Review Novel : Pulang , Lily Haslina Nasir




                                  "Tiada laut yang terlalu luas buatku, Di sebalik ombak yang cuba menjatuhkan, aku temui kekuatan diri” 




.


Aku baca Pulang dengan perasaan rasa ingin tahu yang sedikit berlebihan  disebabkan Pulang ni merupakan kisah benar. Dan ia mempengaruhi emosi aku sepanjang pembacaan. Pada aku, penulisan Lily Haslina ni ada magic. Dari filem ke novel. Olahan yang dibuat membuatkan aku seperti berada dalam cerita Pulang. Aku tak sabar nak habiskan bacaan dan tak sabar juga nak tengok di pawagam.

.

Walaupun ia kisah benar dan merentasi tiga generasi tapi aku masih dapat menghayati jalan cerita yang diketengahkan dengan penuh perasaan. Ia sebuah cerita yang meruntun jiwa. Setiap peristiwa yang berlaku antara Othman Alias, Che Thom, Omar diterjemahkan dengan kata kata, ayat ayat yang tepat dan puitis sehingga aku dapat merasakan perbezaan suasana antara peristiwa peristiwa tertentu
.
Pulang menuntut aku untuk bermain dengan emosi yang pelbagai. Gembira, terharu, sedih, terkilan, kecewa, geram dan pelbagai- Yaaa Pulang buat aku menangis semahu mahunya  😭😭 
.
betapa gigihnya Othman untuk menjadi kelasi demi mengubah nasib, ketabahan Che Thom membesarkan Omar dalam kesempitan hidup dan kerinduan yang tak berpenghujung seorang anak terhadap ayahnya, kesetiaan dalam persahabatan, dan elemen paling memberi kesan adalah ketulusan cinta sejati antara Othman dan Che Thom.

Apatah lagi saat membaca Che Thom 

"Dia pergi macam mana, Mad? Ada yang sayang? Ada keluarga di sana?"

dan melalui surat yang lusuh ditulis oleh Othman, 

"Thom, aku tak pernah lupa janji..."
.
Pulang merupakan kisah benar yang sudah menjadi kenangan. Itu ketentuan. Itu takdir- Nya. Pada aku, Pulang di garap dan dikembangkan dengan penuh rencah supaya menjadi sebuah cerita yang mampu menyentuh perasaan dan dapat dijadikan pedoman buat semua 🌻 Tahniah buat penulis Lily Haslina kerana berjaya mengolah kisah benar ini dengan menyentuh jiwa jiwa pembaca. Moga tuhan izinkan Datuk Othman dan Nenek Che Thom bertemu di syurga
.
nota 1: aku tahu setiap dari kita punya masa silam dan kenangan yang cuma kita saja yang tahu betapa bermaknanya tapi aku tetap juga mahu mengetahui kisah benar untuk menjadikan pedoman dalam diri 💛

nota 2: setiap kali aku membaca ayat demi ayat, ingatan aku tak lepas dari memikirkan perasaan individu individu yang terlibat. perasaan ketika membaca atau menonton kisah ini mungkin tak sehebat dan tak kan sama dengan invidivu individu yang merasai. 

nota 3: korang boleh dapatkan novel Pulang di kedai buku seperti MPH dan Popular dan secara online melalui laman rasmi Karya Seni www.karyaseni.my atau www.karyaseni.com.my, Karya Seni App, Facebook & Instagram serta di Lazada ok? 😊
.

Note 4:  serius niii aku tak sabar gila nak tengok pulangggg. Paling tak sabar aku nak tengok scene masa zaman 40 & 50- an dan endingggg dia!
.
original review from instagram @athirah_bookstagram 
edited review from petanipintar.blogspot.com

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.