Review Novel : Shhhh... I Love you, Farisya Natasha







"Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?" - NADIA
"Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?"- AIDAN 








Hai gais.

Hari ini aku nak review Shhh... I  Love you, yang ditulis oleh saudari Farisya Natasya. Di terbitkan oleh Penulisan Enterprise. Aku pernah nampak novel ini tersusun rapi di kebanyakkan bookstore tapi aku tak tergerak hati nak membeli sehinggalah aku terbaca sebuah review yang di muatnaikkan di Instagram milik Farisya Natasha sendiri.

sebelum ini,

mungkin di sebabkan oleh cover dia yang seolah-olah menunjukkan jalan cerita yang cliche. sebab itu aku tak beli. Aku bukan apa, aku cuma dah jemu nak baca pasal kawen paksa. (yang dalam cerita itu, cuma nak kisahkan akhirnya mereka kahwin dan bahagia) Aku dah terlalu tua untuk itu. aku perlukan novel bertemakan cinta tapi yang informatif.


Tapi itu lah orang dah kata. Don't judge a book bt its cover. Kan dah rugi beberapa bulan. heh.

Jadinya,selepas aku baca review di ig, aku bergegas ke bookstore berdekatan. Kalau sesiapa tinggal di sekitar Sri Gombak mesti tahu kedai Pustaka Rakyat di Prima. Kan Tahu kan? Haha bagus.

---


Novel ini berkisarkan tentang Nadia yang  telah di sahkan menghidap miokarditis yang juga di kenali sebagai keradangan otot jantung. Basically, Cerita bermula selepas 10 tahun, selepas Nadia menjalani pemindahan jantung yang didermakan oleh seseorang yang sudah berikrar untuk menjadi penderma organ.

tapi Nadia sendiri tak tahu siapa penderma tersebut.

Nadia yang bekerja di Blusky travel, menjalani hidup seperti orang biasa cuma dia perlu bergantung dengan ubat anti rejection seumur hidup. Dan disebabkan hal itu, dia terpaksa pendam hasrat hati untuk bercinta, mulakan hubungan dengan lelaki. Bagi dia, sekiranya dia berkahwin, dia akan menyusahkan lelaki tersebut.

tapi lain pulak dengan hasrat keluarganya yang mahukan dia berumah tangga, supaya Nadia ada yang menjaganya.

Berkenalan dengan Naufal, seorang peguam, tidak membuatkan dia gembira. Naufal dengan kemewahan dan kemegahan yang dia ada manakala Nadia mahukan yang menyayangi sepenuh hati dan boleh terima keadaan dan risiko.

---

Dalam masa yang sama Nadia berjumpa dengan Aidan, seorang captain. Itu pun selepas beberapa peristiwa yang lucu. dan menyakitkan hati. Tapi kalau bukan kerana Diana dan Ain, mesti tak jadi juga hubungan mereka.

---


Aidan yang lebih banyak berdiam diri, disebabkan peristiwa yang lepas. Aidan pernah bertunang dengan Sumayyah. Dan seminggu sebelum bernikah, Sumayyah meninggal dunia, Nadia hanya

mengenali Aidan dalam masa yang singkat dan hal tersebut buatkan Nadia gembira namun tanpa Nadia sedar Aidan memilihnya bukan kerana Nadia sendiri tapi kerana peristiwa lepas. Aidan memilih Nadia kerana penderma yang mendermakan jantung kepada Nadia! Siapa?


---


Boleh agak ceritanya ke arah mana?

Aku nak cerita lagi tapi karang jadi spoil pulak. So aku tinggal kan setakat ini sahaja.

Cuma apa yang aku boleh katakan, selain berinformatif, novel ini sarat dengan kasih sayang keluarga. Ikatan antaran adik beradik Nadia dan Aidan. Ya aku memang suka kalau inti novel itu berkaitan dengan keluarga.

Selain itu, novel ini juga berlatar belakangkan banyak negara, seperti Turki dan Korea. Menjadi bonus buat aku yang dapat membayangkan kedua dua negara tersebut sebab aku dah pernah sampai ke sana.

BEST!

Cerita yang betul betul menepati citarasa aku sebagai pembaca. Tidak mengecewakan. Malah rasa lega sebab finally, masih ada lagi novel yang jalan cerita dia tak cliche!. Hahaha.

---

Plot cerita walaupun ringkas tapi aku suka sebab tiada benda mengarut yang berlaku. Tah la. Aku cuma yakin kalau sesiapa yang membeli novel ini, dia tak akan menyesal. Oh ya ini novel pertama karya Farisya Natasha yang aku baca. Sis you got one more fan!. Hahahahaha. Gais, korang boleh cari novel ni sebelum habis stok, harga dia murah saja RM22. Gerenti tak nyesal!


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.