Review : Salina, A.Samad Said.

Sunday, March 05, 2017






... Saya lihat sendiri, dan saya tahu sendiri Idah tak mau jadi itu semua. Memang begitu selalu Idah, orang takmau jahat kalau boleh.


Tanyalah sapa saja.

Tetapi terkadang-kadang biar bagaimana kita tak mau jadi jahat pun, kejahatan dilakukan orang juga ke atas diri kita...


.......

Aku tak sangka yang aku mampu tamatkan Salina. Ini karya pertama yang aku baca dari A Samad Said. Walaupun pada awalnya, ragu-ragu nak memulakan pembacaan, sebab ketebalan buku tersebut, dan bahasanya yang baku dan 'tidak sesantai seperti novel sekarang', tapi alhamdulillah, aku berjaya habiskan juga. 

Aku mungkin sedikit ketinggalan, kerana tidak memiliki dan menghayati karya ini sejak dulu, tapi better late than never, bukan? Haha


........

Perbezaan bahasa dan jalan cerita yang aku kira sinonim dengan zaman nenek moyang kita dahulu ni, membuatkan aku terasa ingin tahu, ingin menghayati dengan lebih dalam lagi. Ayatnya bukan biasa-biasa, tapi masih dapat difahami. 

 Dari awal sehingga akhir, karya ini mengingatkan aku dan cuba membayangkan zaman zaman nenek moyang dahulu. Bagaimana mereka struggle, berhempas pulas, berusaha untuk terus memajukan hidup, selepas peperangan, menempuh kemiskinan. Terpaksa. 

Tinggalan kini, Bersyukur melebihi dari segalanya. 





No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.