dengan rumah. (ok hat last tu sebab kemahiran memandu aku agak terbatas) Jadi, aku cari kerja dan kebanyakkan area rumah aku ni, peluang pekerjaan banyak berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.
Dari, part-time housekeeping, front desk officer hostel backpackers,part-time maid, penyelia sekolah agama, volunteer mengajar di rumah anak-anak rohingya sampai lah ke pembantu guru tadika, aku apply, hantar resume dan menanti respon dengan penuh S A B R. Dalam banyak-banyak peluang itu, aku berharap untuk dapat temuduga pembantu guru tadika. Sehari selepas aku hantar resume, aku dapat respon dari tadika tersebut.Alhamdulillah. Tapi aku di offer untuk menjadi guru tadika pendidikan Islam atas sebab degree aku degree Usuluddin.
.
Hari temuduga-
Sebelum temuduga, aku kena isi form dan juga buat ujian lebih kurang ujian personaliti. Kak wan (bukan nama sebenar) yang temuduga aku tu baik dan lembut orangnya walaupun muka dia tak friendly sangat macam aku. Haha Ini temuduga yang pertama, tidak dapat tidak, aku memang gementar, cuak. Cumanya yang boleh buat aku chill sikit,sebab aku buat persediaan. Persediaan benda-benda atau kemungkinan-kemungkinan soalan yang dia akan tanya. Cuma kalau,ada yang berminat untuk apply jawatan pembantu guru tadika dan guru tadika pendidikan Islam sendiri, korang patut ambik tahu tentang:
- serba sedikit tentang tadika yang di pohon.
- perkara basic dalam Islam (Rukun Islam, Rukun Iman, Malaikat & peranan, Wudhu', solat dan lain-lain.
- job description tentang jawatan yang dipohon.
sepanjang temuduga itu, Kak wan seboleh-bolehnya, nak aku terima jawatan cikgu , sebab sekarang tak ramai nak jadi cikgu tadika pendidikan Islam. (Aku rasa mungkin ramai yang nak try tapi mungkin takut sebab tiada degree childhood , mungkin lah eh.)
Tapi disebabkan aku memang tak tau method atau cara paling sesuai untuk tackel anak-anak linkungan 5-6 tahun ni, jadi aku terpaksa tolak dengan cara baik. Dan aku cuba menunjukkan yang aku nak sangat try jadi pembantu guru tadika. Ok. Mungkin ada juga yang tertanya-tanya atau dalam fikiran, kebanyakkan orang lagi suka nak jadi cikgu dari pembantu? Tapi aku?
Haha. Korang sambung baca eh, kalau nak tahu kenapa aku nak jadi pembantu...
Dalam temuduga, aku sempat perkenalkan diri aku serba sedikit dan selebihnya, aku dan Kak wan bertukar pengetahuan la. Macam Kak wan byk cerita perbezaan peranan, gaji, dan waktu bekerja antara menjadi guru atau pembantu guru. So preparation yang aku duk buat itu tak diguna pakai sangat tapi tak pe. Bersedia lebih baik dari tak bersedia.
dalam sesi temuduga itu Kak Wan cadangkan, supaya aku cuba jadi pembantu guru tadika di tadika cawangan yang kedua, kiranya tolong gantikan pembantu dekat situ yang sedang bercuti atas urusan peribadi. Jadi, aku terima dengan senang hati. dan apa apa keputusan sama ada aku nak teruskan atau tak atau nak menjadi guru boleh dibuat minggu berikutnya.
Pengalaman bekerja -
Hari pertama bekerja, alhamdulillah aku survived! walaupun aku ragu-ragu dengan tugas aku. LOL. AKu fikir aku kena masak, kemas tadika, assist teacher kalau depa minta tolong waktu kelas, macam itu je lah.
tapi aku tak ambik cakna yang aku tetap kena tolong untuk uruskan anak-anak 3-4 tahun itu. Hahaha. Aku tahu, mesti korang rasa macam, apalah slow, bengong sangat, tak kan itu pun tak tahu. aku WA member aku, member aku cakap " memang ahh hang kena buat semua tu.." aku hanya mampu baca WA tersebut sambil gelak je gais.
Untuk makluman korang, dekat tadika ni, dia ada daycare dan transit. Untuk daycare, ada 8 orang yang aku kena jaga. Masing-masing umur 3-4 tahun, yang mana neoron-neoron mereka bersambung dengan berseliratnya.Haha. Dan untuk transit ada 8 orang, sekolah tadika dan sekolah rendah, 4 lelaki dan 4 perempuan ( 6 tahun-darjah 6)
Dan ini adalah rutin yang aku buat setiap hari sebagai pembantu guru tadika seawal jam 8 pagi sehinggalah 7.30 malam:
- Prepare bahan untuk anak-anak makan jam 10 pagi dan lunch
- Assist teacher waktu aktiviti/ praktikal solat dhuha
- Masak breakfast 8 pax dan lunch untuk 16 pax
- Basuh pinggan/perkakas
- hidangkan makanan untuk 15pax,
- Hantar dan ambik budak transit pergi dan balik dari sekolah rendah
- Tukar pakaian dr pg ke pakaian tengah hari.
- Buat susu untuk anak-anak 3-4 tahun tidur (rehat) waktu anak-anak tidur selalu jam 2-4 ptg, so waktu yg sama kita boleh rehat.
- Mandikan dan tukarkan pakaian untuk malam.
- Prepare minum petang
- Tunggu parents ambik anak. Paling lewat pun takat 7.30 petang
aku cuma bernasib baik untuk 1st day sebab time tu teacher tu tahu aku orang baru dan dia tolong masak. Jadi, first day, aku banyak memerhati rutin diorang. Kadang-kadang, aku rasa aku banyak gila tanya. Sebab aku tak tahu, so aku kena tanya banyak la.
Masuk hari kedua, aku dah rasa WOHAAA! Kak Z tak datang sebab MC. Then ada teacher ganti, teacher tu sama baya dgn aku dan dia memang seorang yang adil. Adil dan saksama. Heh.So, tugas teacher mengajar, mcm buat praktikal solat dhuha, colouring, main lego, flash card, so dia memang buat tu je lah. Yang lain aku buat, so hari kedua lah hari paling disaster.
hari dimana, aku kena masak sup ayam untuk 16 orang, sebab before this aku masak takat 6 orang paling ramai pun. Padan Muka tirah! Aku cuma mampu berdoa "Oh tuhan, jangan ada anak-anak ni yang sakit perut lepas aku masak" Well, aku rasa masakan aku sedap bila anak-anak minta tambah. ya ya, I know i can cook like chefwan. Pffft.
apa yang aku bayangkan tak sama dengan realiti. lol. Betul lah kan, kita tak kan pernah tahu situasi sebenar sehinggalah kita yang stay dalam keadaan itu dan merasai. Haha. aku fikir jadi pembantu ni just memasak dan mengemas. haha tapi sebenarnya tugas ni lebih berat dan ia bukanlah sesuatu yang mudah.Kuddos untuk teacher dan pembantu teacher! Kerana anda seorang yang seorang yang penyabar.
dipendekkan cerita-
aku buat keputusan untuk tidak meneruskan pekerjaan ni, bukan sebab memasak atau mengemas ,atau sebab budak transit tapi sebab aku tak boleh deal dengan 'rengekan', 'tangisan sahut menyahut anak-anak' dan juga perangai 'tarik perhatian yang melampau'
ada masa, salah seorang anak ni rindu parents dan mula menggogoi, "nak ummi.." dan tak lama lepas itu, budak lain pun ikut nangis. sebab tgk kawan depa nangis. Gais, jangan sampai teacher nangis sambil meraung.haha- 1st day
"teacher, saya nak kencing."
"Okay, pergi toilet, buka seluar." Ajar aku sambil kutip mainan. Bila aku pergi toilet, aku terkebil-kebil.
"teacherrrrr, saya terkencing depan pintu." What the fruit man, what the fruit.
apa yang aku boleh tulis dalam blog ni, aku sikitpun tak salah anak-anak yang 3-4 tahun tu, sebab aku faham psikologi anak-anak, dan itu dah memang 'nature' diorang. Mereka di tahap yang memerlukan kasih sayang total dari parents dan mereka juga di tahap yang perlu di bantu dan di guide untuk setial hal. Kalau yang perlu di persalahkan dalam hal ini, adalah aku. Haha. As sabru minal iman. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Ha, cakap pandai tapi tak apply pun. *Lempang diri sendiri* Haha.
aku nak cakap juga, buat korang yang nak apply jadi guru tadika dan pembantu guru tadika, selain dari ada degree early childhood atau degree islamic studies, apa yang lebih penting korang kena ada sifat 'suka kan anak-anak" suka means, kau okay je if diorang merengek ke, minta perhatian sikit-sikit ka, macam bila kau dengar benda tu semua, kau macam happy, seronok, then baru boleh apply kerja jenis ni. Idk, sekurang-kurangnya, itu yang aku rasa. Aku tak tahu pulak kalau betul ada orang tak suka budak-budak, tapi dia boleh survived dalam bidang ni. mesti banyak benda yang dia korbankan.
aku rasa benda ni penting :
- Suka budak budak + Degree early childhood = yes
- Suka budak-budak + Takde degree early chilhood = yes
- Tak suka budak-budak + Ada degree early childhood = so-so
- Tak suka budak-budak + Tak de degree early childhood = No.haha (Aku la tu.)
korang mungkin akan ada monolog dalaman bunyi macam ni "haih susah lah minah ni, nanti dah kahwin,nak jadi ibu macam mana?, Macam mana nak jadi ibu yang penyayang.. bla, bla, bla and so on." Okay je kalau korang berpendapat macam itu, aku okay je, sikit pun tak terasa apa. Tbh, menjaga anak-anak dua tiga orang (anak sendiri, anak saudara anak sepupu) tak kan pernah sama dengan menjaga anak anak orang di taska mahupun di tadika. Itu je lah aku boleh cakap.
bila wa dengan member aku, member aku cakap jangan give up untuk terus bekerja. hehe. aku tak give up pun sebenarnya, apa yang aku boleh cakap, berpeluang menjadi pembantu guru tadika walaupun cuma 4 hari, ni mampu buka kan mata aku tentang peranan dan jasa guru tadika dan pembantu guru tadika ini sanagt besar. dan ia merupakan profesion yang sangat hebat, dan aku macam baru tersedar satu perkara yang aku hampir lupa, macam mana aku boleh sampai ke tahap ini kalau bukan dengan didikan dan ajaran guru tadika dan pembantu guru tadika. Yeah. Terima kasih cikgu Ani,guru tadika Hamparan Badai, Sabah, 1997-1998
dan selebihnya, aku yakin percubaan untuk menjadi guru tadika selama 4 hari ni, adalah lorong yang Allah buatkan untuk aku. Supaya aku lebih mengenal diri dan reflect tentang kelemahan dan kelebihan aku. Semuanya dari Allah. Bagi aku, ia macam rezeki, aku boleh cuba dulu. Then boleh decide. Cuba lah kan, Kak Wan terima aku terus, agak sukar untuk aku berpatah balik. Untuk tarik diri lepas dah diterima itu hanya akan menyusahkan pihak kak Wan.
Alhamdulillah, untuk peluang ini. Oh ya yang ada interview untuk guru tadika dan pembantu guru tadika, Good luck gais :)
P/s : Esok aku mula kerja baru. Semoga urusan aku dipermudahkan . Insya-Allah.
note: kalau jumpa artikel yang sebiji macam kat atas dari wordpress atas nama athirahamri, ia merupakan dari penulis yang sama. Aku plan nak tukar blog tapi macam sayang.Ahh, aku sendiri pun tak faham kehendak aku sebenarnya. Hahaha.
Bpe lama u dpt surat tawaran drpd tarikh iv?
ReplyDeleteHai Nazz. I hantar resume tru emel. Lebih kurang sebulan, dapat mesej suruh pi interview. Kiranya, hari ini dapat mesej, dua tiga hari lepas itu, kena interview.
DeleteAwak iv dekat maana ye ??
Deletehai farah. sorry late reply. IV dkt Sri Gombak
DeleteIv tadika apa tu sis? boleh share?
ReplyDeleteTadika Ikids :)
DeleteAssistant teacher d sume tadika tugas sama ke?
ReplyDeleteBiasanya kerja tadika ni memang sepenuh masa ke?
ReplyDeleteMasa iv tu, sis speaking or ckap biasa.
ReplyDelete