100 Hari Mengenal Cinta, Syu Ariani


Kalau nak cinta-aksi, bacalah anastasia. Tapi kalau nak cinta sememangnya cinta- bacalah 100 hari mengenal cinta! 😂
.
Cinta ini bukan untuk 100 hari, bahkan untuk seratus tahun dan seribu tahun lamanya!"

-
Betul la tu, kita tak bercinta untuk saja dan sia, tapi biarlah sampai syurga
.
10 Hari mengenal cinta ini, pada aku sebuah cerita yang ringan dan ringkas, tapi dari segi jalan cerita, konflik dan pengajaran masih ada untuk di cerna. Proses pengenalan selepas berkahwin antara Hazizul dan Airina ini memberi perspektif baru kepada pembaca bahawa bercinta (mengenali antara satu sama lain) selepas kahwin itu wujud dan relevan. Ia boleh berlaku sekiranya karakter itu ialah Hazizul dan Airina tetapi kalau karakternya seperti Harris dan Syida, usah la berangan begitu! Ada kenapa aku sebut begini. Kena baca baru tahu
.
Kekuatan cerita ini ada pada karakter Hazizul dan Airina dalam mengenal antara sama lain dalam 100 hari. Walaupun pada dasarnya, mereka terpaksa di satukan disebabkan event tertentu, tapi development character kedua-dua ini very smooth. saling melengkapi- memahami, jauh dari dipaksa dan memaksa, supportive, berterus-terang dan tolerate, jaga ruang masing-masing. Perbezaan karakter seorang lelaki dan wanita juga boleh dilihat melalui watak Hazizul dan Harris & Airina dan Syida. Nampak jelas dan ketara
.
Mesej paling menyerlah dalam cerita ini, sekiranya ada hint yang tak 'sedap' tentang sesuatu. Jangan mengelak untuk berfikir dengan hanya berhusnuzhon, tetapi cuba cari tahu supaya kita jelas dengan apa yang berlaku. Keputusan parents tak selalunya betul walaupun mereka dulu lebih makan garam. Ada satu-satu keadaan, mereka tetap ada terlepas pandang, luckily dalam cerita ini Salbiah, ada pendirian yang tetap terhadap keputusan Airina
.
aku enjoy baca 100 hari mengenal cinta bukan sebab manis bergula tapi sebab ceritanya selamba. Hopefully aku boleh tambah koleksi dari Syu Ariani lepas ini. eheh
.

No comments:

Thank you!

fnamaya. Powered by Blogger.