Port Dickson : Short escape
menjadi seorang anak sulung dalam family, kadang-kadang sukar (sebab ada je benda yang dipertanggungjawabkan. tapi jadi anak sulung juga ada advantage-nye tersendiri. aha iaitu apabila dalam sesetengah perkara, kadang-kadang apa yang kita minta, akan di beri green light (tanpa perlu solat hajat .hahahaha :p ) sebenarnya entry ni tade kaitan,kau anak sulung ke anak tengah ke, anak mak ke,takde takde kene mengena ponggg. hahaha
ayah,,,, kita dah lama tak lepak tepi pantai kan? hmm, along rasa pd macam best je.
dannnnnn...
taraaa! kat sini la kite satu keluarga. ( nampak kan? berkesannya ayat-ayat aku?) bahahaha.
The Regency Tanjung Tuan Beach Resort! jadi pilihan aku dan ayah masa review hehotel yang ada dekat pd.review la dekat agoda.com jyeahhh. disebabkan ayah cakap,dia nak tenangkan fikiran dari kesibukan , dan nak satu family selesa, so ayah decide utk pilih apartment 3 bilik. kalau ada sesiapa yang nak datang satu family, kengkawan baik ke, apartment ni recomended! (sebab selesa gila! and awesome bila dapat tgk view pantai dari apartment.. memang tak berkelip mata ahh cerita dia.haha) satu ruang tamu, 3 bilik yang besar dan juga dapur, untuk kita main masakmasak after dah berkubang dekat pantai dan swimming pool! plus pantai dekat- tennis court dekat,swimming pool ,kafe semua dekat lahh.. so yeahhhh..
waktu kitaorang sampai pd, memang dah ngam-ngam untuk berkubang sakan! HAHA. paling eksaited aku dan iddin. sebab aku dah lama tak lepak pantai. last time aku pergi masa darjah 6, kau bayangkan??? lama tak lama aku puasa pergi pantai.
memula kitaorang lepak main pasir, amik mood orang kata. lepas itu, kitaorang try banana boat. honestly ini kali kedua aku naik banana boat-,iddin merupakan manusia paling kecoh dan super eksaited, sebab dia dah boleh merasai apa itu erti keronokkan. bahahaha.
aku : how do you feel? ( apa iddin rasa bila kita cuti-cuti macam ni?)
iddin : ketakutan.keseronokkan.kebest-an
dia takut naik banana boat for the first time, wuhuuuu. haha. seronok,sebab dia boleh jadi dugong sampai senja. kesian adik aku neh :3 afterall, memang kitaorang rasa happy gila babeng. syukur2 ada peluang lagi lepak2 dengan family dekat tepi pantai.
lepas pekena banana boat-kita pekena jetski. awesome experience!
"dik, kau boleh speed sampai 50.. tapi kalau kau korner terus, kau terbalik! ahaha - abang pantai.
"bro,kenapa ada jetski yang keluar air dekat belakang? yang kitorag tak de keluar air pon.."- aku
"oh jetski ni ikut model. ni model lama."- abangpantai.
"enjin dia camne?"- aku
"mostly kalau jetski atau boat ,memerlukan air pada enjin.dia lain dengan kenderaan dekat darat, tak leh kena air,kalau tak jahanam- abang pantai.
secenry -senja-
sampai maghrib, dia berkubang! eksaited kan?
sementara tunggu iddin dengan berkubang dalam air, kitaorang pekena pisang goreng + teh tarik! lepas dah mandi manda, kalau tak lapar - memang abnormal kayh!
lepas makan malam, kitaorang lepak main foosball. boy band vs girls generation. of course ahh girls generation menang! izzat tak puas hati sebab kalah, kalah sebab iddin layan lagu awan nano. khusyuk sangat layan awan nano,sampai lupa nak tahan bole. sorry izzat! haha. haha. haha.
ahad pagi, lepas breakfast nasi lomak,sambal kupang super mabeles, kitaorang lepak swimming pool sat sebelum naik boat. pusing pusing la area teluk kemangggg yang crowded gila bila time sabtu ahad kan. alhamdulilah, time tu perasaan aku macam-macam. happy seronok- rasa syukur sebab dapat spend time dengan family, sebab bila anak-anak dah besar masuk uni, cuti tak sama- agak susah nak cuti camni.aku rasa cuti kali ni, memang aku sakan ann... no phone!!!, kecuali bila dah malam- iyo la.nak hapdet kat intagrammm :PPPP tak gitu? syukur dapat pengalaman naik banana boat- jetski-keliling pulau. Alhamdulillah. Thanks Allah.
No comments:
Thank you!