Tahun Tiga je, jadi senior.

Sunday, September 07, 2014



Assalamualaikum,  selamat ber-semester baru! 



Semester ni cukuplah  untuk buatkan aku jadi budak tahun tiga aka senior setengah. Rasanya macam baru je jejak kaki kat UM masa tahun satu dulu. Masa itu nangis-nangis home-sick bagai.Nyampah betul bila teringat balik! Haha. Now dah tahun tiga! *tak tau nak nak buat aksi macam mana, tapi bersyukurlah sebab boleh survive)


Semester baru  dah pun bermula. 


Aku mengharapkan semester kali ini akan lebih baik dari semester lepas. (setiap sem ayat ni mesti ada) =P Semester ini aku target aku nak improvelah dari  pengurusan masa aku. kalau dulu kelas pukul 8, lima minit sebelum itu baru aku gerak (yelah ada kereta kan. pffftt) lagi pun kolej lapan dengan APi dekat ya amat. Haha.  Aku nak everything lebih terurus! mudah-mudahan la.

Seterusnya, aku rasa aku nak make new friends and contacts. (banyak-banyak lagi) so that lepas nih aku tak rasa awkward bila aku jumpa muka-muka baru and of course aku nak senyum banyak banyak pada orang yang sepatutnya lah, and more pada perempuan lah Ahakss. ( even masa sekolah dulu ada la dengar something pasal senyum, kenapa kita kena senyum utk dapat redha manusia? Bagi aku senyum ni pemula sebuah perhubungan,kawan-kawan misalannya. Well,lain org lain pendapat. 

Next, aku nak join seberapa banyak aktiviti yang aku mampu. (maybe fokus pada volunteerism kot takpun apa yang aku minat lah ) bukan untuk dapat merit dan sijil saja. tapi nak asah soft skill aku yang tak  kunjung tiba lagi nih :3 

And last but not least, Study dan solat diawal waktu.eheh. selalu banyak kali terbabas,malaikat dah nak naik report dekat Allah baru nak solat. *tolong insaf sikit* aku rasa memang banyak benda lagi kena buat perubahan ni. espcially  dari segi rohani,  bukan mak cik rohani jiran sebelah tapi spiritual, dalaman. berapa banyak masa je aku duk kejap dan tadabbur quran?semester lepas nan hado rasanya. 

Semoga aku kuat utk struggle buat benda2 ni & Semoga setiap urusan aku dipermudahkan tuhan =')



p/s: Alhamdulillah pendaftaraan bilik kolej settle dengan izin-Nya. Bilik dekat bawah tanah (feeling duk oversea plak.kahkah) Sem ni dapat satu bilik dengan D & K. D dari fac pendidikan, K dari fac ekonomi. So far depa meriah,mesra la. Alhamdulillah, semoga kitorang boleh jadi roomate yangbest!




2 comments:

  1. goodluck! haha~ dulu sy pun camtu...last2 ke laut. tapi semangat tu penting. if you put your mind into your goals, everything possible. Yosh! Senyum selalu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! (:

      Selalunya semangat je awal-awal tp akan down bila tgh2 sem.haha. Insya-Allah :)

      Delete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.