Shortgetaway | Review : Gold Coast Morib International Resort & Kerepek House

Thursday, August 25, 2016








Gold Coast Morib International Resort adalah tempat paling sesuai untuk bonding time bersama family
So, kitaorang booking apartmen 3 bilik  di Gold Coast Morib International Resort. Memandangkan, bil ahli keluarga 6 orang so rasanya 3 bilik itu dah lebih daripada cukup! 

Sekitar apartmen (3 bilik) yang aku kira bukan saja sesuai untuk gathering family tapi juga untuk bercuti dengan kawan-kawan.
Melapangkan masa setelah sibuk dengan kerja dan tugasan. Sesekali cari masa untuk majakan diri, tak salah aku kira :)

Masuk sahaja bilik, akan nampak ruang makan yang memuatkan empat orang, dan sebelah kiri ada satu bilik (single), kemudian , dapur dan lengkap dengan peti ais. Jap, aku tak ingat ada dapur untuk memasak ke tak eh? Haha sebab makan kat luar pun berbaloi je rasanya. Sesekali nak rehat dari kena masak. 


Bilik yang luas dan selesa untuk rehatkan tubuh badan. 




yeay, ni bilik kitaorang. Adik aku tengah selfie. Menjadi je depan cermin tu. >.<


Bilik dan ruangan yang ada aku rasa okay saja. Selesa dan luas la. Lagipun bukan nak duduk lama kan. Hiasan dalaman dia aku suka sebab simple dan tak crowded dengan macam-macam jenis hiasan. Tapi lampu dalam bilik agak malap, dan first time kitaorang masuk bilik itu, sebenarnya bau dia kurang enak, mungkin sebab bilik ni jarang ada penghuni aku tak tahu la kan. Kena pasnag aircond semua, buka sliding door dekat beranda, baru okay.

Tips: Sebelum booking, baca review dulu dekat trivago. Harharhar.

Okay, seterusnya, seperti gambar dibawah, dakam  Gold Coast Morib International Resort ada taman tema air. Bagi aku untuk harga Rm25/ person itu okay la kut. Nak manja manja berendam. Haha. Gambar google je aku boleh bagi, sebab aku malas nak angkut phone atau camera, kalau tak nanti aku kena jaga bag pulak. Hiks. 

Untuk harga tiket taman Tema ni, dia ada beza pergi time siang atau pergi time malam. so apa apa pun, check dekat website dulu ok?


credit : google 


Di sebelah malam, nak makan malam, jangan risau, dekat sini, dia ada banyak tempat makan, antaranya Endah kopitiam, The Pier, Steamboat, yang lokasinya memang dekat dengan apartmen. Ada yang indoor dan juga outdoor. Kalau nak snatai sambil dengan orang karaoke, boleh lepak dekat tempat makan macam dekat bawah ni. (boleh makan western dan juga steamboat)



Kalau nak bbq sambil melayan angin sepoi sepoi bahasa pun, dekat sini, boleh juga. Ada pondok macam itu kan. best. (sorry gambar tak bagus )




Breakfast keesokan harinya, di tempat yang sama. Aku nasihatkan keluarlah breakfast di awal waktu untuk mengelakka kau kena cari tempat yang jauh dari tempat makanan. haha. Tapi aku puji la pengurusan tempat ni, sebab dia tak terhadkan tempat breakfast yang cuma di dalam bangunan hotel, tapi dia buka sehingga ke tempat makan malam. Untuk elakkan pelanggan lain tak dapat tempat duduk. 


Pantai Morib bagi aku tidak mengecewakan :') walaupun aku cuma  berada di sana dua hari satu malam, sesekali menghayati desiran ombak dan menghayati angin yang menyapa tubuh untuk boleh buatkan kita relax! :) 


Beberapa aktiviti dan pemandangan yang aku boleh kongsi bersama dengan pembaca, selain taman tema air,   Gold Coast Morib International Resort juga ada meneyediakan beberapa aktiviti yang bagi aku best la. Challenging la kut! Haha.



1.  Flying fox & high ropes

Sebenarnya, aku kecewa betul, bila aku berkobar-kobar nak try benda alah ni, tapi tidak tertunai. sebab ada group yang dah tempah sampai jam 12. nanti. makanya, aku pun berhuhu saja. setiap aktiviti ini akan dikenakan bayaran yang sudah dikhaskan tapi aku rasa harganya masih lagi berbaloi la.





2. ATV 


Disebabkan aku tak boleh try flying fox dan high ropes, so ayah aku decide untuk cuba ATV. 
So ber-atv la kami sekeluarga. Berjemaah sangat kan? Hahaha Bagi aku, route ATv dekat sini adalah lebih luas dari route disalah seuah resort di Lumut. Tapi sini smooth je lah, sebab  route dia luas gila, pergi lah takat mana pun. 





 aku tanya uncle " uncle, kita boleh pi takat mana ja?"

"pi takat sana...

then aku sambung, " sampai takat itu? ok." >.<






Pemandangan  sekitar Gold Coast Morib International

(1)












amboi amboi, dia ingat dia handsome le ttew, berdiri pakai spek cemtu. 


lepas daftar keluar dari hotel, kitaorang singgah kerepek house, sebab sini kan memang famous bab bab kerepek ni. bila waze, paling dekat dengan hotel adalah "Kerepek House" Masuk ja dalam kedai yang agak luas ini, memasing cam terpesona sat. Macam macam jenis kerepek ada! 



dalam keperek house, kerepek dah siap packed. tapi kalau kita nak beli, tapi kita ragu ragu tak tau kata sedap ke dak, kita boleh rasa. Nampak dak balang kecik itu? Ha, itu untuk kita rasa. Tapi rasa jangan lah bagi habis semua, buruk haih perangai cemtu. Harga pun boleh tahan murah. 





Antara benda yang aku boleh cadangkan untuk beli kalau singgah dekat Kerepek House ini ialah SAMBAL GORENG! Sambal goreng dia sedap gila weh. Makan dengan nasi putih panas-panas. Uuuuhhhh. Tak tengok lauk lain dah. Satu lagi, kerepek ubi pedas dia ada umphh! hahahahahahaha!


dua hari satu malam, dihabiskan dengan relax dan makan. haha. ok ok. bai. jumpa lain kali pulak.

"Menghargai apa yang ada itu kadang-kadang lebih sukar daripada meminta benda yang tiada."

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.