Review Izinkan Kupergi (Damya Hanna)




Review:

2004, tahun permulaan aku berjinak-jinak dengan hobi, membaca. Thank you penerbitan alaf21 kerana telah menerbitkan novel Damya Hanna yang pertama iaitu Bicara Hati. Aku baca Bicara Hati dengan penuh rasa seronok. Ialah first time baca buku tebal-tebal, lepas itu jalan ceritanya menarik, penuh dengan mesej, bahasa pula ditulis dengan ayat-ayat tersusun dan hampir puitis serta mampu meninggalkan kesan terhadap pembaca. Sehingga sekarang pun,kalau ada yang menyuruh aku untuk bercerita semula tentang novel Bicara Hati, aku boleh describe watak Zahlia dan Tg. Shahran serta jalan cerita dia.
.
.
.
2017, novel terbaru Damya Hanna pula telah keluar. Kali ini novel bertajuk Izinkan Kupergi. Ya ya tajuk sama seperti
tajuk lagu yang di nyanyikan oleh Kaer, (kalau aku tak silap) Kali ini, aku dapat rasakan plot cerita Izinkan Kupergi ini sudah melangkau dari kebiasaan plot-plot yang pernah di ketengahkan oleh Damya Hanna sebelum ini.
.
.
.
Kisah Zuhairi dan Atiyah ini aku kira lebih melankolik dari biasa. Mengikut peratusan yang di paparkan di belakang novel ini ialah 60% sedih, 30% konflik, 10% Komedi. Insiden-insiden yang dicipta oleh penulis ini memerlukan Zuhairi dan Atiyah bermain dengan emosi. Berat. Apatah lagi konflik yang di ketengahkan adalah sebuah kehilangan.
.
.
.
Kehilangan merupakan satu peristiwa yang tak kan mampu kita hazaf dari kotak minda dalam sekelip mata. Mudah bagi kita untuk menerima, belum tentu mudah untuk orang lain. Perjalana cerita ini menonjolkan  betapa Zuhairi dan Atiyah mempunyai kekuatan dan dan pilihan yang dipilih oleh masing masing untuk menghadapi masalah yang sama. Susah nak jelaskan perkembangan watak Zuhairi dan Atiyah kerana terlalu cantik untuk diceritakan.
.
.
.
Cukup kalau aku katakan "Kesetiaan Zuhairi merupakan kekuatan buat Atiyah, Ketabahan Atiyah merupakan  kekuatan buat Zuhairi. 💓" 
.
.
.

Sinopsis:


Atiyah dan Zuhairi membina mahligai perkahwinan atas dasar cinta. Kasih sayang telah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi sehinggalah mereka melayari bahtera rumah tangga dengan begitu bahagia. Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dibina retak setelah diuji dengan satu kejadian.


Atiyah terluka dengan kejadian itu dan pergi membawa diri. Meninggalkan Zuhairi terkapai-kapai menanggung derita bertahun lamanya. Perkahwinan mereka tergantung begitu sahaja dan terbiar sepi.

Masa berlalu, pertemuan semula dengan Atiyah meragut kembali ketenangan jiwa Zuhairi. Namun Zuhairi nekad untuk membalas luka berparut yang ditinggalkan Atiyah agar wanita itu merasai deritanya. Tidak mudah menerimanya begitu sahaja.

Atiyah rela dipersalahkan walaupun niat sebenar kepulangannya bukan untuk menagih kemaafan. Segala kebencian dan dendam Zuhairi terhadapnya terpaksa ditelan bersama pilu yang mencengkam.

Dalam benci, sejujurnya ada rindu. Biarpun luka yang tertoreh di hati begitu parah namun perasaan mereka tidak pernah mati. Tetapi disebabkan ego dan harga diri yang ada dalam jiwa masing-masing, Atiyah mahupun Zuhairi tidak mahu mengalah. Maka, perlukah mereka mempertaruhkan cinta suci mereka demi kenangan lalu yang memedihkan?



No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.