Review Novel : Dia ... Cinta Yang Ku cari ( Rehan Makhtar )





Tajuk : Dia Cinta Yng Kucari (DCYK)
Penulis :  Rehan Makhtar 
Penerbitan : Karya Seni 
Harga : Rm 24 /Rm  27
Rating : 5/5 





"Kerana engkaulah yang menghidupkan aku, yang menguasai seluruh hati dan jasadku"

DCYK memaparkan kisah seorang lelaki (Payed) yang terlalu mementingkan kecantikan dan kesempurnaan tanpa tahu apa itu erti sempurna yang sebenar dan dia  terpaksa menerima seorang wanita yang mepunyai kekurangan diri ( Luth yang mempunyai kecacatan pada wajah ) sebagai isteri. 

Payed menganggap Luth sebagai 'bad habit' saja. " Awak pada saya seperti air laut. Semakin saya teguk, semakin saya kehausan." Fareed Al Fattah. Betul dia menyukai Luth tapi bukan mencintai wanita itu. Bagi Luth, dia menerima Payed kerana hatinya. Namun dia sedar kekurangan diri yang dia punya tak kan mampu menakluki hati Payed. 

Dan hanya kerana satu insiden, Payed hilang kesempurnaan diri buat sementara. Manusia akan diuji apabila sentiasa bermegah diri, sama ada lambat atau cepat ujian itu pasti datang bagi membuka mata hambanya. Payed lumpuh. Luth masih tetap menginginkannya. Menjaganya selayaknya. 

Kini, dia tahu ketidaksempurnaan isterinya hanya diluaran tapi didalam,Luth sangatlah sempurna. Ketenangan, kelembutan, dan kemanisan nasihat  wanita itu menyoyak egonya. 
"Boleh jadi awak tersesat dalam gelap dan kalau kata saya nak kongsi cahaya tu, awak nak tak , ikut cahaya tu untuk keluar dari gelap?" Luthfiya. Dan kerana itu, dia berusaha kembali ke landasan yang sebenar setelah dirinya bagaikan dibawa ombak.  

Cinta sejati itu akan lahir saat kedua-duanya dapat menerima ketidaksempurnaan masing-masing. 


Tulisan Rehan Makhtar yang menarik. Tidak terlalu berbunga-bunga. Jalan cerita yang terlalu mudah untuk difahami dan cepat untuk dihabiskan. Pengajaran yang terlalu banyak untuk diadikan pedoman. Gaya bahasa/tulisan  yang selamba dan mampu membuatkan  pembaca terfikirkan setiap diksi yang tetrulis kemas. Tahniah :)


4 comments:

  1. amboi~ laju je. cuti2 membaca novel je la ko dik

    ReplyDelete
  2. salam..singgah bw cn http://mummysupplementshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. hai yus. sy baru je start baca novel kak rehan. Very nice story! :)

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.