Review Novel : Hanya Itu Pintaku, Farisya Natasha


Tajuk : Hanya Itu Pintaku  
Penulis : Farisya Natasha 
Penerbitan : Penulisan2u 
Muka surat : 470 
ISBN : 978- 967- 2102- 14- 4

" Pandang lah aku walau sesaat"




Sinopsis:

Tiga tahun dia menunggu. Tiga tahun dia merindu. Saat melihat lelaki itu  bersama perempuan lain, rupa-rupaya ini yang dia terima setelah kesetiaanya di pertaruhkan selama ini. Dia terlalu percaya. Dia yang terlalu setia, namun semuanya musnah dalam sekelip mata. 

"Dia tak ingat apa-apa yang melibatkan kau. Dia dah lupa janji-janji yang dia dah berikan pada kau dulu." - Benjamin 

"Apa, kepala dia dah terhantuk ke sampai dia lupa apa yang dia dah janjikan dulu?" - Aulia 

"Exactly, He lost his memory for an entire ten years before the accident . Sebelum dia jatuh dari Lion Rock. Unfortunately, that includes you. There's no you in his memory. You do not exist anyone" - Benjamin 

Aulis pasrah. Bukan dia tidak berusaha untuk memulihkan ingatan Eiman kembali tetapi Eiman yang menolak. Aulia harus ukur bahawa jodohnya tidak bersama dengan Eiman  tetapi sebaliknya ... 

Review:


(Sebenarnya, Hanya Itu Pintaku tiada dalam senarai pun masa nak borong di pbakl hari itu sebabnya dua bulan sudah memang baca novel dari Farisya natasha je. haha . Tapi sejurus balik kerumah, angkat phone : eh angah esok tolong beli Hanya Itu Pintaku ok? Perangai sangat kan?  Itu cerita macam mana aku boleh beli Hanya Itu Pintaku. Come on Farisya Natasha punya novel kot  ðŸ˜†)

****


Mengenali tulisan Farisya yang pertama melalui Shhh... I Love You yang aku rasa cliche mulanya, padahal langsung tak buatkan aku terus nak baca lagi karya karya Farisya. Even novel lama dia pun, aku cari sampai dapat. Gigih tak aku? Heh. 

Hanya Itu Pintaku ini menjadi novel keempat  dari Farisya yang menjadi koleksi terbaik aku. Permulaan pengenalan watak yang tidak meleret ketika di Brews & Bites Cafe, buatkan aku terus dapat bayangkan mana satu watak utama dan watak sampingan.

Tak ambil masa yang lama juga untuk mengetahui main issue yang cuba diketengahkan oleh penulis.

Eiman berjanji untuk ke Auckland hanya untuk beberapa bulan tapi end up hampir tiga tahun dia menetap di sana tanpa mengetahui seorang Aulia sedang menunggu dia macam nak gila.  Aulia seorang TV host, walaupun percaya Eiman masih mencintai dia lewat mesej mesej yang diterima, ambik keputusan untuk ke Auckland, atas urusan kerja dan juga menjejaki cerita sebenar. 

(Padu gak Aulia ini boleh tunggu sampai tiga tahun, kalau aku k bai je jawab dia. haha) 


Konflik bermula ketika Aulia tiba di Auckland, lebih spesifik di kafe untuk  berjumpa dengan adik beradik Benjamin atas urusan kerja,tapi dia terkejut, Eiman sah-sah tak mengingati dia langsung. Aulia keliru, Habis selama ini, dia menerima mesej dari siapa?  Elemen suprise gais. Haha. 

Benjamin tampil berterus terang. Mengakui, Dia yang membalas mesej Aulia. Tapi dia buat sebab terpaksa. Eiman didiagnosis Retrograde Amnesia.


Retrograde Amnesia : 

Ketidakmampuan memunculkan kembali ingatan masa lalu yang lebih dari pperistiwa lupa. 

dan tanpa Aulia tahu juga, sebenarnya Benjamin juga sudah mengenali Aulia hampir lima tahun, padahal Aulia baru kenal Eiman dan Benjamin empat tahun.

(aku tak berniat nak tulis semua apa yang aku dah lalui sepanjang membaca karya Farisya, sebab sekarang aku cuba belajar untuk tidak menjadi spoiler. haha😛)

***


Setting tempat, kebanyakkan di Auckland. Bagi aku, bila penulis bagi setting di luar negara semacam bagi bonus kepada pembaca untuk explore tanpa mengeluarkan duit untuk beli tiket kapal terbang pun. apatah lagi kalau penulis menceritakan tempat-tempat tersebut dengan baik haha  dari satu tempat ke tempat yang di sebut, aku google. Haha. Tapi kalau berkesempatan ke Auckland, aku nak ke Waiake beach dan keith hay park 💓

main issue & konflik retrograde amnesia dan  juga kisah cinta tiga segi.  

Karakter: watak utama  ada keunikan masing-masing dan memang jelas untuk setiap satunya. Aulia, dengan sentiasa bersemangat dan happy menjadi Tv host. Sangat profesional even ada masalah peribadi dengan Benjamin dan Eiman.

Eiman, sangat gentleman pada awalnya, dan bila didiagnosis RA, dia berbelah bahagi, sama ada nak focus masa hadapan atau punggah memori lama untuk di ingati semula.

Benjamin, seorang yang kasar tapi dalam situasi tertentu seorang yang penyayang dan betimbang rasa.


Bagi aku, plot cerita yang di ketengahkan mula-mula nampak biasa tapi sebenarnya ada plot twist. ( tu yang menarik hehe) Tapi dari satu bab ke bab seterusnya, berkesinambungan dengan baik. Tak buat pembaca keliru, tak buat pembaca serabut. Seingat aku, tiada elemen flashback.  seingat aku la. haha. Dan novel ni dikira berinformatif seperti Shhh I Love You!dan  yang masih belum memiliki Hanya Itu Pintaku, please dapatkan. Tak menyesal, serius!


No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.