Switzerland : Geneva (Nations)
ok. Hari ini aku nak sambung tulis post trip aku satu family ke Switzerland. sorry korang, kalau ada yang menunggu. lama. (haha. maaf ter-perasan macam blogger femess. ihiks) kali ini kita terus ke geneva.
kalau korang nak iti yang simple. just klik sini ok : Basic Itinerary Switzerland
.
pertama sekali,
Kami ke Geneva pada hari keempat. Dengan Swiss travel pass yang masih berbaki untuk 4 hari, kami menggunakan SBB train untuk ke Geneva. Dari Bern ke Genevaambil masa selama 1 jam lebih.
traveller yang pernah ke Switzerland akan cakap macam ni. " Kalau sampai Geneva kena pergi UN dan kerusi patah (broken chair), baru boleh cakap 'aku dah pernah sampai Geneva," hahaha.
sebenarnya, kami takde tempat tertentu untuk dituju. hanya plan untuk ke geneva untuk berlegar-legar sekitar geneva. cuma nak relax kan diri sambil menghayati 'aset' negara orang. Alhamdulillah, kami sempat menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang di kata 'wajib' kalau datang melawat geneva. heh.
.
setibanya di Geneva Train SBB, kami sempat bertanya di kaunter informasi untuk ke UN, dan lake geneva.
jadi untuk ke UN,
kami mengambil tram no 15 ( mole - butini-mais dela paix-sismondi-nations) turun saja di nations terus nampak broken chair yang tinggi. dan dihadapan broken chair itu lah Bangunan UN yang tersergam megah.
tak ramai local atau pelancong yang berkeliaran waktu ini mungkin sebab masih pagi. dan cuaca waktu tu macam nak hujan.
ada satu hall yang kita boleh masuk dengan bayaran sbyk 12 CHF untuk tengok keadaan di dalam UN. tapi memasing macam malas, so terus bergambar banyak banyak dekat depan UN dan broken chair, then ambik tram balik ke aeroport geneva.
--
sebelum ke lake geneva, kami cari halal food. (tapi aku skip untuk letakkan satu entry tentang halal food di switzerland ok?)
.
lake geneva.
adalah salah satu tarikan bila tiba di geneva. dan waktu kami ke sana rupanya tengah cuti, so macam tak lah crowded sangat dgn local. cuma kami tak berpeluang nak naik cruise la. tapi okay je . no hal la pasal itu.
dari station SBB, ke lake geneva, jalan kaki lebih kurang 20 minit. ikut kelajuan kaki korang melangkah la. haha. sebab kami berjalan lek lek je, so lambat la sampai. Rasanya di geneva, itu saja pengalaman yang aku ada.
silakan menjamu mata dengan gambar yang tak seberapa heh.
sekitar di lake geneva.
broken chair-kerusi patah
note: aku akan tambah gambar lagi sebaik saja gopro aku kembali sihat. doakan :')
ok untuk geneva itu saja. sebenarnya aku percaya banyak lagi tempat yang best atau menarik di geneva ni kalau kita rajin explore, aku ada explore satu tempat divvone, divonne ni satu tempat yang ada dalam gambaran aku penuh dengan ciri kedesaan dan banyak pemandangan yang menghijau. aku ter-sangatlah nak pergi tapi aku kena consider family aku yang penat berjalan kaki, so aku pasrah sendiri. haha
bukan rezeki aku lagi. nak sampai sana, walaupun kalau ikut google map, aku boleh sampai dalam masa setengah jam dengan (tram)
.
oh ya, kalau korang nak usha post-post berkenaan switzerland, just search switzerland, so nanti dia akan keluar post yang berkaitan switzerland. :)
.
terima kasih sudi baca post aku.
Assalam dek, tak pegi area alps ka? Tiglis ka? Plan nak pi blom research lagi
ReplyDeleteWslm kak.Maaf saya tak pergi sampa Tiglis. Setakat Kleine Scheidegg saja. :)
Delete