#Singapore pt1 ( Mustafa Centre & Gardens By The Bay )





Alhamdulillah,akhirnya projek #travelforlife aku dipermudahkan tuhan. Aku,pikah dan farah dah plan lama untuk menjejakkan kaki ke kota singapura. Selepas plan awal kami mengalami perubahan yangterlalu banyak setiap masa dan sehinggalah ke saat akhir final exam sem lepas pun masih lagi berubah, akhirnya kami selamat sampai.Rasa macam tak percaya *ini memang poyo* Haha.

Aku boleh pergi sana pun sebab ada kawan fakulti aku, yang menetap di Singapore.  Thats why lah, aku boleh lepas, kalau tak dek tempat yang konfem selamat, macam susah lah parents aku nak bagi izin kan. Wuhukkkss. Anak perempuan, se-berdikari mana pon diorang , parents tetap ada rasa was-was nak lepas :) 


Dari Alor Star - Klia -Singapura. Kitaorang bersama-sama.
Aku - Far- Pikah dekat Station  MRT
Okay sebelum aku teruskan cerita,aku nak bagitahu la sikit, Aku tak plan dan buat kerja sensorang. Semuanya kami buat sama-sama mengikut tugas masing-masing. Tak adil la kalau kau nak berjalan tapi kau longgokan semua urusan pada sorang, Skop skop kerja kami bertiga. Aku sebagai yang pemula plan dan aku juga settlekan tentatif(nak pergi mana,bila sampai singapore, semua itu aku yang settlekan dengan mengambil kira pendapat kwn-kawan aku)  Kerja farah settlekan ticket flight Alor Star - Klia- Singapore (pergi balik) & ticket train KTM ke Arau. Pikah pula kasi beres bab-bab cenderahati (sebabnya kitaorg stay rumah kawan kan.) Macam tak berbudi bahasa// orang bagi kita merasa la pulak kalau tak bagi buah tangan kan? Kau dah tumpang rumah orang, kasi berradab la kan. Aher aher. Alhamdulillah,aku ada kawan macam depa. So semuanya berjalan dengan lancar. Thanks korang! 

******

Isnin (18/8/14) 

Tiba di Changi airport jam 3.40 petang di terminal 1. Waktu kami keluar dari balai ketibaan, Syahidah dengan kak Nadiah dah tunggu kami. So kami ikut saja lah mereka berdua. Dari Changi airport,kami guna Mrt ke stesen Expo.( Singgah di Chinese City Mall untuk makan tengah hari tak makan petang sebenarnya) Waktu ni, tak de gambar sebab masing masingsibuk mengisi perut yang berdangdut  lapo,jadi kasi settle perut dulu la. Lepas makan, kami naik MRT ke Toa Payoh ( Tapi ada lah tukar beberapa stesen MRT ,aku pula jenis tak ingat kalau bab tukar-tukar stesen ni.ahaha.lepas itu, naik bas ke Toa Payoh) 


Malam pula, kitaorang ke Mustafa Centre ( tempat ala-ala mydin. Ada empat atau lima tingkat aku tak sure, tapi memang besar gila!) Dekat Mustafa Centre selalunya orang boleh cari barang basah//barang kering// souviner//perfume//rempah ratus// dan pendek cerita macam macam ado. Kitaorang beli keychain & fridge magnet sajo.( 3.5 sg dollar) Kitaorang melancong tak bawak riburiban. so faham-faham la. Haha!

Acah-acah tengok peta singapore dlm +Mustafa Centre  dah kenapa kan? pffft..

Habis membeli barang, ayah Syahida dengan senang hati bawa kami pergi supper. Belanja lagi, Ala ala.Aku lupa pula restauran tu nama apa. Zam zam kot. Kot lah... Thank you cik hanafi & cik kamariah sebab bawak kitaorang jalan-jalan , layan kitaorang baik baik. First class sangat tau :') 

Gambar blur itu rare. Kah!

Muka super excited dpt Supper : Teh o ais + kuew tiaw goreng merah.
Balik rumah jam 2 pagi.  Bersedia untuk ronda-ronda esok pula. 


Selasa (19/8/14)



Lepas breakfast masakan cik Kamariah, kami pergi Gardens By The Bay (GBTB). Macam biasa, dari Toa Payoh naik bas ke stesen MRT. Naik Mrt ke (GBTB) di Marina. GBTB ni ada dua Dome kot kalau tak silap, (semua kalau tak silap ,aku nih. Ngahngah ngah! =p ) tapi kitaorang masuk satu dome saja atas faktor bajet. Muahahaha. GBTB = 18 Sg dollar. 









Kalau perasan GBTB ni dia ada satu dome yang menempatkan bunga- bunga segar.Colourful habeh.Lebih kurang macam Putrajaya floria hari itu la. Tapi dia punya bunga lagi cantik. Cantik gilos. Sesegar bugar.Mihmih. Sesuai untuk orang yang suka kan bunga. Yang nak snap picture lelawa pon boleh, nak test skill photography pon boleh. Tempat dia memang super class habis. Lengkap dengan aircond so tak panas la. *Nora bagi lapan bintang. Ahaksss




Boleh jalan-jalan tanpa berpeluh sambil ambil gambar bunga, cium bunga,bau bunga, (pokoknya : dalam ini penuh dengan BUNGA yang terdiri dari pelbagai spesis)selain remaja,orang tua kanak-kanak pon ada buat rombongan. pembelajaran luar bilik darjah la kengkonon tapi bagusla  kan, diorang dapat la kenal jenis-jenis bunga. Hmm sukaaaaa nyaa!  Kalau penat boleh lah melepek dekat kerusi kerusi rehat yang pihak GBTB sediakan. Banyak - banyak tempat yang aku pergi dekat Singapore, GBTB memang tempat yang paling aku suka gilakkk!








Luar dome pula, macam kat bawah ni,  perasan kan benda bawah yang bercaca-cacak nih, kita boleh naik, lebih kurang 15 minit macam itu la korang boleh lepak kat atas tuh. Bila dah naik atas tu, rasa angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi ,walaweyhhh tenang dan damai je rasa. Tapi tak tinggi mana la. Tinggi lagi gunung mat cincang kita kat langkawi. Heh. So yang takut tinggi macam pikah, just chill and relax okay? Kah!

 Muka eksaited macam muka aku tu tak payah heran la noh?
Kasi can aku express kan perasaan aku.Wahahaha!

L.O.V.E from Singapore!




Dekat tangan ada roti telur, bawak bekal dari rumah. Haha.

Siapa yang plan nak ke Singapore, mesti jejak Gardens By The Bay okay? Tak rugi kalau korang jenis yang suka Bunga! Masuk dua dua Dome kalau boleh. Kalau tak, masuk salah satu pon okay. Tengok tempat orang, ambil pengalaman dan  tambah ilmu! Skima sangat nokss. Haha! Enough. Esok aku sambung lagi, insya-Allah. Semoga aku kuat dan terus sabar untuk update next entry. #travelforlife Alfatihah #MH17home


Terima kasih sudi baca entry ni XOXO



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.