Cinta itu tidak boleh di pelajari, ia akan datang semulajadi

Thursday, August 03, 2017




Hari ini, aku sedar dan aku percaya. Dalam hidup kita, tiada istilah 'bodoh' apatah lagi saat membicarakan hal-hal yang melibatkan soal hati dan perasaan. Hati, perasaan dan perhubungan itu bukan hal yang bodoh atau remeh tapi suatu proses dua jiwa untuk melihat dunia ini lebih jauh. Proses  mengenali personaliti dan identiti, menghayati bahasa tubuh, menghargai kasih
dan sayangnya itu bukan ambil masa cuma satu hari. Proses itu makan masa yang lama. dan hal tersebut tak mungkin dirasa saat hati masih belum terbuka dan bersedia. 

Mungkin juga ada yang tidak percaya tentang tiga hal ini : Hati,  perasaan & perhubungan. Di anggap enteng dan bodoh. Mungkin kita juga yang sebenarnya bodoh kerana itu lah hal-hal yang membuka mata kita tentang nikmat 'merasai' satu sisi yang gelap.

Kita bodoh untuk beberapa detik. Bodoh kerana mempercayai seseorang yang langsung tidak padan, menerima seseorang yang kita rasa  cocok, menghargai kehadirannya walaupun dia teta punya teman yang lain...

semua itu bukan bodoh tapi hikmah.

Hikmah mengenal hati budi, hikmah memahami tipu daya, hikmah menghargai nikmat hidup yang tak perlu di sia-sia, hikmah kerana jiwa kita semakin besar kerana dugaan-Nya. Hikmah kerana kita terlepas dari satu kebodohan yang panjang. 

Soal hati, perasaan, perhubungan itu bukan suatu yang bodoh. Ter-bodohkan diri untuk sebuah rasa   yang suci itu boleh saja terjadi kepada semua, jangan pernah merasa bangga kerana kita terlepas dari kesakitan, kekecewaan dan penderitaan. Tidak merasa hari ini, bukan bermakna selama-lamanya tidak terasa?

Jiwa yang besar, hati yang lapang, mampu membuatkan kita lebih tenang. Jadi diri sendiri, cinta itu tidak boleh di pelajari, ia akan datang semulajadi. 💓

Semoga hati-hati yang resah, mampu tenang saat melihat kebesaran-Nya. Dunia ini kelihatan lebih besa untuk diterokai saat kita tahu, kita tidak pernah jatuh untuk sebuah rasa yang tiada nilai di dalam jiwa orang -orang yang rugi. 







2 comments:

  1. I love your writing on this.. can really relate to myself.. tq..

    ReplyDelete

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.