Review Novel: Antara Langit, Bumi Dan Dua Hati





"Carpe Diem, Follow your heart and I will follow you"







Review :

Antara Langit, Bumi dan Dua Hati merupakan novel yang di tulis oleh saudara M Hany Hisham. Sejujurnya aku tak pernah tahu kewujudan novel ini sehingga lah di cadangkan oleh penulisnya sendiri. Aku dapatkan novel ini di Popular. Di kenali sebagai novel tripfiction kerana latar tempatnya yang pelbagai (Eropah) 

Bila baca novel ini, kita akan dapat dua perkara dalam satu masa. Kisah cinta yang di cipta atau sememangnya ada sejarahnya tersendiri oleh penulis dan yang kedua, kisah travelog dua insan yang mengembara ke Eropah.


menjadikan novel ini lebih menarik dari yang biasa.

--


aku rasa,

kekuatan novel ini terletak pada jalan cerita yang diketengahkan. Jalan cerita yang lain dari yang lain tidak cliche' yang membuatkan aku jatuh cinta dengan novel ini. Tapi masih terlalu jauh untuk aku terus menganggap ia novel yang terbaik. Novel ini mengisahkan tentang kembara dua insan di negara-negara Eropah. 

Firman dan Ilyani di temukan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka kan. Berpandangan hanya sekali di Utrecht tidak menghalang Firman untuk mencari tahu keberadaan Ilyani, si gadis misteri. Gadis misteri yang menjadi igauan untuk beberapa tika bagi seorang Firman. 

Jalan cerita dia terus menarik bila, penulis mencipta satu demi satu kenangan indah antara Firman dan Ilyani di beberapa tempat asing. Boleh bayangkan tak kalau lelaki dan perempuan yang sedang tercari-cari pasangan, tidak mengenali antara satu sama lain di takdirkan bertemu di kota asing semasa travel? Punya tujuan yang sama, punya minat yang sama, punya falsafah hidup yang hampir sama. Jatuh cinta di tempat orang yang indah ibarat syurga. Siapa saja yang mampu menolak? 

haha. 
Cerita jangan nak sweet boleh?
Manis macam diabetes seh. 
Boleh potong betis. 

selain dari jalan cerita dia yang menarik dan membuatkan pembaca tertanya-tanya, aku juga ikut suka untuk mengetahui setiap latar temat yang di bentangkan, khususnya di Switzerland.Macam kebetulan weh, sudahlah next trip aku dengan family bulan depan ke switzerland (Insya-Allah) so banyak lah perkara yang aku dapat tahu tentang travel di switzerland. Macam-macam, dari segi tempat-tempat menarik di switzerland, hub pengangkutan di tengah-tengah Zurich dan sebagainya. Kebetulan yang menyenangkan dan menggembirakan hati aku. Sedikit sebanyak, novel ni boleh jadi travelog dan panduan untuk sesiapa yang nak travel ke switzerland. 

---

tapi itu lah. 

jalan cerita yang baik mesti dilengkapi dengan watak yang solid. baru ada umphh!

dari awal pembacaan lagi, aku kagum dengan personaliti Firman yang 'gentleman'. Nampak betul kesungguhan dan kegigihan dia mencari tahu tentang keberadaan Ilyani di kota asing. Senang betul hati dia bila dapat berhubung dengan Ilyani. Dan part hampir terkantoi dengan Ilyani, pura-pura tak tahu,  itu memang kelakar. 

selamba betul Firman. aku kira watak Firman ni perfect la untuk seorang lelaki. 

bagi watak Ilyani,

aku cuba letak diri aku di tempat Ilyani, siapa yang tak mahu mengembara di negara orang secara solo, even aku sendiri nak, cuma aku tak seberani Ilyani. Haha. 

Dari pembacaan aku, watak Ilyani ni di tonjolkan dengan beberapa sikap positif, dia dalam keadaan stabil, bekerjaya, berdikari,dan aku kira dia seorang gadis yang perfect dan cantik. sehingga lah ke suatu saat, dia terpaksa tunduk dan terperangkap dalam insiden silam dia. dia juga seorang gadis yang di perlihatkan lemah tidak berani dan tidak kuat untuk menegakkan kebenaran sehinggalah dia berjumpa dengan Firman

oh ya aku boleh hurai tentang watak sebab watak dia dalam novel ni tak banyak. Memang cerita ni fokus untuk Firman dan Ilyani je aku rasa. Hahaha. Adalah watak sampingan yang lain, dah nama sampingan, sikit sikit dah la kan. 

--

Ada perkara lain di dalam novel ini yang menyebabkan aku rasa kebetulan kena dengan jiwa aku, tapi selebihnya novel ni menarik disebabkan kisah mencari cinta Firman dan Ilyani, kisah Ilyani yang memerlukan kekuatan untuk menghadapi peristiwa silam, kekuatan hubungan kedua duanya dengan sang pencipta. 

secara menyeluruh cerita ni puitis. penggunaan kosa kata yang  meluas, ayat kompleks buat aku kena banyak kali baca dan fahamkan. kekurangannya di bab pertama sehingga ketiga.apabila pengenalan watak di buat melalui petikan.ibarat membaca teks arab dan agak meleret. Hampir give up nak teruskan pembacaan sebenarnya. Mujur bab seterusnya itu ada sebab yang kuat untuk aku teruskan pembacaan. haha 

kelemahan dari aku sendiri adalah, bila penulis meletakkan ciri-ciri tentang sebuah tempat di sekitar Eropah, namapun tripfiction, aku pula yang murung sebab tak boleh nak bayangkan secara tepat tentang tempat-tempat yang disebut apatah lagi kalau ada di selitkan peristiwa dan insiden yang berlaku di tempat  yang disebutkan. 

contoh la, ada penulis menciri-cirikan sebuah tempat nama Utrecht. aku cam ahh blur. Kang aku bayangkan Setapak central naya je. Haha. 

contoh kedua bila Firman mengalami kemalangan dekat apatah nama tempat tu. aku just boleh bayangkan dia kemalangan tapi tak tahu kat mana? Haha. 

--

Ada beberapa konflik dalam cerita ini yang di ketengahkan dengan cara yang tidak berbelit, menimbulkan tanda tanya dan membuatkan aku terkejut tapi aku tak naklah spoil kan mood korang. Semua benda aku nak bagitahu, tak fun ahh korang nak baca nanti. Dah tade unsur saspen dah kan? 

--

So pembaca novel tegar, boleh dapat kan novel Antara Langit, Bumi dan Dua hati di Popular. Tiada apa yang aku boleh cakap melainkan, tak rugi lah kalau korang baca novel ini. Selain berinformatif, aku rasa cerita yang  terlalu cantik untuk di hayati :) 

--

Tahniah untuk M Hany Hisham yang menghasilkan novel 'cantik' macam ini. Tolong buat novel lagi. Semoga terus sukses dalam bidang penulisan. 





Sinopsis: 

seorang gadis membawa diri jauh merentasi laut untuk meraih sebuah ketenangan dan kembali bernafas. Dia berhasrat untuk menjejaki sebuah destinasi syurga duniawi di benua Eropah. Seorang pemuda bertemu pandangan dengannya suatu saat tidak terduga. Pertemuan yang membuka lembaran baharu kisah kembara mereka.

Sebuah persahabatan tanpa prasangka terjalin dan disimpulkan mmenjadi pertalian utuh. Benih kepercayaan bercambah lantas mengurai tawa, juga duka dan derita yang tersembunyi dalam senyuman dan sorotan mata.

Sebuah jiwa sedang berseteru dengan konflik. Hingga suatu hari dia tersandar ada sesuatu bersarang dalam sanubarinya. Persahabatan itu sejati, sabda kasih yang ditutur telah terukir menjadi prasasti dalam hati. Dia umpama pohon bunga layu yang mula mekar menghala ke cahaya yang tidak lagi sirna.

Jiwa itu perlukan sang juragan untuk merungkai, misteri kehidupan di antara langit, bumi dan hati. Dia jejaki semula denai-denai memori. Ingin dituai semula saripati yang ada dalam setiap momen manis. Kalau dahulu dia di jejaki, kini gilirannya untuk menjejaki. Biar bermati-matian, Biar melecet tumitnya. Biar ada darah terpalit pada kasutnya. Dia mahu berhabis kudrat hingga ketemu. Jangan pergi dulu, kembara sebenar masih panjang sebelum tiba ke destinasi abadi.


4 November 2016
5.18 petang, Kuala Lumpur 



p/s: Akhirnya selesai juga hutang aku. Phew.


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.