Review Lapan Tahun Itu, Fizziany


Sinopsis:


Lapan tahun dulu mereka sama muda...

Sama-sama melarikan diri daripada masalah hidup.

Adelia lari dari rumah setelah ibunya meninggal dunia dan ayah tirinya mahu menebus dia sebagai bayaran hutang dengan along.
Rizman lari dari kampus kerana mahu lepas daripada kongkonga ayahnya yang mahu dia menjadi seorang doktor.
Di rumah sewa ala-ala 'Lodging Mak Minah', mereka bertemu; di bengkel basuh kereta, mereka sama-sama bekerja; dan di bawah bahang matahari Kuala Lumpur perasaan mereka membara.



TAPI,

Takdir telah menulis along itu dapat mencari Adelia, ayah Rizman berjaya mencari Rizman, lalu mereka terpaksa berpisah tanpa sebarang pesan, tanpa sepatah kata. Hilang tanpa alamat. Yang tertinggal hanyalah luka.


Lapan tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Adelia sebagai mangsa kemalangan. Rizman sebagai doktor yang merawatnya. Tapi, dapatkah mereka sama-sama menjahit luka perpisahan dulu?


Review:


Lapan Tahun itu, 
.
.
.

Kedua-dua bertemu di rumah sewa Aunty Kimah. Kedua-duanya menerima antara satu sama lain tanpa syarat. Mereka senang berkongsi apa yang berlaku sehari-seharian sehingga tidak teringat mengambil tahu latar belakang masing-masing. sehingga sebuah peristiwa terjadi, menyebabkan Adelia  mengambil haluannya sendiri. 
.
.
.
Kisah Adelia yang tabah , berdikari menghadapi masa depan yang tak pasti, membuka mata Rizman tentang persepsi sebuah kehidupan bebas yang dia mahukan. Melarikan diri dari sebuah kehidupan yang telah tersedia untuknya tak kan mampu bawa dia kemana. Dia akur. 
.
.
.
"People change for two main reasons: Their minds have open or their hearts have been broken"


 Lapan tahun itu, 

Novel paling nipis yang aku beli masa pbakl2017 hari itu. dan novel terakhir yang aku baca. haha. Tak ambik masa yang lama untuk habiskan, sebab aku rasa cerita Rizman dan Adelia ni sebuah cerita yang simple tapi masih relevan. Dengan gaya bahasa yang mudah dan santai . cerita ini walaupun pendek, tapi tetap menarik untuk di hadam. Apatah lagi kalau sering membaca novel yang tebal-tebal, membaca novel senipis lapan tahun itu, buatkan kita lebih relax.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.